Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan - Moon Eclipse - 10 Dec 2011

Malam ini, iaitu pada 10 Dec 2011 ... terjadi Gerhana Bulan Penuh ... dan ianya adalah yang terakhir untuk tahun 2011. Dan Gerhana bulan kali ini boleh di katakan boleh di lihat di seluruh dunia ...

Tidak kecuali di Saudi juga ... sebaik sahaja selepas Solat Maghrib ... kami telah dapat menyaksikan Gerhana Bulan ... dan di kebanyakkan masjid masjid jamek, di adakan solat sunat Gerhana.

Dan gerhana selesai sebaik sahaja masuk waktu Isyak ........

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_2615
Gerhana boleh di nampak dengan mata kasar sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0856.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Telah terjadi suatu gerhana matahari pada masa hidup Rasulullah saw., lalu beliau pergi ke masjid. Di sana beliau berdiri dan takbir (melakukan solat gerhana). Sedangkan orang banyak berbaris di belakang beliau. Rasulullah saw. membaca bacaan (surah) yang panjang. Kemudian beliau takbir dan rukuk lama-lama. Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakal hamdu..' Lalu beliau berdiri, dan sesudah itu membaca ayat yang panjang-panjang, tetapi tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian beliau rukuk pula kembali lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. Kemudian beliau i'tidal sambil membaca "Sami'allahu liman hamidah. Rabbana walakal hamdu," sesudah itu beliau langsung sujud. Kemudian pada rakaat yang lain beliau lakukan pula seperti itu, sehingga jumlahnya empat kali rukuk dan empat kali sujud. Dan matahari telah terang kembali sebelum beliau selesai solat. Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Mula-mula beliau memuji Allah menurut mestinya. Sesudah itu beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti tentang kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu apabila kamu melihatnya gerhana, maka segeralah pergi solat. Solatlah sehingga Allah memberi kelapangan (cahaya terang) kembali kepada mu. Sabda beliau selanjutnya, "Aku telah melihat di tempatku ini segala yang dijanjikan Allah kepada mu (mengenai syurga dan neraka). Sehingga aku bermaksud hendak memetik buah-buahan syurga; ketika kamu lihat aku menjangkaukan tangan ke depan. Aku juga melihat neraka jahanam, di mana satu sama lain saling memusnahkan, iaitu ketika kamu lihat aku mundur ke belakang. Dan aku melihat juga di neraka itu Ibnu Luhay, yakni orang yang mula-mula mengadakan Sa-ibah (korban unta untuk berhala).

IMG_2616
Bukan lah mudah untuk mengambil gambar bulan ... ni terpaksa guna ISO tinggi , yang mana, menyebabkannya agak grainy ...

IMG_2631
Selepas 20 minutes ...

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0859.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah solat gerhana, enam kali rukuk dan empat kali sujud (dalam dua rakaat)." Syurga dan neraka diperlihatkan kepada Nabi saw.

IMG_2627
Bulan akan kembali penuh ...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0553.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat. "

IMG_2656
Sebenarnya warna bulan agak terang ... tetapi aku mengambil under exposure supaya boleh nampak detailnya.

IMG_2658
Bulan kembali penuh selepas solat Isyak

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2424.
Dari Muhammad r.a. katanya : "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah. "Bukankah Rasulullah saw. telah bersabdakan bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."
IMG_2660
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0591.
Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130)

The Moon Eclipse


Friday, December 09, 2011

Berlalu sudah setahun ...

Alhamdullilah ... pejam celik pejam celik ... berlalu sudah setahun ... samada kita sedia atau tidak ... kini telah masuk tahun 1433 Hijrah ... dah 14 Muharram dah pun ... Tapi seperti biasa, kat sini tak ada ler cuti sambut Awal Muharram ker apa ker ...

Cuma bebaru nih waktu 9,10 dan 11 Muharram, boleh di katakan 90% orang orang tempatan berpuasa sunat Hari Asyura ... Memang terasa akan kemeriahannya ...

Since dah lama tak update BLOG ni, dan aku tak nak ler nanti orang nak tgk pun tak boleh sebab penuh ngan sawang kaannn ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_2440
Tak lau ler , samada hanya perasaan aku sahaja ker atau memang fakta ... aku dapati kalau bulan dan matahari di sini lebih besar dan jelas gitu ... apakah faktor sebab sini tidak berawan ataupun kedudukan latitudi longitude dia?

IMG_2441
Dan kalau nak ambil gambar bulan agar clear (ini bukan contoh yang baik... baru aku perasan gambar ni tak clear sangat) ... ialah ambil pada waktu sebelum maghrib atau sesudah solat subuh ... sebab bulan pada waktu ini cahaya nya tidak terlalu terang sebab ada cahaya lain ... so bagus utk photography ... kalau tak caya ... cuballaaahhh ... esok kan malam bulan penuh!!!

IMG_2457
Pertengahan bulan 10 yang lalu, UQ Pro Team telah datang ke Yanbu untuk buat Kursus Haji ... Alhamdullilah kali ini kita orang dapat tempat yg agak selesa dan condusive ... iaitu di Surau Yansab Compound ...

