Wednesday, October 05, 2005

Thar Jath ... Dilupakan Jangan (Bahagian KETIGA dan TERAKHIR)

Wajah Wajah Tempatan

Siri ini siri yang terakhir ... dan untuk mengambarkan perasaan aku melihat orang orang di sini, tatapi dan hayatilah gambar gambar ni ... Sekarang baru aku tau macam mana perasaan Zaid ketika di pergi ke India Dulu ...

Apa orang melayu kata ..."Pictures WORTH a thousands WORDS" ....

Terima lahhhhh ...


Anak Anak Tempatan datang untuk melihat kami sewaktu kami sedang melawat OGM Pad dekat dgn Souq Thar Jath ... Aku perhatikan kebanyakan penduduk Selatan ni gigi dia agak terkeluar sikit (ramai yg macam tu!)


Pekerja pekerja Tempatan datang bekerja ... Kebanyakan kerja kerja yang dilakukan secara manual ... macam kita dolu dolu jugak ler ...


Salah seorang pekerja yang sempat aku rakamkan mukanya ... Ini adalah penduduk tempatan dari puak (aku tak pasti hehehehe) ... Puak puak di sini boleh dikkenali melalui TATOO di muka mereka ...


Aku dan Fadzilli bergambar dgn mak makcik tempatan ... Tengok ler betapa gagahnya mereka , Air satu tong dipikul!!! Mereka ini agak tinggi jugak !!! Dan untuk alas kepala , dia orang gulung gulung rumput buat sebagai pengalas ... and bayangkan air tasik yang tepi jalan tu ajer dia orang buat minum!!!!


Wanita ini Tatoo dia lain sikit ... so dia ni dari puak yang lain ler .. Mereka ini bertutur dalam bahasa mereka sendiri, bukannya bahasa Arab ... contohnya ... "Maalaaa " maknanya macam "Apa Kabar " ler ....


Kekayaan bagi mereka di sini di ukur berapa banyak lembu kita ada ... Lembu lembu dia ni tanduk panjang ... Rakaman ni aku rakamkan sewaktu dah nak dekat sampai kat Rubkona


Sewaktu kami sampai ke Pekan Rubkona, kebetulan waktu tu ada sekumpulan wanita wanita tgh menyanyi nyanyi dan berarak arak kat tepi jalan raya ... Aku sendiri pun tak tau dia orang sambut apa !!! Bila aku tanya dia orang kata macam HARI WANITA NOUER ler pada hari tu ...


Ini ada lagi satu kumpulan yang lain ... waktu tu ada dua kumpulan wanita yg berarak dan menyanyi ... Seronok jugak tgk!!!


Aku di kerumuni oleh wanita wanita tersebut .. sebenarnya aku rasa ngeri , almaklum lah kayu kayu tu semuanya hala kat kepala aku, kena dia orang naik SYEIKH dan kutuk kepala aku, kan naaayyyaaaaa


Thar Jath ke Rubkona lebih kurang 70 km atau makan masa nak dekat 2 jam jugak ... so kalau perut dah lapar apa lagi ... singgah ler makan kat pasar Rubkona ... aku gerenti kalau tgk tempat yang aku makan ni, ramai yang tak sanggup ... tapi aku ala-ala nak rasa kann ... sebenarnya sedap jugak, Daging goreng dan Limpa Goreng .....


Anak kecil yang comel sedang menumbuk tepung agaknya ... tapi tengok sendiri ler keadaan dia orang ... sayu dan sedih hati ini .. kalau boleh aku nak sedekah kat semua orang sana ...


Makcik ni bergegas keluar dari rumah dia nak sambut aku bila aku nak ambik gamabr kawasan umah dia .... Makcik ni dia cakap sesuatu yang mengatakan dia sakit .... dia tunjuk kat aku yg jari jarinya dah tak ada ... aku rasa samada dia kena AIDS ataupun KUSTA ... tapi sebab sebak dan kasihan , aku terus ajer peluk dia !!!!


Inilah rumah makcik tu ... bersih .. tapi punya ler ramai orang ... aku rasa ada lebih dari sepuluh orang semuanya!!!!


Salah seorang anak/cucunya ... Lalat penuh mulut dan , of course berbogel ajer ... ce perhatikan kat background belakang tu, pun ada lagi budak ... Bogel jugak!


Ini lagi anak kecik dia ... berapa ramai anak kecik daaaaaaa ...


Inilah rumah dia orang ..... Nampak macam unik ajer ....


Aku bersama sama ngan keluarga mereka .... tapi berapa ramai bebudak kecik yang agak sebaya daaaaaa .... Dan perhatikan (ZOOM kan) tangan mak cik tu ... jari jari dia semuanya separuh separuh yang tinggal ... kesian sangat aku!!!


Anak Kecil ... Makhluk Allah yang tidak kenal apa itu masalah .... Aku ambik gambar ni sambil menangis (menitik air mata) terkenangkan anak anak aku di rumah ....


Selamat Tinggal anak anak .... Insya Allah kalau ada umur panjang kita akan berjumpa lagi ....


Wajah Riang anak anak kecil di tepi sungai


Sebenarnya aku nak tangkap sampan yang budak budak tu main, tapi bila aku halakan camera, semuanya berkerumun nak masuk sama!!!


Budak ni datang kat aku suruh aku tangkap gambar dia ... tersentuh jiwa aku ...


Posing akhir sebelum aku balik ....


Apa apa pun boleh di jadikan bahan permainan oleh anak anak ... Daya imginasi yang tinggi !

1 comment:

  1. Anonymous11:38 AM

    Your writing has touched the sensitive part of my heart too. Sedihnya tengok kehidupan orang2 di negara Sudan especially di Thar Jath.
    Rasa keinsafan menusuk jiwa... Thanks bro for sharing the moment...

    ReplyDelete