Monday, September 02, 2013

Hiking Di Lake Consolation

Salah satu aktiviti kegemaran dan popular pada musim panas di sini adalah berhiking.  Kalau ikut google translate , hiking adalah mendaki ... tetapi dalam erti kata Hiking di sini adalah lebih kepada merentas desa gitu ...

Memandangkan musim panas kali ini jatuh pada bulan Ramadhan, jadi kami sepanjang Ramadhan tidak ke mana mana , hanya berehat rehat di rumah sahaja pada waktu cuti.  Namun sebaik sahaja tamat Ramadhan, kami telah berpeluang untuk meluangkan masa pada suatu hari di hujung minggu untuk berhiking atau merentas desa.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_0545
Kami dan Azlan serta Isteri bertolak dari Calgary dan terus menuju ke Lake Moraine.  Lake Moraine dahulunya pernah menjadi ikon untuk wang kertas $20.

IMG_0568_6_7
Lake Moraine memang cantik ... tasiknya kebiru biruan adalah hasil dari mendapan glacier dan pembalikan cahaya dari dasar tasik.  Kalau nak tau lebih lanjut, boleh ler refer kat Wikipedia ataupun datang ke sini ...

IMG_0574
Untuk menuju  ke Lake Consolation, the trail atau denai nya adalah berjarak sejauh 4 km.  Namun untuk 500 meter yang pertama, jalannya agak berbatu batan ... hasil dari runtuhan batu batu dari gunung berdekatan.

IMG_0572
Walaupun batu batannya agak tajam, namun, telah terdapat denai denai terdahulu, jadi perjalanan agak "mudah" juga.

IMG_0573
Inilah denai atau laluan yang telah sedia ada untuk memudahkan perjalanan.

IMG_0616_4_5
Setelah berjalan dalam 40 minit, maka kita akan sampai ke destinasi kita ... terasa berbaloi perjalanan dan hilang penat lelah apabila melihat pemandangan yang indah.

IMG_0613_1_2
Memang indah sekali ... dan begitu tenang sekali keadaan sekeliling kita.  Namun kami terlupa untuk membawa bekal makanan ... so tengok orang makan roti , buah , kacang, semua nampak sedap sebab letih dan lapar!!!!

IMG_0575
Sambil duduk duduk berehat menikmati pemandangan , sempat jua snap sana snap sini

IMG_0636_4_5
Berborak borak sambil menikmati pemandangan indah

IMG_0621
Air sungai yang begitu jernih !!!!

IMG_0617
Eh sapa yang ambil gambar tuh?

IMG_0606
Tak terasa masa begitu pantas berlalu ...

IMG_0565_3_4
Kalau ada rezeki, pasti kemari lagi ...