Showing posts with label Taif. Show all posts
Showing posts with label Taif. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Ziarah Taif March 2011

Since mood nak update blog tengah berkobar kobar, so pada minggu yang tenang ini , aku pun nak ler cite satu kisah .... bukan kisah politik , atau pasal video atau pasal Haji Hadi (terbaca dalam STAR hari ni pasal Video dan juga kisah Hj Hadi) .... kisah mengenai Ziarah kami ke Taif yang telah dikendalikan oleh para pelajar Mekah under UQ ProTeam ..... memang puas hati ler dengan segala urusan nih ...

Nak promote sikit, andainya, sesiapa yang nak ke Mekah / Madinah , dan inginkan perkhidmatan dari segi urusan hotel dan Ziarah serta majlis pengisian ilmu, memang aku syorkan untuk berhubung ngan UQ PRO TEAM nih .... Mereka memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mereka juga arif dan berilmu di dalam bidang yang mereka sampaikan .... iya ler mereka nihj kannya rata rata belajar di Umm Qura Univ (kalau di Mekah) dan Univ Islam Madinah (kalau di Madinah) kaaaannn ...

Maka Terimalllllaaaaaahhhhhhhhhhhh .......... (Aku pun tak sure ejaan yang aku guna untuk terimalah , samada consistent atau tak )

Ziarah Taif 1
Untuk sampai ke Taif, dia ada beberapa jalan masuk ... samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan ala ala Genting Highland di Malaya ... (Al Hada tak ada Casino, Judi dan Arak ... tapi ada taman permainan ...) KAMI BENCI JUDI!

Kami bertolak dari Yanbu lepas kerja , so langsung terus masuk ikut Mekah dan lalu ring roadnya dan keluar kat Kudai and terus menuju arah Arafah ... sebelum sampai Arafah, ada exit utk ke AL Hada ... memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung nih.

Ziarah Taif 2
Dah sampai kat Puncak ... nampak sayu[p sayup Mekah .... dari sini timbul pertanyaan atau detil hati, apakah Rasullullah SAW dulu sewaktu beliau keluar ke Taif untuk berdakwah kepada pendiuduk Taif melalui lereng lereng gunung ini? Apakah lereng lereng gunung iini di lalui oleh Halimatun Saadiah sambil mendukung Baginda utk di bawa ke Taif? Wallahu Alam ... aku pun tak tahu ...

Ziarah Taif 4
Sampai di Taif dalam pukul 9.30 malam gitu ... since UQ Pro Tream dah arrange semua, kami terus sahaja ke Hotel yang telah di tempah ... since Taif di atas kawasan pergunungan , cuaca di sini jauh lebih dingin dengan Makkah .... so agak seuk ler sikit. Sampai kering kering bibir gak ler hehehhehehe

Ziarah Taif 5
Kami dari Yanbu datang dalam beberapa keluarga ... ramai juga yang batal di saat saat akhir di sebabkan panggilan tugasan .... Irfan anak Hj Zuraili ... sama baya ngan Afiq ... so dia orang ni macam kawan baik ler ... pass tuh satu sekolah lak ... dan dalam satu kelas lak (iya ler dah cuma ada 11 orang murid tak kan ler kelas lain lain lak kannnn)

Ziarah Taif 6
Pagi pagi lepas sarapan, aku menaiki bas yuang telah di aturkan oleh UQ Pro Team untuk memulakan sessi ziarah kami .... Stop kami yang pertama adalah di Istana Lama Shubra. Istana yang di bina zaman kerajaan Othmaniah. Tiada waktu Zaman Rasullulah SAW dulu ... Raja Saudi dulu guna Istana ini sebagai IStana hinggap kalau mereka ke Taif. Sekarang ni dah jadi Museum ... tapi waktu kami pergi , Museum tak bukak pun! Ni ler salah seorang UStaz dia ... Ust Aswadi ....

Ziarah Taif 7
Biasa ler , kalau dah datang, so cuba ler gambar gambar dari pelbagai sudut agak terserlah keunikan sesuatu object tuh ..... tapi aku ni kan nya ala ala amateur ajer dalam bidang photography, so kena ler terus mencuba dan mencuba ...

Ziarah Taif 8"
Di bahagian hadapan ... aku suka akan design bidai/tingkap Arab nih ...nampak unik sangat .... seni ukir dia cantik dan macam tahan lama ajer .... so kepada yg minat Bali style tuh, aku cadangkan cer tengok tengok design tingkap Arabia nih ....

Ziarah Taif 9
Ini lak pintunya ... begitu sarat dengan ukiran nya .....

Ziarah Taif 10
Group photo .... di hadapan Istana Shubra

Ziarah Taif 11
Kalau tadi yang lelaki ... ni yang wanitanya pula ...

