Saturday, June 09, 2012

Roti dan Buah Zaiton

Adalah pembuka selera atau benda yang dia mula mula hantar kalau kita pergi makan di Al Majlis kat Raffles Makkah Palace ...

Since memang anak anak suka Cappuchino Cream Mushroom Soup dia, memang kena sangat ler makan ngan roti dia nih. Tetapi roti ni makan ngan butter jer pun dah sedap sangat dah.

So kepada kawan kawan yang berkunjung ke Makkah, and kalau tak tau nak makan apa pada malam hari selepas beribadah ... apa kata, cuba cuba rasa Italy lak hehehehhe An Italian Taste/Nite di Mekah gitu!!!

Fruitti di Mare

Al Majlis Restaurant adalah restaurant Italy yang terletak di Raffles Makkah Palace ... Hotel yang ternama di Mekah. (And since hotel ni agak ternama, and harganya pun agak ternama jugak, so, aku tak nak ler duduk sini kaaaannn ... sebab aku ni pemalu orang nya hahahahahahah)

Aku dah beberapa kali mengunjungi restaurant ini ... dan setiap kali aku ke sini, boleh di katakan , hanya kami sekeluarga ajer pelanggan restaurant nih heheheh

Namun begitu, aku tetap suka dengan makanan yang di hidangankan!!!! Antaranya ialah Spaghetti Fruitti Di Mare dia ... memang terasa kesedapan dan kesegarannya ...

Selain dari Spaghetti dia, jangan lupa juga cuba Cappuchino Mushroom Soup dia .... seeddaaaaaaaaappppppp sangat !!! Terasa kepekatan dan hirisan hirisan mushroom dia ...

Roti yang di hidangkan datang dalam pelbagai bentuk dan rasa.

Tuesday, June 05, 2012

Suatu malam di Yanbu

Masuk musim panas ... maka bertambah lah panas lagi cuaca di bumi yang memang dah panas nih hehehehehe

Malam tadi, dalam pukul 11.30 waktu aku nak ke kedai, keluar keluar rumah jer dah terasa bahang panas menerpa ke muka ...

Masuk dalam kereta , terasa baju ni macam baru lepas di sterika punya ler panas kaaannnnn ...

Namun Alhamdullilah, rata rata mengatakan yang YANBU adalah bandar yang mempunyai cuaca / weather yang terbaik di seluruh Saudi!!!! Kami bersyukur!!!

Walaupun panas membahang, namun kami tidak terasa sangat, kerana boleh di katakan, di dalam rumah, kita tak tau pun yang di luar itu panas panas panas membahang .... Alhamdullilah

Yang pasti, aku pasti akan merindui suasan yang panas ini ....

Sunday, June 03, 2012

Runtuhan Bangunan

Inilah gambar yang dimaksudkan ... hampir kesemua bangunan telah diruntuhkan , namun di tinggalkan bahagian gerbang pintu.

Apakah simboliknya?

Dah ... meamng tak ada jawaban ... kalau nak tau jugak, kena ler tanya mereka mereka yang terlibat.

Buat masa sekarang nih, agak giat di lakukan runtuhan bangunan bangunan hotel (tak lama pun hotel yg diruntuhkan itu), bagi memberi laluan Project Makkah ..

Nantilah kemunculan Mekah dengan berwajah baru ...

Kalau Roboh Kota Melaka ...

Melihat akan runtuhan runtuhan bangunan di Mekah, terus teringat akan bait bait pantun yang berbunyi:

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan

Persoalannya .... habis bangunannya di runtuhkan, kenaper harus di tinggalkan bahagian pintu jer??? Kenaper ???

Aku masih lagi tertanya tanya ... kenaper ...

Atau mereka tunggu papan dari Jawa? Apa istimewanya papan dari Jawa? Adakah papan dari Jawa lagi kuat dari konkrit?

Waaahhhhhh gittuuu ... banyak sungguh persoalan timbul dari sekeping gambar!

Saturday, June 02, 2012

My Favorite Coffee time place in Mekah

Kalau di Haram, Kaabah , kawasannya selalunya akan di penuhi oleh orang ... tak kira ler pukul berapa hari apa ... yang pasti , orang tetap ramai.

Walaupun Mekah adalah tempat beribadah, namun kita juga dapat menjamu selera sambil bersantai dan bertemu mesra dengan teman teman.

Yang pasti bagi orang Malaysia, D'Saji adalah melting pot gitu ... dan juga bagi yang ada family, Zam Zam Tower food court pun adalah pilihan yang terbaik dengan menyajikan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Untuk mengeteh dan mengopi, hotel hotel 5 bintang, ada menyediakn coffee house mereka tersendiri. Di samping itu ada juga Starbuck dan sebagainya.

Namun bagi diriku ini, tempat yang paling aku suka ialah di Coffee House hotel Makkah Raffles Palace, di Zam Zam tower.

Pemandangan yang di sajikan ... speechless ... ini yang buat aku suka. Kita boleh menyaksikan kawasan Haram sambil menghirup coffee atau tea kegemaran. Dan pelbagai restaurant juga ada di sini.

Restaurant Italy dia pun agak menarik dgn sajian sajiannya yang mengiurkan dan menyelerakan.

I llliiikkkeeeeeee.

My Favorite Kaabah View

Ada ker favorite favorite nih???

Anyway, bagi sesiapa yang pernah menziarahi Kaabah, sudah pasti pemandangan Kaabah dan suasana di haram tetap di dalam ingatan dan sanubari. Dan senantiasa merindui akan pemandangan dan suasana di sana ... itu sudah pasti!!!

Alhamdullilah, kami di beri peluang untuk menziarahi Mekah lagi ... dan kepada mereka mereka yang pernah ke mari, pasti ingin merakamkan suasana Kaabah di dalam camera masing masing.

Bagi diri ini, sudut yang paling aku suka untuk merakamkan Kaabah adalah dari Pintu King Abd Malik ... Pintu No 1 ...

Aku akan berdiri betul betul kat tangga dan aku akan snapkan pemnadangan ini ... dari sini kita boleh dapat perspective dan kegeomtery an nya kaabah ... di serikan lak oleh dua minarets ...

Ini adalah pemandangan yang paling aku suka untuk di rakamkan ...

Senja Di Madinah

Alhamdullilah Kami di beri peluang untuk berziarah di Madinah.

(Eh perasan tak, this blog arrange dah berubah?)

Sekarang ni update BLOG, boleh melalui ruang Flickr ... so kita boleh update gambar and tulis ler apa kita nak tulis kat bawah gambar tuh. Cuma sekarang yang aku dapat buat, ialah satu gambar sahaja, tak pasti bagaiamana nak post multiple gambars dalam satu postings.

Sekarang ni dah masuk bulan Rejab, dah 10 rejab dah waktu gambar ni di ambil. Sebab tu ler bulan nampak, bulan pun dah nak membesar.

Dan sekarang ini pun juga cuti sekolah di Malaya, so boleh ler tengok ramai jemaah jemaah dari Malaysia. Dari Iran, Indonesia, Turki tuh tak payah cakap ler ... memang senantiasa ramaiiiii ...