Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Saturday, July 07, 2012

Tranquility

Moment moment yang sempat di rakam sementara menanti terbit mentari bagi mengerjakan Solat Dhuha.

Masa yang berlalu tidak disedari disebabkan keasyikkan memerhatikan gelagat manusia. Pelbagai ragam manusia dengan seribu satu gaya dapat kita perhatikan..

Namun kita tidak berhak mentafsirnya. Kerana yang empunya badan sahaja yang tau apa yang tersirat dan tersurat.

Teruja ...

Santai di Pagi yang hening

Satu kebiasaan yang sering aku lakukan ( kalau dah kebiasaan, tentulah ianya sering dilakukan, kaaann) apabila berada di Mekah, ialah seusai solat Subuh dan jenazah, dan andainya tiada halangan, aku akan mengerjakan tawaf Sunat tujuh pusingan Baitullah.

Di kala tiada ramai jemaah, ianya mengambil masa kurang dari setengah jam. Namun pada hari hari jemaah ramai, biasanya ianya memakan masa dalam 45 min ke sejam.

Selepas solat sunat tawaf, biasanya aku akan menunggu matahari naik untuk mengerjakan solat Dhuha pula. Dan sementara menunggu nunggu ni, aku gemar menikmati suasana pagi yang permai. Suasana yg damai dan tenang. Tidak terucap atau terlakar dek kata kata maupun gambar.

Alhamdullilah kerana diberi Allah akan nikmat dan kesempatan ini. Alhamdullilah.

Sunday, June 03, 2012

Runtuhan Bangunan

Inilah gambar yang dimaksudkan ... hampir kesemua bangunan telah diruntuhkan , namun di tinggalkan bahagian gerbang pintu.

Apakah simboliknya?

Dah ... meamng tak ada jawaban ... kalau nak tau jugak, kena ler tanya mereka mereka yang terlibat.

Buat masa sekarang nih, agak giat di lakukan runtuhan bangunan bangunan hotel (tak lama pun hotel yg diruntuhkan itu), bagi memberi laluan Project Makkah ..

Nantilah kemunculan Mekah dengan berwajah baru ...

Kalau Roboh Kota Melaka ...

Melihat akan runtuhan runtuhan bangunan di Mekah, terus teringat akan bait bait pantun yang berbunyi:

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan

Persoalannya .... habis bangunannya di runtuhkan, kenaper harus di tinggalkan bahagian pintu jer??? Kenaper ???

Aku masih lagi tertanya tanya ... kenaper ...

Atau mereka tunggu papan dari Jawa? Apa istimewanya papan dari Jawa? Adakah papan dari Jawa lagi kuat dari konkrit?

Waaahhhhhh gittuuu ... banyak sungguh persoalan timbul dari sekeping gambar!

Saturday, June 02, 2012

My Favorite Coffee time place in Mekah

Kalau di Haram, Kaabah , kawasannya selalunya akan di penuhi oleh orang ... tak kira ler pukul berapa hari apa ... yang pasti , orang tetap ramai.

Walaupun Mekah adalah tempat beribadah, namun kita juga dapat menjamu selera sambil bersantai dan bertemu mesra dengan teman teman.

Yang pasti bagi orang Malaysia, D'Saji adalah melting pot gitu ... dan juga bagi yang ada family, Zam Zam Tower food court pun adalah pilihan yang terbaik dengan menyajikan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Untuk mengeteh dan mengopi, hotel hotel 5 bintang, ada menyediakn coffee house mereka tersendiri. Di samping itu ada juga Starbuck dan sebagainya.

Namun bagi diriku ini, tempat yang paling aku suka ialah di Coffee House hotel Makkah Raffles Palace, di Zam Zam tower.

Pemandangan yang di sajikan ... speechless ... ini yang buat aku suka. Kita boleh menyaksikan kawasan Haram sambil menghirup coffee atau tea kegemaran. Dan pelbagai restaurant juga ada di sini.

Restaurant Italy dia pun agak menarik dgn sajian sajiannya yang mengiurkan dan menyelerakan.

I llliiikkkeeeeeee.

My Favorite Kaabah View

Ada ker favorite favorite nih???