IMG_2458
Pada waktu ini, mungkin Si Nizam nih dah berada di Malaya ... dia dah berkerja di Malaya semula ....

IMG_2462
Penceramah Undangan pada hari itu, Prof Kamil ... Memang ramai yang bersemangat mendengar kisah beliau ... SEMBAHYANG MALAM ... TAHAJJUD ... tapi bukan Tahajjud Cinta yaaaa ....

IMG_2463
Zulk ... Antara Jemaah Haji dan Peserta Kursus ...

IMG_2464
Halim ... kusyuk sekali dengar kisah yang begitu bersemangat dan menarik dari Prof Kamil

IMG_2465
Rata Rata boleh di katakan memang beliau (Prof Kamil) mampu membuat pendengarnya kusyuk mendengar kisah beliau ... I likeeee ....

IMG_2466
Kisah yang secara bersahaja di sampaikan

IMG_2467
Rezal begitu tekun ...

IMG_2470
Kalau aku kata si kecil pun terpegun, sure ler orang kata aku OVER ler lak kaaannnn

IMG_2472
Tapi kalau tgk gambar nih, ntah ler ... mungkin dia pun kusyuk gak kot???

IMG_2475
Pada akhir program ... ada penyampaian sijil di lakukan ... segak Haj Zuraili hehehhe

IMG_2477
Dalam bulan 10 ari tuh jugak, SABIC ada buat Program Hari keluarga ... tapi ala ala makan dah nak dekat kul 10.30 malam gitu kaaaannnn (Terlupa lak adat orang sini, makan ialah pada akhir majlis gitu!!!) Show atau lawak dia ... ala ala tgk saringan Raja Lawak gitu ... boolleeeeyyy!!!!!

IMG_2478
Walaupun rumah dan pantai ala ala sepelaung jer ... tapi la ni aku jarang turun ke pantai ... so sesekali turun ... excited gak anak anak ...

IMG_2479
Suasana Sunset memang begitu damai dan tenang ...

IMG_2480
Lau yang luas terbentang ... memang seronok mandi ... tapi aku tak mandi pun ... sebab malas nak tukar tukar baju gitu!!!

IMG_2486
Lagi beberapa minit akan masuk waktu Magrib .. so kami pun bersiap siap ler nak pulang ... orang tempatan dia tak kisah , sebab masuk waktu jer , dia orang terus buat saf saf utk sembahyang .....

IMG_2489
Dan pada hari tuh, sekolah YIS ada lak buat Character Day untuk lower Elementary ... nasib baik ler topi Pirate beli kat Disneyland tuh elok lagi. Boleh ler Afiq jadi Pirate jer ...

IMG_2500
Alhamdullilah sempat jugak hantar jemaah Haji Yanbu untuk pergi menunaikan Frdhu Haji ... muga mereka mendapat Haji Mabrur ...

IMG_2501
Antara Jemaah Haji dan juga mereka yang menghantar JH ...

IMG_2502
Jemaah Haji ... dan Ust Aziz adalah di antara para Jemaah ...

IMG_2506
Antara Jemaah dan yang menghantar

IMG_2508
Dan lagi

IMG_2509
Lydia ..

IMG_2510
Anak Haji Pauzi ... dah besar dah ... dulu datang kecik lagi!!!!

IMG_2511

IMG_2512

IMG_2519
Dari Negara UK, Canada dan juga Pakistan ada ...

IMG_2520

IMG_2521

IMG_2523

IMG_2524

IMG_2525
Comeeeeelllllllllllllllll

IMG_2535

IMG_2565
Antara mereka yang bekerja keras untuk menyusun beg di atas bas

IMG_2528
Hakim dah besar ... senang nak tau umur dia ... sebab dia lahir dalam musim haji ... so nih dah tiga nusim haji ... so dah tiga tahun ler dia hehehehehhee

IMG_2573
Dalam coaster

IMG_2600

IMG_2597
Inilah dia Photogapher yang mengambil gambar gambar menghantar Jemaah Haji tadi tuh ....

IMG_2606
Sebagai penutup ... Gambar Bulan ... dan Esok Insya Allah ada Gerhana Bulan ...



Friday, November 18, 2011

Sector Terakhir - Italy (Venice dan Milan)

Dari negara bergunung ganang Switzerland ... kami meneruskan perjalanan ke Italy ... matalamt ialah untuk ke bandar Venice dan Milan ...

Kemudian dari Milan kami akan terus pulang ke Saudi semula ... maka akan tamat ler perjalanan Ziarah Europe 2011 kami .... Insya Allah, andainya ada rezeki dan di beri kesempatan, kami akan datang lagi ke sini ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_2044
Setelah menikmati pemandangan yang begitu menakjubkan dari Kanderstag, Switzerland ... maka kini telah sampai ke kawasan landai ... menghampiri negara Italy. Since waktu makan malam pun hampir tiba, maka kami pun singgah ler berihat dan makan di sini

IMG_2045
Kawasan rehat ni cantik gak ... dekat kawasan kaki gunung ... dan kita boleh tengok orang buat rock mountain climbing kat belakang tuh ....

