Monday, October 03, 2005

Thar Jath ... Dilupakan Jangan (Bahagian KEDUA)

Betapa Berharganya Nilai ILMU


Sewaktu aku di dalam perjalanan untuk ke Rubkona, lebih kurang 15 km dari Thar Jath, aku telah melalui sebuah perkampungan. Di kawasan perkampungan ini ada sebuah sekolah, yang mana keadaan sekolah ini amat menyentuh perasaan aku. Selama ini aku hanya menganggap yang sekolah sekolah di bawah pokok hanya lah wujud 20 tahun yang lalu di benua ini ... Tetapi ,pada pagi itu, Sekolah ini telah menyedarkan akan betapa tingginya nilai ILMU!!! Lihatlah betapa SIMPLE dan DAIF nya sekolah ni .... Perhatikan barisan barisan "kerusi" yang di sediakan. Apakah anak anak kita di Malaysia sanggup menuntut ILMU di dalam keadaan begini? Aku teringat akan Aisyah, yang mengatakan sekolahnya agak panas menyebabkan dia tak selesa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran ... Tetapi andainya aku dilahirkan di sini .... Ooooooooooo betapa sayu dan pilunya hati ini!!!

Aku berharap bebenar pada suatu hari nanti PETRONAS akan buat program SUKARELA di sini dan sudah pasti aku akan cuba untuk menghadirkan diri ....

Aku berharap dengan gambar gambar berikut dapat kalian membayangkan betapa perasaan aku ketika itu .... Aku rasa aku terlalu MEWAH sangat di dunia ini!!! Aku terus jadi INSAF gitu!!! Dan aku terus dapat rasakan perasaan LADY DIANA sewaktu dia bergambar seperti aku di bawah tu ....

Maka terimalaaahhhhhh ....





Aku di kalangan "murid-murid" sekolah yang tak bernama. Perhatikan muka muka CERIA dan CURIOS mereka!!! Dan perhatikan jugak lalat lalat yang berhinggapan di muka muka mereka.


Murid murid "Sekolah Thar Jath" .. Perluker KASUT BATA untuk ke SEKOLAH? Atau BEG GALAS? PENCIL ? UNIFORM ? Perluker semuanya ini?


Murid Murid Beratur - Dah nama Sekolah kan , tak kira ler Sekolah BISTARI ker , ASRAMA PENUH ker, Sekolah PONDOK ker, DISPLIN tetap DISPLIN ... Di ajar di BANGKU Sekolah lagi!!!


Itulah Cikgunya, pandai berbahasa Omputih jugak ... tengah memeriksa bariasan murid muridya ... Lepas ni dia orang akan menyanyi (macam lagu sekolah kot!!) Pass tu ada nari nari lak!!! Kalau boleh bubuh Video Clip akan aku bubuh jugak Video Clip yang di ambil oleh Zainal Dan Fadzilli!


Fashion Fashion yang digayakan untuk ke Sekolah. Cantik kasutnya yang warna merah tu!!! Bila tgk keadaan dia orang, aku rasa macam nak kutip ajer baju baju yg dah kita tak pakai and kasi ... tapi ... iyalah nak bawak tu kannya satu beban jugak!!!


Inilah "sekolah"nya. Ada satu "PORTABLE" papan hitam (Tu Cikgu dia tgh nak prepare), barisan kerusi kerusi yang sedia menanti kehadiran murid muridnya.


Sekolah Tanpa Dinding Dan Tingkap ... Dapat memerhati pemandangan nan Luas mata memandang!!!


Sekolah nya ada dua kelas ajer, satu untuk yg baru ler kot dan satu lagi untuk yg agak dewasa ... Kelas budak besar ni belajar matematik manakala kelas yg kecik belajar bahasa english.


Klass yang tanpa MEJA .. perhatikan beg mereka, hanya menggunakan beg plastik ajer. Cikgu tetap Cikgu , dedikasi dan of course , mesti ada "rotan" - ni dia guna pembaris panjang!


Inilah murid murid sedang belajar ... tak cukup "kerusi" atas lantai pun jadi!!!


Dua orang murid DEWASA hehehehe , aku dan Fadzilli ... Risau gak, takut roboh lak kerusi tu .. tapi memang tak selesa!!!


Aku dan murid murid yang agak dah besar sedikit. Sedih sangat tengok keadaan dia orang!!!

2 comments:

  1. bertuahnya kita jadi anak Malaysia.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete