Tahun 2007 baru seminngu meninggalkan kita .... dah 7 hari 2008 menjenguk kita .... dan lagi tiga hari Tahun Baru Hijrah bakal menjelma ....
Itu adalah hari hari yang pasti akan datang dan juga pasti akan berlalu, samada kita sedar atau tidak, kita rela atau tidak ... ianya tetap berlaku ....
Dan kepada yang mengenali aku, pasti sudah mangli atau lali dengan ungkapan ini....
"Dalam hidup ini kita cuma ada TIGA hari sahaja .... iaitu
SEMALAM - Ianya sudah berlalu .... yang pasti ianya tidak akan kembali! Menangis airmata darah sekali pun, yang pasti ianya tetap tak akan kembali ... bye bye yesterday!!!
ESOK - Ianya bukan satu kepastian .... kita tidak tahu apa yang bakal terjadi ... ianya bukan hak kita !!! Sebaik macam mana perancangan kita, ianya mungkin tidak terjadi ... ianya bukan lah satu kepastian buat kita!!!
HARI INI - Ialah hari yang kita ada. Hari ini yan bakal menentukan SEMALAM dan Hari ESOK kita. Buat lah yang sebaik baik pada hari ini..... hayati dan gunakanlah sebaik baik nya ... hari ini ... hari ini adalah untuk kita ... kerana dengan hari ini kita akan mendapat SEMALAM yang INDAH dan HARI ESOK yang AMAN BAHAGIA .... Semuanya bermula HARI INI!!!
MAKA TERIMAAAALLLLLLLLLLAAAAAAAAAAHHHHHHHHH ......................
Sempena menghabis cuti tahun aku yang banyak tuh, aku telah ambil gambar anak anak ku dan siap print A4 dan buat frame lagi!!! Kemain susah nak suruh Nurul Iman posing nih, nasib baik ler Kakak dia agak creative sikit ... siap dia make-up kan adik nya lagi!!! Anyway, selepas berpuluh puluh snap, aku rasa yang ini agak fotogenik buat Iman ... and aku suka akan posing yang ini hehehehehehhee
Buat Kakak, agak senang nak berposing, so tak banyak take yang aku ambil untuk Kakak, tapi yang pasti, Kakak suruh aku "hilangkan" tahi lalat dia .... hehehehhehehee
Iman dan Aisyah ......
Akmal Syafiq ... yang mana sekarang ni , kalau tanya dia ni sapa, yang pasti dia akan kata dia THOMAS, atau, ULTRAMAN atau SPIDERMAN .... atau bila dia tengah marah dia akan kata dia HARIMAU!!!!
Another pose oleh Aisyah ..... sekarang dah masuk darjah dua .... masa terus berlalu ....