Mekah ... Tidak sama dengan apa yang telah aku lalui ... Dari Zaman pertama kali menjejak kaki untuk mengerjakan Umrah, ianya telah berubah. Berubah dari segi infrastructurenya, crowdnya dan sebagainya.
Kini ianya berubah lagi ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ......
Kalau dulu, pergi Umrah memang tak terlintas nak duduk belah belah Ayjad ni. Tapi tidak kini, hotel di hadapan haram samada harganya agak lumayan ataupun tidak ada kekosongan!
Elaf Al Mashaer jadi pilihan. Hotel Amjad tak larat nak daki bukit. Hotel ni di bawah sekali, so tak kena daki bukit! Hotel dia agak selesa dan ada internet laju!
Selepas kerja seperti biasa, lepas kerja terus datang. Alhamdullilah. Selesai umrah dalam kul 12.30 tengah malam. Alhamdullilah.
Keadaan agak tenang. Dah tengah malam. Namun tidak lah sunyi.
Walaupun musim Umrah, namun boleh kelihatan jemaah yang agak ramai. Suasana sewaktu hendak mengerjakan solat subuh.
Jemaah berpusu menuju ke masjid.
Jangan lupakan kasut anda!
Keadaan yang begitu padat, macam musim haji lak.
Berpusu pusu mengerjakan tawaf.