Anyway, bagi sesiapa yang pernah menziarahi Kaabah, sudah pasti pemandangan Kaabah dan suasana di haram tetap di dalam ingatan dan sanubari. Dan senantiasa merindui akan pemandangan dan suasana di sana ... itu sudah pasti!!!

Alhamdullilah, kami di beri peluang untuk menziarahi Mekah lagi ... dan kepada mereka mereka yang pernah ke mari, pasti ingin merakamkan suasana Kaabah di dalam camera masing masing.

Bagi diri ini, sudut yang paling aku suka untuk merakamkan Kaabah adalah dari Pintu King Abd Malik ... Pintu No 1 ...

Aku akan berdiri betul betul kat tangga dan aku akan snapkan pemnadangan ini ... dari sini kita boleh dapat perspective dan kegeomtery an nya kaabah ... di serikan lak oleh dua minarets ...

Ini adalah pemandangan yang paling aku suka untuk di rakamkan ...

Friday, March 16, 2012

Sambungan ...

Memandangkan aku update ngan menggunakan Iphone, dia macam susah nak terima gambar banyak banyak.

Namun tetap gigih.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........



Pagi khamis ...



Berpusu pusu jemaah nak pulang selepas Solat Zohor.



Terasa macam musim Haji lak. Lautan manusia. Namun... Alhamdullilah dapat bersama sama mereka.

Mekah ...

Mekah ... Tidak sama dengan apa yang telah aku lalui ... Dari Zaman pertama kali menjejak kaki untuk mengerjakan Umrah, ianya telah berubah. Berubah dari segi infrastructurenya, crowdnya dan sebagainya.

Kini ianya berubah lagi ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ......



Kalau dulu, pergi Umrah memang tak terlintas nak duduk belah belah Ayjad ni. Tapi tidak kini, hotel di hadapan haram samada harganya agak lumayan ataupun tidak ada kekosongan!



Elaf Al Mashaer jadi pilihan. Hotel Amjad tak larat nak daki bukit. Hotel ni di bawah sekali, so tak kena daki bukit! Hotel dia agak selesa dan ada internet laju!



Selepas kerja seperti biasa, lepas kerja terus datang. Alhamdullilah. Selesai umrah dalam kul 12.30 tengah malam. Alhamdullilah.



Keadaan agak tenang. Dah tengah malam. Namun tidak lah sunyi.



Walaupun musim Umrah, namun boleh kelihatan jemaah yang agak ramai. Suasana sewaktu hendak mengerjakan solat subuh.



Jemaah berpusu menuju ke masjid.



Jangan lupakan kasut anda!


Keadaan yang begitu padat, macam musim haji lak.


Berpusu pusu mengerjakan tawaf.

Friday, October 21, 2011

Puasa 2011

Walaupun kini dah masuk bulan Haji ... atau dengan kata lain, musim haji .... namun catitan blog ni baru nak melangkau ke bulan Puasa 2011 ....

Puasa 2011 ... sungguh indah dan apa yang pasti ... (setiap benda yang telah berlalu) ianya menjadi sebuah memori ... maka , sukalah aku nak berkongsi secebis memori tersebut melalui paparan paparan petikan camera ku ini ......

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Picture 001
Puasa dan berbuka adalah ibarat laut dan pantai .... tidak boleh dipisahkan .... Kalau dah puasa, kenaler berbuka kan ... Inilah makanan "ruji" apabila kita ke Masjidil Nabawi ... Tapi kalau nak dapat juice, fruit dan makanan nasi/ayam , kena ler duduk di luar / dataran Masjid.

Picture 002
Sebaik sahaja habis waktu bekerja, kami rakan rakan Yanbu, telah bersama sama ke Madinah untuk berbuka di sana ... Alhamdullilah, perjalananan hanya memakan masa dalam 2 jam sahaja dan tidak terasa kepenatannya ... terutama pabila Pak Zikhan yang tukang drive nya ... kita just tolong jadi penglipur lara jer ...

Picture 003
Seronok gak ... sebab lepas kerja terus ke Madinah .... and kita ornag boleh pilih samda nak makan berata (duduk di Dataran) atau makan ringan (di dalam masjid). Pada Puasa tahun ni lak, waktu berbuka ranges nya dari kul 6.45 to 7.15 ....

