Alhamdullilah .. dengan nikmat dan rezeki Allah, dapat jua kami sekeluarga pergi berjalan jalan di negara orang ... yakni ke empat negara di Eropah. Bermula di Frankfurt, Germany, kami ke Peranchis yaitu Pont A Mousson dan Disneyland, kemudian kami pergi ke Switzerland iaitu dia Kanderstag / Interlaken dan negara terakhir ialah Italy di Venice dan Milan , sebelum balik semula ke Jeddah.
Itu belum termasuk transit berjam jam gak di Beirut, Lubnan ...
So since banyak benda nak di ceritakan , so ada ler sambung sambungan nya kan ... dan siap siap ala ala boleh buat movie gitu hahahahahahahah (mode baru lepas tengok cite Nur Kasih the Movie ler )
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Memandangkan waktu nak becuti dengan Iqama tak settle dan pelbagainya, so ini kira last minute punya plan ler ... tak ada ler aku booking tiket kapalterbang awal awal ... so nasib baik ler travel agent tuh suggest aku ambil MEA (Middle East Airlines) ... so agak murah ler tiket pergi balik dari Jeddah ke Europe (pergi ke Frankfurt, balik dari Milan)
MEA punya kapalterbang agak baru jugak ler ... agak selesa jugak ... and tak ada ler apa apa complaint ler ... Alhamdullilah ...
Flight dari Jeddah sampai ke Beirut dalam kul 12 tgh malam ... and flight seterusnya ke Frankfurt ialah pada pukul 9.30 pagi esoknya ... so kami "bermalam" sahaja di dalam airport. Nasib baik ler airportnya lenggang dan kerusi dia kerusi panjang yang flat ... memang lena tidur !!! Kat airport tak leh nak ambil gambar sangat ... typical negara timur tengah ... tak leh ambil gambar sesuka hati ...
Flight yang sepatutnya bertolak kul 9.30 , last last kul 11 pagi baru bertolak ... katanya di sebabkan kesesakan di lapangan terbang Frankfurt ... so apabila approach Franfkfurt ajer, nampak kehijauan bumi Allah ini ... hanya tuhan ajer yang tahu ... maklum ler duduk kat padang pasir ... memang terasa kelainanannya ....
Tengok structures pelbagai warna ... dilatarbelakang kan kehijauan alam .... Subhana Allah ... Maha Suci Allah .... memang teruja sangat!!!
Untuk Trip nih, aku sewa kereta selama 13 hari. Alhamdullilah dapat rate yang agak bagus jugak ( 770 Euro). So sampai Frankfurt, cuaca agak bagus bagi kami, sebab ada hujan renyai renyai ... so seejjuuukkkkkkk (16 Degree tu kira sejuk ler kaannn)
Di Frankfurt kami duduk di I-Motel. Sebilik cost dalam 30 Euro semalam. Tetapi kena ambil dua bilik. So kira dalam 60 Euro semalam. Kami duduk di Frankfurt selama 3 malam. Actually aku booking utk 4 malam. Tak tahu kenaper bila aku check in dia kasi cuma 3 malam (Ooo iya , I-Motel ni , kita check in pun melalui machine kiosk ajer .... tak ada reception pelbagai ... semuanya melalui computer ajer ... walaupun motel, tapi very the cyber gitu!!!)
Seronok duduk kat Motel ni, sebab ianya terletak kat luar sikit dari pusat bandar ... so bangun bangun pagi leh tgk kuda gitu!!!
Walaupun motel, tapi ianya bersih dan rasa selamat gitu ... Motel ni pun di suggest oleh Haji Rosehaizat ... so sebab tu ler aku pun ambil (yang pertama tama sebab M U R A H hahahahhaha) Kawasan motel ni memang nampak tenang dan damai .... pass tuh waktu aku datang ni , cuaca dia agak nyaman ... pagi dalam belas belas darjah ajer ....
Station yang paling dekat dengan Motel ni ialah Obertshausen ... so kami park kereta di Park & Ride dia, kemudian ambil train ke pusat bandar. Senang ... sebab boleh enjoy jalan jalan kan. Tiketnya dia agak murah , iaitu 6 Euro untuk satu hari bagi family package (sebab katanya anak anak tak kena tambang gitu). Tapi kami tak guna pergi mana sangat pun, sebab Iman dia tak larat sangat nak jalan jalan nih. Pass tuh kalau aku nak dukung dia, skg ni dah tak larat dah!