Ziarah Taif 12
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku ... nama di beri kerana menurut cerita, apabila Rasullulah datang ke Taif dan berjumpa dengan pembesar pembesar Taif, mereka masing masing menolak apa yang di bawa oleh Rasullulah SAW ... malah Baginda telah di di hina dan di baling dengan batu batu kecil di sepanjang perjalanan oleh anak anak muda Taif ... sampai berdarah darah dan kesakitan .... maka apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut utk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda ... namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .... (Waktu tu memang ler tak ada masjid di sini , tapi menurut cerita , orang Arab, setiap tempat yg bersejarah ataupun significant akan di dirikan masjid sebagai tanda)

Ziarah Taif 13
Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden. Masjid ini dah tak di gunakan pun ... saja ajer nak bawa melihat .. kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW ... di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat .... so dulu mana ler ada loudspeaker and mana ler ada orang orang yg nak hantar petition supaya Azan tak di laungkan dengan loud speaker waktu subuh kaaannnnn ....

Ziarah Taif 14
Di beritahu bahawa menara ini masih di dalam bentuk atau keadaan nya yang asli atau asal ....

Ziarah Taif 15
Dari menara ini, dapat kita melihat suasana atau pemandangan Bandar Taif Lama ... Taif ni agak subur gak ...

Ziarah Taif 16
Suasana hijau ... memang seronok atau sejuk mata memandang ....

Ziarah Taif 17
Dalam gayat gayat nak naik menara tuh, Aisyah telah berjaya sampai ke puncak nya ... so sebagai "I was Here" punya momento ... tak perlu nak tulis tulis di dinding kan ... just capture it!

Ziarah Taif 18
Inilah seni binaan nya ... ikatan batanya agak kemas (dulu waktu kat TIKL, aku siap belajar nama nama ikatan bata ni tauuuu!!!!)

Ziarah Taif 19
Dari menara Masjid ni, kami terus ke Prophet Garden ... tak jauh dari sini, cuma sepalaung ajer .... since aku tak dapat nak ambil gambar ladang anggur ... (sebab waktu tu bukan musoim anggu so pokok anggur pun tak ada!!!) gambar posing posing wife and Mama Bungas pun OK ler , tanda kenangan ... So tempat berehatnya Rasullulah SAW di ladang Anggur adalah berhampiran dengan Masjid putih tuh ... (kan aku ada mention, yg mana mana tempat bersejarah atau significant orang arab akan bina masjid)

Ziarah Taif 20
Now aku tau pasal apa aku tak snap snap gambar .. waktu ni Iman dah penat and dia ala ala meragam sikit ... so aku kena dukung dia ... dan berat badan dia boleh tahan jugak ler ... ala ala kalau aku dukung dia senantiasa, gym gym atau weighlighting nih tak yah aku buat dah ... but for sure muscle aku naik berketul ketul .... (Tapi tak ada pun muscle aku berketul ketul naik ... samada Iman tak cukup berat, ataupun aku yang tak cukup dukung Iman hahahahhaha)

Ziarah Taif 21
Kami semua kepenatan dah ke sana ke mari melihat kesan kesan sejarah di Taif ... maka dia orang pun bawa kami ke Pasar Segar Taif .... aku suka akan tomato nih .. macam mengeliurkan sahaja ... tapi aku tak beli pun ... sebab leceh nak bawak balik ek Yanbu kaaannnn

Ziarah Taif 22
Pandai jugak peniaga ni susun susun buah tomato dia ....

Ziarah Taif 23
Besar besar terung bulat dia ... aku pun lupa nak tanya apa orang Arab panggil terung bulat nih!

Ziarah Taif 25
Dalam berbagai pose terung ...

Ziarah Taif 24
Pekerja ni memintak aku ambik gambar dia .... so since aku membawa missi WORLD PEACE , aku pun ambil ler gambar dia .....

Ziarah Taif 26
Apabila hidangan air teh tanpa daun mint kaaannn ... mint memang ada di jual di mana ... tapi aku suka yang merah tuh Red Radish ker apa ker

Ziarah Taif 27
Warna warna keceriaan di Pasar .

Ziarah Taif 28
Dan pekerja ini juga ....

Ziarah Taif 29
Dan dia juga ....

Ziarah Taif 31
Hendak menuju semula ke bus, nampak orang jual carrot

Ziarah Taif 32
Penjual carrot tadi ...

Ziarah Taif 33
Pada petangnya kami ke kawasan gunung lak ... (di dah memang kawasan gunung kan ... nak gi gunung mana lak?) .. Salah satu puncak tertinggi di Taif.