Picture 004
Kami masih mempunyai masa yang terluang untuk bersiap siap sebelum berbuka ... dan masih mempunyai waktu untuk berzikir dan membaca Al Quran

Picture 005
Happy face dengan nikmat Allah yang diberikan ... nikmat untuk datang berbuka di Masjidil Nabawi ... Alhamdullilah ya Allah ...

Picture 006
Dengan misi SATU TUJUAN dan SATU HARAPAN .... SYURGA ALLAH ... wajah wajah sabar dari pelbagai pelusuk negara ... menantikan waktu berbuka, di mana salah satu NIKMAT bagi orang orang yuang berpuasa ...

Picture 007
Berpuasa kerana ALLAH ... tidak mengira bangsa dan darjat ...

Picture 008
Selepas solat Maghrib ... kita boleh lihat bagaimana cekapnya para pekerja membersihkan masjid dgn sampah yang bertimbun nih ... dan selepas solat, selalunya, ramai yang akan offer teh pudina segar atau pun arabia coffee ... dua dua I LIKEEEEE ...

Picture 009
Alhamdullilah ... kesempatan yang ada juga telah di ambil untuk ke Mekah. Pada Hujung Minggu pertama dan Kedua, kami telah ke Mekah untuk mengerjakan Umrah dan berpuasa di sana ... Alhamdullilah ya Allah dengan rahmat dan nikamt yang diberikan

Picture 010
Ramai manusia mengambil kesempatan untuk mengerjakan Umrah di Bulan Ramadhan kerana ada hadis sahih yang mengatakan umrah di bulan Ramadhan seolah olah mengerjakan Haji bersama sama Rasullulah SAW.

Picture 011
Umat manusia memang ramai pada waktu Bulan Ramadhan ... setanding sewaktu musim haji ...

Picture 019
Memang kagum melihat para pekerja ini membersihkan kawasan masjid ... sungguh cekap dan kemas serta pantas ... TAHNIAH!!! Lihatlah sampah yang ada ...

Picture 023
Ini adalah menu di dalam Masjid Nabawi ... dan Di Madinah , di katakan roti ni adalah roti khas Madinah ... aku suka sangat ... dan aku juga suka akan ala ala "dodol" Kurma tuh!!!

Picture 025
Kali ini kami makan di dalam masjid lak ...

Picture 027
Alhamdullilah, Masjid Nabawi masih selesa dan mempunyai ruang yang banyak walaupun di bulan Ramadhan ... Alhamdullilah

Picture 030
Yang ini menu di Dataran Kaabah ... berbuka di Hadapan Kaabah ... Alhamdullilah

Picture 031
Waktu waktu yang amat mustajab utk berdoa ... berdoa sebelum berbuka

Picture 033
Duduk, berdiri, bertawaf ... semuanya tidak melepaskan saat saat keemasan untuk berdoa ...

Picture 035
Berdoa dan berdoa ... optimisekan peluang ... berdoa sebelum berbuka

Picture 037
Sementara menanti waktu berbuka ...

Picture 039
Alhamdullilah ... masjid masjid di Saudi ni agak selesa dengan Aircond yang full blast .... lepas tuh kalau bulan puasa , waktu terawih, di sediakan air air botol mineral ... memang selesa untuk beribadah ... I likeeeeeeee

Picture 044
Bila selesai Maghrib, bumbung Masjid Nabawi ni di buka , sol memang cantik ler view kalau kita dongak tgk ....

Saturday, July 23, 2011

Teruja Dengan Pemandangan Kaabah - Kaabah View.

Kaabah from P11 Raffles Hotel ... Night View
Terasa teramat teruja dengan pemandangan malam dari aras P11 Raffles Hotel. Pemandangan Kaabah ... terasa hingga ke sanubari!

Kisah Cuti Cuti Eropah siri siri berikutnya akan di teruskan ... bila ... biarlah ianya menjadi Rahsia ... so selalu ler berkunjung ke mari yaaaaa ... untuk mengetahui sambungannya ...

