Maka sekolah dan office bercuti ... dia panggil LONG WEEKEND ... orang dah bagi cuti, so kita kena ler ambik kan !
Ada lak kawan ajak gi ke Edmonton , katanya dah duduk lama sini, tapi tak lagi pergi ke Ice Castle di Edmonton yang agak popular jugak tuh !
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Since kami dah booked ticket nak masuk ke Ice Castles tuh pada kul 5.30 petang (kononnya nak tgk waktu cerah dan gelap ler) , maka dalam kul 10 pagi tuh kami pun bertolak ... sebab berjanji makan tengah hari kat Outlet Mall yang baru di bukak di Edmonton.
Dah nama pun musim sejuk, kalau tak sejuk elok letak musim panas jer kan ... maka di Edmonton agak dingin dan di jangka juga salji akan turun keesokannya ... bertambahlah.
Pintu masuk ... tiket kena book awal awal ...sebab kalau kita datang on the spot, tiket dah tak ada atau kena que ... que dalam sejuk sejuk memang tak seronok ler kan !
Pintu masuk ke Ice Castles ... dan gambar gambar selepas nih semuanya pasal berada di dalam Ice Castles nih. Hope you will enjoy it.
Selit jugak gambar kami sekeluarga ...
Ada slide jugak tau !
Sebab cuaca sejuk, rasa macam nak kencing ler apa ler ... dan perut pun agak lapar. Maka tanya ler Pak Cik G kan mana nak makan !
Kami gi ke Afghan Chopan di Edmonton. Sebab tgk map tak jauh ngan Hotel dan Ice Castles nih.
Pembuka selesa dia jamu Samosa
Kami order macam platter .... semua ada !
Closed Up sikit kat kambing tuh !
Tengok gambar nih jer aku dah terliur !!!! Memang sedap sesangat !!!!
Bergambar kenang kenangan di Lobby Hotel ....
On the way balik, kita org singgah makan di one of Pakistani Restaurant ... biasa biasa .. cuma aku snap gambar frame nih jer !
Nilah trip kami .... bermalam di Edmonton hanya semalam !