Malaysia Yanbu Portal aku sumbang, Blog ini juga ber-update ... bak kata pepatah melayu lama, killing two birds with one stone.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Aneka Dzikir Bermanfaat
Karya : Prof. Dr. Fadhl Ilahi
Terbitan Dar An-Nur, Islamabad
Tebal : 206
Harga : Hardcover SAR 13
Buku setebal 206 halaman ini telah di bahagikan kepada 13 bab tersendiri. Buku ini membicarakan dzikir dzikir atau doa doa yang telah di saran atau di ajar oleh Baginda Rasullah SAW di dalam pelbagai situasi dan kondisi.
Buku ini menyenaraikan dzikir dzikir atau doa doa berdasarkan kepada Al Quran dan riwayat riwayat hadis yang sahih. Di mana sumber utama dalam buku ini adalah dari Kitabullah (Al Quran) dan sunnah Rasullulah SAW.
Penulis juga telah menjelaskan kata kata yang agak sukar difaham maknanya dengan lebih lanjut agar difahami. Penulis juga telah melampirkan keterangan yang cukup tentang rujukan yang digunakan oleh beliau, agar mudah untuk kita merujuknya , jika perlu.
Ianya menjadi panduan yang berguna untuk kita Umat islam di dalam menghadapi cabaran masa kini.
Pendapat atau pandangan saya sebagai seorang pembaca mengenai buku ini.
Buku ini menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk kita fahami. Dzikir dzikir dan doa dia yang di tulis adalah dzikir dzikir atau doa doa yang biasa kita amalkan atau kita dengar.
Penulis telah membahagikan bab atau topic buku ini secara tertib , iaitu bermula dengan Keutamaan berdzikir, membawa kepada Faddhilat Al Quran serta beberapa surah dan ayat, kemudian masuk bab Azan lalu pergi kepada wudhuk , masuk masjid kemudian terus kepada solat.
Selepas bab solat, penulis membawa kita kepada bab tahlil, tasbih, takbir , hauqalah kemudian langsung kepada bab selawat. Selesai selawat, kita di bawa kepada istighifar dan dzikir pagi dan petang.
Kemuncak buku ini ialah membicarakan doa doa mustajab dan akhir sekali penulis membawa secara ringkas pelbagai dzikir di dalam pelbagai situasi , dari mula makan, hilang bisul dan jerawat,penghilang rasa marah, kepada pelbagai situasi yang lain.
Membaca buku ini bagaikan suntikan semangat kepada kita di dalam menghadapi sesuatu situasi atau keadaan.
Antara antara sedutan buku ini ialah sebagaimana kita tahu yang surah Al fatihah sebagai ruqyah bagi penyakit. Surah Al Baqarah pelindung / pendinding rumah, syaitan lari dari rumah yang di baca surah Al Baqarah di dalamnya. Dan sebagainya.
Doa Nabi Yunus di dalam perut ikan, di mana doa ini di katakana doa ini andainya seseorang muslim berdoa dengannya untuk susuatu apapun, nescaya Allah mengabulkannya.
Dan andainya kita terbangun dari tidur malam dan memabca doa di atas, dan berdoa apa jua hajat, nescaya Allah mengabulkannya.
Saya amat tertarik di bahagian penutup buku ini, penulis ada membicarakan mengenai kenapa manfaat dzikir terhalang dari pengamalnya. Kenapa doa doa tidak di terima walaupun doa atau dzikir yang dibaca atau diamalkan dijanjikan oleh Rasullulah SAW sebagai mujarab dan makbul.
Secara ringkas saya senaraikannya:
a) Berdoa dengan hati kosong dan lalai
b) Memakan harta yang haram
c) Doa yang mengandungi dosa
d) Doa yang mengandungi pemutusan tali persaudaraan
e) Terburu buru dalam doa
f) Meninggalkan Amar ma’ruf dan nahi munkar
Namun begitu terdapat beberapa kesalahan ejaan dan juga mungkin sesekali itu bahasanya agak datar (disebabkan mungkin di dalam bahasa Indonesia)
Walaupun begitu, saya rasa dengan SAR 13, kita patut dapatkan buku ini dan kita amalkan dengan ilmu yang di sampaikan.
Buku ini boleh di dapati di Islamic Center, Camp 1.