Dah nama pun pergi berjalan, so tentu ler , ambil gambar sana dan sini ... tak kira di mana ... and aku rasa , aku tak ada pun lagi bergambar di Station Bukit Jalil ker , Sri Petaling ker .... mmmmm (Note - Balik Malaya nanti nak tangkap gambar depan Bukit Jalil Station ... cantik jugak Station Bukit Jalil)
Since ni dah kul 9 lebih , dah lepas peak hours, so memang tak ramai orang ler. Dan aku dapati station kat sini tak ada gate / turnstile pun ...
Motif Aisyah ambil gambar kasut dia??? Aisyah pantang dapat kamera ... abis semua dia ambik!!! Nasib baik ler dia di lahirkan dalam zaman digital camera ... buatnya kena zaman pakai filem macam dulu dulu .... aiiyyyoooooo naaayyyaaa!!!!
Dari Station Obertshausen aku ambil train sampai ke Station Haupwatche ... tak yah tukar tukar train. (Actually aku pun tak tau nak kemana pun ... just tanya ajer ... senang kat negara maju nih ... just tanya ) Pemuda German tu baik, siap ajar aku macam mana nak sebut nama station Haupwatche nih .... bunyi macam Up Watch ajer ... hhehehhehee
Sampai ler kami ke Pusat Bandar dia ... so agenda pada hari ini adalah round round pusat bandar dia ajer ..... Sebab baru ajer sampai , sudah tentulah semuanya excited kan ... cuma Afiq ajer ala ala murung tak sudah!!! Iya ler , dia nak icecream , dan aku lak malas ler nak tgk ingredient pelbagai dalam bahasa German kan ... so ringkasnya aku kata ler , takut nak makan, sebab takut takut ada babi .... itu yg terus frust tuh!!!!
So kalau kita excerpt from wikitravel.com and pasal Frankfurt, dia ada ler tulis begini:
Römerberg, Römerberg 27 (North of Eiserner Steg bridge and city center). Römerberg is the old centre of Frankfurt. It features various buildings and a church from the 14th and 15th century (the buildings were mostly destroyed during World War II but completely rebuilt afterwards). The Römer itself is the town hall of Frankfurt. Cafés and shops can be found at the square itself and in the vicinity. Next to the cathedral, at the Archäologische Garten, you can see the remains of the Roman settlements that gave this place its name. At the Römer, you can also visit the Alte Nikolaikirche (12th century church, current form since the 15th century). Walking towards the Main river, you can also see the Rententurm (Wharfinger's Tower), an old 15th century fortified tower in late Gothic style, which is connected to the Saalhof, an old 12th century castle building that was later modernized but never completely destroyed.
Gitu panjangnya description yang wikitravel tulis pasal Romer nih ... so ni version aku lak ya ... keluar dari station , kita orang jalan jalan ler ke arah City Hall nih ... dan sepanjang jalan, memang ler nampak cantik dan unix bangunan bangunannya .... warna warni dan bentuk dia agak unik kan ... pass tuh nampak macam bersih (memang bersih pun)
Kami seronok atau teruja tengok bunga bunga yang di jual .... segar segar dan cantik cantik .... memang ler nampak ala ala kampung jugak ler ... sebab kat padang pasir ada jugak bunga , tetapi tak ler macam nih ....
Seronok jugak tengok ramai pelancung dan bas bas pelancungan kat sini. Tak seronok sebab masuk kat Tourist Information Center dia, map dia pun dia jual !!! Koser!!!!
Memang nampak cantik ler bangunan dia yang di jaga rapi .... dan kawasan di sekitarnya pun agak bersih. (Siap boleh filem Telugu nak buat shooting lagi .... )
Memang ler design bangunan dia cantik ... p
Sebagai kenang kenangan ... yang telah berada di Bandaraya Frankfurt.
Mungkin aku datang waktu hari kerja and belum cuti lagi ... so memang tak berapa ramai ler orang ...
