Dan kebetulan jugak, selepas nih, iaitu pada Selasa August 12, 2014 , kami sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke Florida ... so memang aku akan terbang sana terbang sini gitu.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Since ini pertama kali aku masuk USA, so aku datang agak awal, supaya tak kelam kabut untuk pemeriksaan masuk ke America. (USA ada set up dia punya border check kat Airport Calgary). Dah sampai awal, terpaksa ler lepak lepak sambil perkena tea.
Kapal terbang yang bakal membawa aku ke Houston ... penerbangan mengambil masa dalam 3 jam lebih.
Tak besar mana pun kapal terbang dia.
Pemandangan Calgary dari atas Udara.
Aku rasa ni sungai Bow River.
Lagi pemandangan dari atas Udara.
Pertama kali naik kapalterbang USA .... earphones pun kena beli !!!!!
On board cafe katanya ....
Semua kena beli dan bayar pakai credit card ... so aku beli earphones dan pringles ....
Ni dah nak sampai kat Houston dah ....
Map route ... Calgary - Houston
Info tentang perjalanan dari Calgary ke Houston
Alhamdullilah selamat sampai ke Houston.
Cantik bilik hotel yang di sediakan. Royal Sonesta Houston.
Agak luas jugak bilik nya.
Pemandangan dari tingkap bilik.
Memang lena ler tidur ...
Since aku lapar sangat, and makanan tak termasuk dalam apa yang di beri, terpaksa ler aku berjalan keluar mencari makan. On the way nak ke Mall, nampak ada orang memberi sokongan kepada negara Israel ....
Ramai jugak dia orang ....
Dia kata, kita kena sokong negara Israel yang tertindas ...
Pusing punya pusing, maka aku dapat ler makan salad nih .... memang kenyang ...
Aku bubuh udang dan ikan salmon ... tak kan ler nak makan daun jer makan kambing kannnn ...
Bangunan dekat dekat ngan Mall yang aku pergi tuh ...
Bangunan Hotel penginapan aku ...
Bila dah habis urusan, aku terus di hantar pulang ke Airport .... dan airport Houston ada tempat sembahyang .... untuk semua agama ...
Dia panggil Interfaith ...
Selesa jugak nak solat sini ... tenang ...
Sejadah ada di sediakan ...
Arah kiblat ....
United Airlines ...
Beli subway dulu sebelum naik kapalterbang .... kebetulan lak ada delay sikit ...
Nak tengok video pun kena bayar ... namun Alhamdullilah, sebab flight nih delay, dia kasi tengok video percuma. Alhamdullilah.
Kapal terbang berderet deret nak berlepas ... memang sibuk ...
Formasi awan on the way to Calgary
Aku suka tengok formasi nih.