Melihat akan runtuhan runtuhan bangunan di Mekah, terus teringat akan bait bait pantun yang berbunyi:
Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan
Persoalannya .... habis bangunannya di runtuhkan, kenaper harus di tinggalkan bahagian pintu jer??? Kenaper ???
Aku masih lagi tertanya tanya ... kenaper ...
Atau mereka tunggu papan dari Jawa? Apa istimewanya papan dari Jawa? Adakah papan dari Jawa lagi kuat dari konkrit?
Waaahhhhhh gittuuu ... banyak sungguh persoalan timbul dari sekeping gambar!
Resolusi 2025: Janggel Masih Wujud?
4 hours ago
Kalau roboh Kota Melaka
ReplyDeletePapan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan
Pantun di atas sebenarnya menceritakan jihad kerajaan Islam Demak (Jawa) untuk merampas semula Melaka daripada Portugis.
Kerajaan Demak menggempur Portugis di Melaka pada tahun 1513.
Adipati Unus diberi gelaran Pangeran Seberang Lor; Pangeran yang pernah ke menyeberang ke Utara (Melaka).
Lalu terbitlah pantun ini.
Badan dan nyawa bukan diserahkan pada dara atau teruna, tetapi diserahkan kepada islam dan jihadnya.
Tidak kurang daripada 6,000 syuhada gugur ketika Demak menyerang Portugis.
Kota Melaka pada zaman kerajaan Melayu Melaka tidak sama dengan Kota Melaka yang dibina oleh Portugis.
Portugis membina Kota Melaka bukan sahaja dengan batu, malah dengan menggunakan nisan Sultan-sultan Melaka dan para ulama.
Disebabkan itulah kita pada hari ini tidak menjumpai makam Sultan-sultan Melaka.
Mengenai kisah kenapa yang tinggal hanyalah pintu gerbang pula, setelah Inggeris mengambil alih Melaka daripada Belanda, Inggeris merobohkan hampir keseluruhan Kota Melaka yang dibina oleh Portugis itu.
Walau bagaimanapun, Sir Stamford Raffles dari Singapura yang kebetulan melawat Melaka pada 1810 telah menghentikan aktiviti itu, tetapi apa yang sempat diselamatkan hanyalah pintu gerbang A Famosa.
Wallahualam.