Setelah puas bergambar dan melihat lihat kedai kedai cenderhati di sini, kami pergi makan dulu. Nasib baik kat situ ada Subway ... and kalau Subway kat Saudi tak ada SEAFOOD, tapi sini ada ... sukkkaaaaaaa ... and Alhamdullilah, semua suka sandwich Subway , kami order SEAFOOD dan VEGETABLE ... rasa sedaapppp sangat (or sebab rasa lapar sebab ala ala dingin dingin gitu kan) So perut pun dan kenyang, kami meneruskan perjalanan nak pergi ke Main Tower Oberservation Deck ..... sambil jalan sambil bergambar
On the way nak ke Main Building Tower tuh, nampak ada Museum .. so terjah ler nak tgk sebab ianya free kan ...
Semua orang bergambar, Iman pun nak bergambar sakan ... tapi dia tak sabar sabar nak tgk macam mana gambar dia tuh keluar ... So sebelum masuk ke Museum yang aku tak tau apa (sebab dalam German kann), bergambar dulu.
Oooo ... rupa rupanya dulu bangunan ni bank .... so ada dua tiga tingkat Museum nih, tetapi disebabkan terlalu menarik, kami tak sabar sabar nak keluar dari Museum nih .... serooooonnnookkkk sangat kaaannn!!!!
Keluar dari Museum tuh, bergambar lagi sebelum perjalanan ke Main Tower di teruskan ....
Untuk menghilangkan rasa jemu berjalan , kami berhenti henti di setiap tempat yang menarik untuk bergambar.
Nampak muka Iman agak keletihan sebab jalan jalan kan .... actually tak jauh pun Main Tower Building tuh ngan City Square nih ....
Alhamdullilah ... dah sampai dah ... Masya Allah ... Subhana Allah ... cantik pemandangan dari atas ini ...
Ni description yang aku petik dari laman inyourpocket ....
A visit to the 200m-high Main Tower skyscraper is a definite must for Frankfurt first-timers. Finished in 1999, it houses 62,000m2 of office space, has 2,550 windows, 1090 steps and employs about 2,000 people to keep it standing. The most useless fact we can give you is that it's a full twenty times heavier than the Eiffel Tower. The observation platform, on top of building at 200m, offers magnificent views of central Frankfurt and the surrounding region. There's no more appropriate place to order long drinks than up here; have a romantic sunset dinner or a boozing session behind the huge windows of the 53rd floor Main Tower Restaurant (open 17:30 - 01:00; Fri & Sat 17:30 - 02:00, closed Sun. & Mon).
The platform is closed during bad weather or strong winds. Lift fee €4.50/€3.
Seperti yang aku katakan, cuaca agak cantik dan nyaman pada waktu kami di sini ... meamng seronok ....
Semua orang rasa gembira dapat melihat keindahan bandar Frankfurt dari sini ... memang rasa berbaloi jugak aku naik kat atas nih.
Dari sini kita boleh nampak Station Keretapi Frankfurt ...
Sudut pencakar langit ....
Sudut lain pula
Macam kawasan rumah rumah ....
Sudut yang boleh nampak sungai mengalir ....
Emak dan Ayah senyum lebar ... tapi muka anak macam boring ajer hahahahhahahaaa
On the way nak pergi ke Shopping Mall Strip ....
Crew filem telugu dah start shooting dah .....
Di Shopping Mall dia ...
Zeilgalerie (Zeil gallery)
Zeil gallery is a building with glass walls and a futuristic interior design. 50 shops on 8 floors attract shopping victims. Most of the shops are boutiques or speciality stores. Do not miss the panoramic view of the skyline from the roof terrace.
Zeil, city centre
S, U train: Hauptwache
www.zeilgalerie.com
Tapi bagi aku .... biasa biasa ajer ... sebab aku kan dari Saudi dan Malaya ... so bab bab shopping mall ni , kat sana lagi hebat gitu!
So basically ni ler activities kami sehari suntuk di Bandar Frankfurt Am Main ... sampai skg aku tertanya tanya apakah OST tuh? Sebab kat sini banyak station guna OST ...
Since Maghrib pun lambat sangat (nak dekat kul 10 malam baru masuk maghrib) and hari pun masih awal, so aku dan anak anak pun pergi ler menonton KUNG FU PANDA 2 dalam 3D ... harga boleh tahan ... ala ala kalau kat Malaya boleh beli groceries utk sebulan gitu hahahahhaa
Jumpa lagi di lain episod ... sebab perjalanan baru bermula kaaannn .....