Ziarah Taif 34
Beramai ramai ... (waktu ni kami dah letih sangat .... and waktu aku type nih , aku pun letih sangat sangat!!! Siap boleh lena lena sambil type ... ngannnntttuuuulklk ,,,,, tyupe pun dah salah salah nih) - Ni dah sedar dan bangun semula, tapi terlena jap

Ziarah Taif 36
Keesokkan harinya kami pulang semula ke Yanbu ..... ni ler keadaan gunung yang nak turun ke Mekah dari Al Hada ..

Ziarah Taif 38
Bye bye Taif ....






Saturday, October 17, 2009

Perjalanan Ke Abha ...

Alhamdullilah, bersempena dengan cuti Syawal bebaru ini, (selama 10 hari), kami, Hj Zuraili sekeluarga dan Haji Zaky sekeluarga, telah sepakat untuk berlibur di hari cuti ke Abha ... sebuah bandar pergunungan, yang jaraknya dalam 1,000 km gitu dari Yanbu.

Kembara ke Abha amat menakjubkan ... ialah selama ini kan nya pergi ke sana ke sini gitu ... kali berpengalaman lak mendaki gunung ganang di kawasan yang kering kontang .... memang menakjubkan .... Subhanallah ...

(Walaupun Syawal dah berlalu, kisah yang dipaparkan ini adalah berlaku di awal Syawal ... so boleh dikatakan dalam category rajin jugak ler aku nih dalam bab bab mengupdate BLOG nih!)

Maka Terimaaaalllaaahhhhhhhhhhhhhh .................

Pada hari Raya yang Kedua, kami telah berjanji nak bertolak pada pukul 10.30 pagi, tapi di sebabkan malam tuh ramai orang datang beraya (iya ker ramai orang datang?), maka 10.30 pagi aku telah jadi kul 11.00 pagi .... nak buat macam mana kaaannn ....

Perjalanan kami dari Yanbu terus ke Jeddah kemudian dari Jeddah kami langsung ke Mekah untuk menuju ke Taif melalui jalan gunung .... dari Mekah terus ke Al Hada .... tapi sebelum tuh kami singgah kat R n R Jeddah-Makkah .... untuk Solat serta makan tengah hari ... kami sekeluarga makan McDonald ajer .....
(Tapi apa kena mengena introduction perjalanan dengan gambar bunga bungaan?)

Inilah kaki bukit di Bahagian Mekah .... kat atas gunung itu terletaknya Al Hada ..... dan actually di sini ada cable car yang turun dari Al Hada ke lembah ini. Di mana di lembah ini ada Taman Tema .... tahun lepas kami dah naik cable car and bermain di Taman Tema ini ... so tahun ini cuma tengok and lambai lambai ajer ler .....

Perjalanan mendaki gunung yang pertama , yakni dari Mekah ke Al Hada, Taif. Tahun lepas jalan ni di tutup, so kami kena ambik ikut jalan Riyadh ... agak jauh jugak ler ....

Bunga lagi .... actually , cuaca di Al Hada agak sejuk ... so memang banyak di tanam bunga bunga ... and since kalau dah duduk di Padang Pasir, so bila tengok bunga bunga segar nih rasa jakun sikit .... (Tak ada kena mengena dengan suku kaum pribumi di Tanah Melayu)

Mekah kelihatan dari jalan menghala ke Al Hada .... sayup sayup kami meninggalkan kota Mekah .... dan mungkin laluan ini jugak pernah di lalui oleh Baginda Rasullah SAW sewaktu beliau ke Taif??? Wallahu alam .....

Kami sampai ke Al Hada dah masuk waktu Asar .... so since badan pun letih letih jugak, kami just redah ajer Bandar Al Hada and main masuk ajer hotel yang agak selesa dan cantik ...

Alhamdullilah, kami dapat Hotel di Al Hada ... agak selesa dan mempunyai taman yang cantik dan segar .... seronok ambik gambar bunga bungaan ....

Inilah hotel penginapan kami. Since Al Hada adalah peranginan di atas gunung dan berhampiran dengan Mekah dan Jeddah, so , memang ler tempat ini menjadi holiday spot yang agak mahal ler ... sebab bilik yang kami sewa, kena dekat SAR 400 semalam gak .... tapi puas hati ler ... at least anak anak seronok dapat bermain main ... cuaca tak panas dan amat selesa dan nyaman ... terasa macam duduk kat Fraser Hill (terus terkenangkan kat kaum keluarga di Malaya)

