Dalam siri kali ini, aku akan menceritakan atau mengambarkan perjalanan atau percutian aku ke Istanbul baru baru ni ….
Bandar Istanbul … peninggalan sejarah kegemilangan zaman kerajaan Othamaniah … di duduki oleh penduduknya yang rata rata amat mesra pelancung gitu …. Tidak hairan ler kalau flight Emirates yang aku naik dari Dubai untuk ke Istanbul penuh dgn pelancung walaupun pada waktu aku pergi tu dah bulan sembilan (off season dah tuh)
Apa yang pasti, kalau ada rezeki , pasti aku akan membawa Isteri ku untuk melawat ke Istanbul juga pada suatu hari nanti …..
Maka Terimallaaahhhhhhhhhhhhhhhh ………….
Aku naik Flight Emirates (ticket free daaa … setelah penat aku kumpulkan , maka tiba ler masanya utk aku me redeem kan nyer …) Stewardess nih memang rajin, aku tgk tak renti renti dia melayan penumpang yg ramai …. Nasib baik aku order special meals, so aku punya makanan dah sampai dulu …..
Mia … nama stewardess Emirates nih …. Senantiasa tersenyum melayan kerenah penumpang yang ramai …. Aku rasa EMIRATES pasti menjadi saingan terhebat buat MAS !!! (Hebat ker MAS????)
Approaching Istanbul … tak tau kat mana, tapi pilot dah announce yg plane aku landing sebentar lagi di Istanbul … aku rasa macam dah tak sabar nak tengok Bandar Istanbul.
Sampai sampai kat airport Istanbul, dah ada orang tunggu utk ambik aku ke Hotel … walaupun aku bayar agak mahal (Euro 25) utk services airport pick up, aku rasa berbaloi , sebab bila kita sampai2 … senang dah ada org tunggu and hantar kita ke Hotel … Murad namanya … since flight aku delay nak dekat 2 jam … so dia ala ala macam hurry hurry gitu …. Murad ni tak pandai sangat cakap omputih tapi dia ni baik … apa aku Tanya semuanya dia senyum and angguk ajer … kkoosseerrrr aku , apa ingat aku ni Itik ker nak angguk angguk dan geleng geleng?????
Inilah bilik Hotel Agan aku … iyalah dah bayar pun semalam USD 29.90 … apa nak expectnya …. Bilik ni bersih dan selesa … nasib baik dah nak masuk falls …. Sebab kipas dah aircond tak ada beb bilik nih!!!!!!
Since aku sampai dah malam dah … selepas ajer solat , aku terus kuar dari hotel and berjalan kaki menuju arah laut … so dalam perjalanan nak ke sana, lalu ler kedai kedai dan ada ler anak anak muda dok melepak … tapi mereka ni peramah, siap nak pelawa aku minum bersama sama lagi ….. very the peramah gitu!!!
Dia suka sangat tgk aku ambik gambar .. and siap kasi aku makan lagi sample sample manisan dia … aku dah kata aku tak nak beli, tapi dia orang paksa jugak aku makan and cuba manisan dia …. Since aku pun lapar jugak, aku makan ajer ler … orang dah offer kann .. rezeki jgn di tolak gitu!!!!
Inilah barisan manisan yang di susun indah ….
Pemandangan kedai manisan tuh ….. tidak jauh dari Hotel tempat aku menginap.
Gambar di ambil dari atas jambatan …. Kawasan ni ala ala tepi pantai gitu … dekat ngan jetty jetty ferry … ada ramai orang berjualan kat sini … tapi hanya pada sebelah malam sahaja …. Ala ala macam pasar malam jugak ler …. Aku rasa aku tinggal tiga malam di Istanbul, tiga tiga malam aku datang sini tau!!!
Inilah favorite ikan mackerel bakar aku …. Setiap malam aku akan order at least dua keping ikan bakar … tanpa roti yaaaa … no carbo for me (ceewwaaahhhhh!!) Ikan ni sekeping (termasuk roti) dia jual dalam 2.50 YTL gitu …. Tapi aku selalu ambik dua keping!!! Segar dan lazat gitu … dia orang makan ada bubuh air limau lak … pass tu cicah garam gitu …. (terliur lak …. Bulan bulan puasa nih!)
Penjual kepah ….
Kepah ni aku ingat kan kepah ajer … rupa rupanya dia ada letak macam nasi dalam tuh … aku order satu .. (Not my taste … tak sedap sangat) …
Aku tertarik ngan orang tua nih, aku teringat lak Atuk aku belah ayah …. Rupa dan janggut dia nak se akan akan gitu …..
Dia menjual jaket jaket kulit (buatan tangan – hand made) … tapi aku tak tanya pun berapa harga dia .. sebab aku tak berminat nak beli pun … Cuma nak ambik gambar ajer …. Bolleeeyyyyy
Penjual buah keras … (Aku rasa dalam bahasa Jepun dia panggil KURI gitu) .. aku tak beli pun , tapi seperti biasa , sebab aku ni kan ala ala Pelancung Yang Ramah Tamah jugak .. so ala ala dia orang dengan senang hati dan gembiranya kasi aku makan / rasa buah nih … lemak lemak macam kacang jugak … tapi tak ler rasa nak beli gitu kaaannnnnn
Ni ler buah nya …. Siap ada yg masih dalam ala al sarung lagi tauuuu!!!!!!!!!!!
Penjual buah anggur … since aku dah ambik gambar dia, dia suruh aku rasa buah anggur dia (eeelllloooo tak kan angur pun tak pernah rasa kot????)
Roti keras ni … tapi dia tak lak suruh aku rasa … anyway, aku ada beli jugak roti nih, tapi bukan ler malam tuh … aku beli keesokan hari nyer waktu kat Masjid Biru …
Penat berjalan .. aku singgah ke kedai menjual dessert gitu … aku order cream caramel .. sedap .. tapi manis ler .. no wonder ala ala perut aku bertmabah roi roi gitu ….
Mamat ni dgn gembiranya ajak aku minum / makan cream caramel bersama sama … ala ala siap nak bayar utk aku gitu …. Tu ler aku kata org org Turkey ni ramah tamah gitu … Dia dok sibuk bercerita pasal Turkey … So itulah ajer malam pertama aku sampai ke Istanbul … since aku dah dua hari travel (ialah dari KRT petang semalam lagi … pass tu lepak kat Airport ajer ) badan pun rasa letih sangat …. So jgn lupa ikuti perjalanan aku yang seterusnya di lain siaran …….
(Haaaaa ni baru malam ajer ... so ada lagi tiga hari lagi tauuu ... tak tau ler sempat ker tak aku mengupload gambar2 tuh nanti)
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago