Sunday, July 22, 2012

Pose Pose Ramadhan Kareem

Ramadhan, bulan ke 9 dalam kalendar Islam tiba lagi.  Bulan yang menjanjikan di mana pada suatu malam, ianya lebih baik dari malam seribu bulan ... iaitu malam Lailatul Qadar.

Muga Ramadhan kali ini, segala amal dan ibadah kita di terima Allah, dan ianya lebih baik dari Ramadhan yang lepas lepas.  Dan muga kita mendapat menafaat dan barakah di bulan ini dan dapat sama sama merebut peluang di malam Lailatul Qadar.

Sementara menantikan masuknya waktu Isyak yang telah di anjakkan (oo yaaa .. kalau di Saudi, biasanya waktu Isyak akan masuk 1.5 jam selepas Maghrb ... namun pada bulan Ramadhan, ianya telah ditetapkan 2 jam selepas Maghrib) ... terasa lak nak pose pose sama sama ngan anak anak.  Aisyah tak nak masuk sama, sebab dia dah besar and malu.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Untitled
Syafiq ler yang paling excited dengan kedatangan Ramadhan kali nih.  Excited tanya berapa rakaat nak sembahyang, excited tanya bila nak sahur, excited tanya pukul berapa bleh makan ...nampak very excited!!! And of course ... bila RAYA .... hahahhahahahaa

Untitled
Pada puasa hari pertama, selepas solat Asar, kami ke STAR utk membeli serba sedikit juadah berbuka.  Syafiq excited sangat.  Sebab hari pertama puasa kan.  Sampai kat STAR, air kotak nak, chips nak, maggis nak, rambutan nak, cherry nak, peach nak .... ice cream nak .... semuanya nak .... air ada dua tiga jenis lak tau!!!!

Tetapi malangnya ... bila sampai kul 6, dia da tak tahan .. katanya nak terasa nak muntah ..  so terpaksa ler berbuka pada pukul 6 petang pada hari pertama

Untitled
Hari Kedua, Alhamdullilah ... dapat diteruskan dan di habiskan puasanya .... Nurul Iman ... hehehehheee hari pertama lagi, dalam kul 10 pagi, dia dah siap bukak peti ice and ambil ice cream and air .... bila suruh puasa, dia just kata .. "Noooooo"

Untitled
Inilah keletah anak anak menyambut puasa .... seronok melayan ....

Untitled
Ramadhan Kareem from all of us.



Steak House di Jeddah

Sebelum Ramadhan ari tu (minggu lepas), kami ada sedikit urusan di Jeddah.  Selesai urusan, dan setelah selesai solat semuanya, dah tentu ler perut pun terasa lapar kan.

Kalau di Jeddah nih, nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, memang menyiksakan ... dengan traffic jem ler, ngan kereta bersimpang siur ler, ngan construction yang tengah hangat dan pesat ler ... memang mencabar walaupun tak teruja.

Dah lama tak guna tag line nih ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Untitled
Since Steakhouse nih memang betul betul kat tempat urusan kami, maka, kami pun stop ler sini.  Tak payah drive susah susah ... and anak anak pun suka nak makan steak.  Aku pernah ke sini , sebab ada contractor belanja lepas meeting dulu.  So kali ni aku lak belanja my famili.  Steakhouse nih, dia ada special steak, guna hot stone.  Daging di masak di atas hot stone nih, depend kepada kita punya preference.

Untitled
Waiter akan tolong kita potong potong kan daging tersebut.

Untitled
So kita boleh ler nanti terus makan jer kalau rasa dah ok.  Aku suka cara nih!!!!!
(Nampak tak beg kertas tuh, iya siap tak habis nachos dia and kid meal dia .... by the way, order main menu, kids meals free!!!!)

Untitled
Jemput makan .... terus rasa terliur lak ... sebab entry ini di buat waktu bulan puasa and lepas Zohor ... s faham faham jer lah yaaaa ....

Merpati

Hari tu selepas Solat Asar, waktu nak keluar dari masjid, aku nampak burung merpati nih kat depan pintu masjid.

Aku ambil gambar dia pun dia tak lari .... nampak macam dah nak ti ti jer ...

Aku post kat FB ... ada yg kata , anak lagi ... tapi kalau anak, kenapa dia tak cergas ... macam nak ti ti jer ....