Pada hari kedua, tepat pada pukul LAPAN pagi (iya, kali ini aku tak lewat dah, sebab cukup tidur pelbagai kan), kami mula bergerak (kalau kata bertolak lak karang ... ramai yag loyar buruk akan tanya , iya ker bertolak, tak penat ker nak tolak tolak nih!!!). Perjalanan di teruskan dengan melalui bandar Taif dan memasuki jalan ke AL BAHA dan ABHA ... jalan nya agak kecik dan jalan kampung gitu ... kampung Arab ler .... and yang uniknya ... dalam jalan jalan di celah celah gunung ganang nih, ada kedai kedai yang warna agak terang terletak di sepanjang jalan (nih sebelum sampai Al Baha).
Dan menurut jejaka penjual ini ... inilah kedai kedai menjual MADU LEBAH Gunung Pdang Pasir !!! So kami pun beli ler madu dia and sambil ambil gambar dia .... dia nih dari Yemen ... Dia nih setiap kali aku nak ambil gambar, dia terus beri pose yang menarik !!!
Kami tiga keluarga ... tiga buah kereta .....

Perjalanan di teruskan .... Pemandangan ini kelihatan sewaktu kami hendak menghampiri bandar Al Baha ....

Rumah rumah yang di buat dari Tanah Liat ... begitu juga manusia yang asalnya dari Tanah jugak ....

Mana mana tempat menarik, sure nak bergambar kan ....

Aisyah

Iman ... Afiq buat perangai lari sana lari sini tak nak bergambar ....

Seronok atau sejuk mata memandang bila nampak pokok hijau semula jadi nih ....

Inilah gunung gunung yang terpaksa kami naiki / daki ..... memang seriau ler bila bawak kete ... and kepada yang gayat tuh sure ala ala mengelabah gitu!!!

Monyet monyet liar yag banyak di kawasan pergunungan .... yang uniknya ... sebab monyet nih anu nyer terkeluar gitu .... baik jantan maupun betina .... rasa rasa macam nak introduce pakaian dalam kat dia orang hehehehhehee

Setelah berhempas pulas selama 11 jam lebih, maka kami telah selamat sampai ke Abha ... dan Alhamdullilah, hotel yang Haji Zuraili carikan ini agak murah dan amat selesa sekali! Sukkkaaaa ... and lebih suka sebab dapa Internet Free hehehehe

Inilah Bandar Abha pada waktu pagi ... sebab kami sampai malam kan ... so pada pagi ini, dalam pukul 9.30 pagi, kami semua bersiap dan terus bergerak untuk ke Puncak Gunung (Puncak gunung lagiiiii) As Saoda .....
Sebelum ke pergunungan, kami bersiar siar di Bandar Abha nih .... kawasan gunung jugak .. cuaca memang nyaman di sini ....

Berposing posing di kawasan Taman di Abha ... Afiq lari lari tak nak bergambar ....

On the way atas gunung, ada kedai menjual buah ... dan buah favorite aku .. Roman ...

Inilah kedai buah yang di katakan itu ..... buah anggur dia ... MMMMAANNIIISSSS sangat!!!! Sukkkaaa
Dengan SAR 60, dapat ler kita naik Cable car nih .... So kira Langkawi punya cable car tuh memang MURAH BANGEEETTTT !!!! Jom lawat LANGKAWI!!!



Semuanya takut tinggi / gayat .....

Route Cable Car tuh .....

Turun ke lembah ....

Penulis buku dan juga ketua bahagian pelawat ....



Dia siap autograph buku yang dia tulis nih ....

Inilah kawasan Museum .....


Bergambar di kawasan Museum


Bayangkan ... 600 tahun dahulu , kawasan ini sudah mampu untuk membina bangunan tinggi

Susunan batu bata yang agak unik

Aku panggil kawasan nih ALPS ARAB gitu

Salah satu lukisan yang ada dalam museum.

Kini menjadi sebuah museum ....

Bergambar ramai ramai di hadapan museum

Pergunungan yang indah ... dengan cuaca yang nyaman

Mini pentas ini di tambah untuk kegiatan seni dan pertunjukan seni setiap kali perayaan

Quran tulisan tangan yang terdapat di dalam Muesum ini

Susunan bata yang agak unik dan kukuh

Seni lama yang tak luput dek zaman

Di Bandar Abha ... bangunan yang warna warni.

Green Mountain .....

Green Mountain

Aisyah

Iman

Pemandangan malam kat tepi tasik kat hotel kami duduk ....

Hari berikutnya , kami pun telah bersedia utk pulang semula .... kali ini jalan pulang kami ikut ke arah coastal ... tapi sebelum sampai coastal .... ffuuuyyyoooooooooooooo melalui gunung ganang dan terowong sebanak 11 kali !!!!

Melalui celah celah gunung ganang ....

Gunung batu batan

Aisyah

Horray .... akhirnya tamat sudah perjalanan kami .... sebelum balik ke Yanbu, aku telah singgah ke Mekah dua maam utk berjumpa dengan Rafei yang datang buat Umrah.