IMG_2053
Air dia sejuk sangat ... sedap untuk basuh muka ... segar

IMG_2055
Iman pun nak bergambar juga ...

IMG_2056
Destinasi pertama ... Venice ...

IMG_2057
Sepanjangan perjalanan dari Switzerland , kami banyak melalui terowong yang panjang panjang ... dan sepanjang perjalanan bila masuk Italy, boleh tengok ladang ladang Anggur sepanjang jalan ... memang berbeza ...

Kami di Venice tinggal kat luar dari Venice ... of course book thru Booking.com ... and actually ianya rumah kampung kat kawasan ladang ... tak sempat nak ambil gambar rumah orang tuh hehehee ... tetapi memang duduk kat umah orang ler ... bukannya hotel pun ...

Aksi Aksi di Venice
Since seperti yang sedia maklum, maghrib agak lewat... so kami sampai dalam kul 4 .. selepas solat (of course jamak), makan isi perut (maggi) dan bersihkan apa yg patut ... kami terus bawa kereta and park kat ada kedai supermarket . Dari situ boleh ambil bas untuk masuk ke venice ... senang. Since Venice ni adalah sebuah pulau .. and kami pun tak ada ler sangat interest kat sini .. so just jalan jalan and beli beli apa yang patut ... baru terasa murah kat sini bila compare ngan Switzerland ... hingga dua kali ganda lebih murah ....

Dan kat sini juga ramai pekerja Bangla .. and since dia orang nampak kami ni Muslim ... so dapat ler discount bila beli trinket ngan dia orang ... (dah sampai umah baru perasan yang trinket trinke venice ni banyak lambang salib)

Dan di sini juga banyak makanan halal ... dan sebelum balik, kami beli kebab ... sedap sangat kebab dia!!!

Dan since bila kami balik dah malam ... so tak ler nampak sangat kaann ... tetapi ni nak cite betapa ramah dan baiknya orang Italy .... aku cuma tanya nak berhenti kat mana sebab aku park kete kat satu pasaraya nih ... dia siap tolong and turun and perhentian yang dekat ngan pasar raya tersebut .. siap hantar sampai ke pasaraya / aprking to make sure aku tak sesat .. and aku perhatikan lepas tuh dia terpaksa naik bas semula ... dia turun semata mata nak tunjukkan jalan kat kami .... Kagum dengan sikap peramah dan mesra mereka!!!


Venice
Pagi pagi selepas sarapan apa yang patut, kami pun bersiap semula untuk check out dari umah nih .... dan kali ini kami membawa masuk kereta untuk parking kat dalam Venice jer ... walaupun agak mahal harga parking, tapi rasanya agak selesa ler .. sebab lepas tuh kami akan terus ke Milan pulak.

Kali ini, aku beli tket bas/boat and kami ke Murano Island .. sebab ada so-called-glass blowing factory ... interesting jugak naik boat dan tengok seni buat kaca nih ....

Dan bila balik ke main Island semual, kami makan di sebuah restaurant ME ... kami order pasta ... pasta dia seeedddddaaaaaaapppp sangat. Aku order pasta dakwat sotong )sebab teringat kat zaman Yokohama dulu)

Siap siap makan ... terus drive menuju ke Milan ....

IMG_2100
Di Milan aku sewa apartment thru internet .. apartment.com (lebih kurang gitu). Tetapi aku telah buat satu mistake ... kononnya nak murah ... so aku pilih ler apartment yang tak ada aircond ... and kebetulan waktu aku sampai , cuaca agak pannnnaassss .... so berpeluh peluh berpusing pusing nak tidur ... tak leh nak tidur!!!! Tak lena yoouuu!!!!!!!!!!!!!!! Kipas pun tak ada ... so memang tak selesa ... so just peringatan ... kalau nak cari apartment ... to be safe, cari yang ada aircond punya ... baru selesa nak tidur!!!

IMG_2125
Kami tak kemana sangat pun di Milan ... sebab pertama , dah penat ... and waktu pagi bila aku nak ke pekan dia, Iman dan Afiq tak nak ikut ... dia orang lebih prefer duduk kat aprtment and tgk tv cakap Italy lagi ... sebab cuaca agak panas kot .... so Milan pun , aku just datang kat center nih and tgk tgk sekeliling jer ...

IMG_2123_1_2
Since aku ni ala ala Zuhud ... tak ler nak beriya iya nak beli branded items .. so tak ada ler sangat yang menarik .... and since anak anak pun ada kat apartment .. so tak ler beriya iya sangat!

Milan
So begitulah kisahnya trip Ziarah Europe 2011 aku kali ini .....

Keesokannya kami berangkat pulang semula ke Jeddah, SAudi Arabia .... naik flight yang sama ... singgah Beirut dulu ...

Insya Allah ... kalau ada rezeki ... kami merancang untuk berjalan jalan lagi ....