Waaahhhh terus terasa ala ala ramai pengikut akan mengikuti perjalanan BLOG ni hehhehee

Last weekend (21 dan 22 July 2011), kami sekeluarga telah menziarahi Mekah , setelah begitu lama tidak ke Mekah. Memang terasa rindu. Kali ini kami bakal menginap di Al Marwar Rayhaan Rotana Hotel. Apa lagi , kalau tidak melalui www.booking.com Inilah pertama kali kami menginap di sin. Walaupun sebelum ini pernah menginap di Zam Zam Tower jugak. Terasa teruja ler jugak ....

Perjalanan dilakukan sebaik sahaja selesai waktu bekerja (4.00 pm) dan Alhamdullilah kami sampai di Kudai dalam pukul 8.30 malam ... tetapi tak sempat untuk sembahyang Isyak berjemaah!

Alhamdullilah perjalanan agak lancar dan trafic juga tidak ler begitu sesak.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Picture 001
Since aku ambil bilik yang agak murah sikit ... so dapat ler bilik with part of Haram View gitu ... tapi bilik dia selesa ler (seperti biasa aku bawak tilam angin aku ... so I have my won bed gitu ...!!!)

Picture 004
Alhamdullilah pada Subuh tersebut dapat kami berjemaah dan sembahyang di dataran Kaabah serta melakukan tawaf Sunat. Alhamdullilah.

Picture 002
Bagi sesiapa yang selalu turun ke Mekah , pasti dia mempunyai beberapa favorite spots untuk sembahyang atau duduk duduk beribadah. Contohnya TG Nik Aziz, his favorite spot ialah berhdapan dengan pancur Emas ... as for me ... here is my favorite spot ... sebabnya , suka akan geomteri nya .....

IMG_2163
Pemandangan dari tingkap bili sewaktu hari siang.

IMG_2169_7_8
Menggunakan teknik HDR ...

IMG_2166_4_5
Gambar di olah olah ...

Breakfast with Kaabah View at Deyafa Restaurant at Al Marwar Rayhaan Hotel
Apabila tiba waktu breakfast, kami breakfast di Deyafa Restaurant. Subhana Allah ... kami dapat duduk di window view and viewnya adalah KAABAH VIEW! Masya Allah .... memang teruja sesangat!!!!

Picture 008
Disebabkan perasaan teruja yang teramat sangat ... aku ambil gambar tak henti henti ... lepas DSLR, guna Iphone lak .. lepas tuh guna DSLR lak .. pass tuh Iphone hehehehhee ... ni ambil pakai Iphone

Picture 009
Gambar yg di olah oleh Iphone Apps.

IMG_2156
Pemandangan yang tak jemu dek mata memandang.

IMG_2155
Walaupun anak dan isteri kata makanan nya sedap sedap ... tetapi aku ala ala macam selera light light ajer nak makan ... sebab tumpuan lebih kepada ambil gambar and lihat Kaabah View nih. (Actually aku dah ngaaapppppp kat Chitagong lepas subuh tadi hahahahahha)

IMG_2154
Seronok dapat View Kaabah nih.

IMG_2153
Kebetulan baru ajer baca link dari one of the FB/Blogger yang kata Masjidil haram akan dapat 500,000 lagi tempat ... ini dia construction masjid yang tgh rancak di jalankan.

IMG_2152
Banyak crane dan sebagainya ... dulu dulu buat project , kemudahan crane nih amat penting ... tetapi kat sini aku tgk agak mewah lak.

IMG_2151
Aisyah ... dia kata tak perlu nak gambar gambar ni ... tapi aku yg paksa ... so dia pun terpaksa ler senyum senyum manis ... sebab takut aku naik angin lak kaannn hehehehhee

IMG_2147_5_6
Dalam olahan HDR

Picture 007
Dari Iphone

Picture 006
Olahan oleh Iphone Apps

IMG_2161
Iman berposing gak ...

IMG_2184
Pada sebelah malamnya, my family and Hj Rohaizat family telah bersetuju utk minum minum di Cafe kat raffles Hotel nih .... Subhana Allah ... Pemandangan yang breath taking gitu!!!

IMG_2183_1_2
Olahan HDR

Picture 013
Dari Iphone

Picture 011
Dari olahan Iphone Apps

IMG_2186
Dah agak lama tak berjumpa ....

Picture 026
Selepas Jumaat .... Lautan Manusia