Since kan ada apa tuh, penyakit selsema burung kan .... so aku pun tak ler usik atau pegang burung nih.

Merpati ... terlalu simbolik ... dan memang ramai orang yang agak prihatin ngan burung nih, sanggup untuk memberi makan pagi dan petang kepada kekawan merpati nih.

Merpati ...

Saturday, July 14, 2012

Makan dan Makanan Sempena Musim Panas

Manusia dan makanan ... Apa orang kata makan untuk hidup , hidup untuk makan kaaannn ...

So di dalam tak tahu apa nak buat atau lakukan, maka , ke dapur ler ...

Inilah hasilnya ....

Gendang gendut Tali kecapi
Kenyang Perut suka hati ...

Alhamdullilah

Sea Bream - Panggang

Eh rasanya ari ni aku dok update pasal makan dan makanan jer hehehehhee

Sea Bream adalah sejenis ikan laut , di mana isinya begitu berlemak dan lembut

Kami dah masak kari, panggang, goreng, bakar gitu jer ... dan hasilnya, memang pasti menjilat jari gitu ....

Aku tak pasti apa nama ikan ni dalam bahasa Malaysia , tapi kalau tanya En G, memang macam macam info yang dia akan kasi ...

Dan ikan ini jugak katanya adalah hidangan istimewa bagi orang Jepun sempena tahun baru .

So kalau jumpa ikan ini, beli jangan tak beli !

Pavlova - Dessert Creation by Aisyah

So selain dari masak ayam panggang bersama sama ngan kentang putar, dia juga telah cuba dessert yang namanya Pavlova ...

(Aku tanya kat En G, katanya dessert ni di ambil dari nama penari Ballet, Anna Pavlova gitu)

Since ianya terlalu manis buat aku, aku cuma kecap kecap jer ... sebab tak berapa suka sangat kalau dah terlalu manis kan.

Apa apa pun, Alhamdullilah, rasa seronok jugak bila tengok anak anak dah membesar dan dah pandai jugak buat itu dan ini ...

Alhamdullilah

Dinner prepared by Aisyah

Sekarang ni tengah cuti musim panas bagi anak anak sekolah. Since kami pun tak ke mana mana, maka timbullah perasaan bosan yang teramat banget buat anak daraku.

Bukan senang nak menghabiskan masa masa bagi anak remaja yang sedang membesar ...

Maka, atas initiative Aisyah, dia tanya tanya resipi ngan kawan kawan dia ... maka pada petang tu, terhasillah , masakan ayam panggang dan kentang putar dia ....

Alhamdullilah ... memang sedap jugak rasanya ... hehehehhehee

Dan bukan ini sahaja yang di hasilkan ...

Thursday, July 12, 2012

Raudhah ... Taman Syurga

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 4009.
Muhammad bin Kamil Al Mirwazi menceritakan kepada kami, Abdul Harits bin Abi Hazim Az Zahid memberitahukan kepada kami, dari Katsir bin Zaid dari Al Walid bin Rab'ah, dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." Dan dengan ini pula dari Rasulullah SAW bersabda: "Solat di masjidku ini lebih utama daripada seribu solat di masjid-masjid lain selain masjidil Haram." Hadis ini adalah sahih dan diriwayatkan pula dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW dengan sanad lain.

Madinah Al Munawarah

Madinah Al Munawarah ... bandar di mana menyambut kedatangan Rasullulah SAW setelah baginda di usir oleh bangsanya sendiri.


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1306.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Akan datang suatu masa, di mana seseorang memanggil anak pakciknya atau kerabatnya, katanya: "Marilah ke sini - keluar dari Madinah - menuju kemakmuran. Marilah ke sini - keluar dari Madinah - menuju kemakmuran. Sedangkan kota Madinah sesungguhnya lebih baik bagi mereka, sayang mereka tidak tahu. Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tidak seorang pun yang keluar dari Madinah itu kerana benci, melainkan Allah menukar mereka dengan orang-orang yang lebih baik daripadanya. Ketahuilah! Sesungguhnya Madinah itu bagaikan dapur tukang besi, iaitu tempat membuang kotoran-kotoran besi. Belum akan terjadi kiamat, sebelum Madinah mengeluarkan penjahat-penjahat yang ada di dalamnya, seperti dapur tukang besi membuang kotoran-kotoran besi."

Madinah .... kota suci

Saturday, July 07, 2012

Tranquility

Moment moment yang sempat di rakam sementara menanti terbit mentari bagi mengerjakan Solat Dhuha.

Masa yang berlalu tidak disedari disebabkan keasyikkan memerhatikan gelagat manusia. Pelbagai ragam manusia dengan seribu satu gaya dapat kita perhatikan..

Namun kita tidak berhak mentafsirnya. Kerana yang empunya badan sahaja yang tau apa yang tersirat dan tersurat.

Teruja ...

Santai di Pagi yang hening

Satu kebiasaan yang sering aku lakukan ( kalau dah kebiasaan, tentulah ianya sering dilakukan, kaaann) apabila berada di Mekah, ialah seusai solat Subuh dan jenazah, dan andainya tiada halangan, aku akan mengerjakan tawaf Sunat tujuh pusingan Baitullah.

Di kala tiada ramai jemaah, ianya mengambil masa kurang dari setengah jam. Namun pada hari hari jemaah ramai, biasanya ianya memakan masa dalam 45 min ke sejam.

Selepas solat sunat tawaf, biasanya aku akan menunggu matahari naik untuk mengerjakan solat Dhuha pula. Dan sementara menunggu nunggu ni, aku gemar menikmati suasana pagi yang permai. Suasana yg damai dan tenang. Tidak terucap atau terlakar dek kata kata maupun gambar.

Alhamdullilah kerana diberi Allah akan nikmat dan kesempatan ini. Alhamdullilah.

An evening at Masjid Nabawi Court

Bukan ler tajuk dari tajuk cite hindustan yang agak popular 20 tahun yg lalu ... An Evening In Paris. Tapi ini adalah gambaran dari suasana keadaan di Masjid Nabawi menjelang masuknya waktu maghrib.

Payung payung gergasi yang terbuka luas akan ditutupkan, dan lampu lampu di pasang menandakan hari dah hampir malam.

Cuaca pada pteang itu amat nyaman , dengan tiupan angin yang agak mendayu dayu. Walaupun panas, namun terasa akan ke nyamanan udaranya.

Selalunya, ramai jemaah mengambil kesempatan ini untuk bersolat di dataran sahaja, tanpa memasuki ke dalam masjid. Di atas sebab apa, hanya mereka sahaja yang mempunyai jawabannya.

Wednesday, July 04, 2012

Breakfast Meal at Kudu

Orang kata, orang ler kata kan ....

Breakfast like a King,
Dinner like a pauper ...

Tapi for me, makan selagi ada selera dan berhenti sebelum kenyang (Yang ini masih lagi dalam kategory impian ... Sebab kalau dah makan, nak lagi dan lagi dan lagiiiii)

Berbalik kepada Breakfast kat Kudu ni, kalau ada kelapangan dan kesempatan, seronok gak breakfast kat sini. Meal dia menyelerakan dan ada banyak choice! Kita juga boleh order menu menu biasa juga.... Tak seperti fastfood chain yg lain, kalau waktu breakfast, kena order breakfast menu jer!

Syafiq, dia suka waffle jer, dan aku lak memang suka yang complete dan heavy!!!

Jom breakfast !

Sunday, July 01, 2012

Sweet Flat Peaches - My favorite Summer fruits

Sekarang ni dah masuk musim panas ... cuaca memang agak terik ... bayangkan , se awal waktu Subuh (kul 4.00 pagi), cuaca senang senang mencecah 35 deg C!

Memang panas ... tetapi pada musim panas ni jugak ada banyak buah buah yang di jual di pasar. (Of course ler buah buah import kan ... kalau hasil tempatan ada jugak seperti tembikai dan sebagainya)

So salah satu favorite buah ialah FLAT PEACHES nih ... memang mannniiisssss dan sedap sangat!!!! Makan sebiji memang nak lagi dan lagi dan lagi ....

Rasanya lebih manis dari buah peaches yang biasa tuh ... aku pun tak pasti buah ni datang dari mana .... sebab tak nampak original carton boxes dia ...

Aku memang HIGHLY RECOMMENDED ler makan buah nih!!