Thursday, February 23, 2012
Thursday, February 09, 2012
Ulasan Buku - Kunci Kunci Surga (Sama ngan Malaysian Yanbu Portal)
Masih tidak ada apa yang terbaru atau terkini update dari aku di sini ...
Tanpa membiarkan ianya kosong begitu, aku sertakan ulasan buku yang aku tulis ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
“Barangsiapa berbuat Riya’, Allah akan melihatkan aibnya” adalah tips yang di tulis di bawah halaman bagi Tips No 3 – Bisakah Riya’ Menghinggapi Orang Orang Saleh? Jadi apabila kita membaca buku ni, kita boleh ingat semula akan tips tips tersebut dengan melihat kepada halaman bawah ini sahaja. Ini bermaknan, andainya untuk Tips 3 ini d tulis dalam 4 halaman, maka pada setiap halaman, akan ditulis summary tips yang dibincangkan. So kepada yang agak malas membaca, terus lihat halaman bawah dan terus dapat tips tersebut. Bagus kan. (Tetapi saya sarankan agar anda membaca tips tersebut dengan details … sebab penting untuk kita memahaminya)
Kunci Kunci Surga
40 Tips Meraih Kebahagian Dunia Dan Akhirat
Oleh Dr. Abdul Muhsin Al Qasim – Imam, dan Khatib Masjid Nabawi, Madinah
Soft Cover dengan setebal 224 halaman
SAR 17 sahaja
Terbitan Dar AlKitab wa Al Sunna, International Publishing House, Lahore
Petikan dari halaman PENGANTAR
“Tulisan ini merupakan bungai rampai ringkas dari berbagai tema yang bisa membantu seorang hamba meraih “samudera” kebahagian.”
Petikan dari Halaman Belakang Buku
“Setiap orang tentu mendambakan kebahagian. Penderitaan yang mendera sebisa mungkin berubah menjadi kesenangan. Atau setidaknya, kebahagian yang selama ini ada tak pudar seiring berjalannya waktu. Namun, tak jarang apa yang diasumsikan sebagai kebahagian hanyalah fatamorgana”
Apa kata saya sebagai pembaca
Buku yang setebal 224 halaman ini seronok membacanya … tetapi Cuma ada kalanya, bahasa Indonesia yang digunakan kita tak tahu maknanya … namun Apps Google Translate menyelematkan keadaan. Translate jer … Cuma ada juga perkataan Arab yang telah di Indonesiakan seperti Ghibah … itu kita kena cari lebih sikit …
Dah nama buku ni 40 Tips, maka susunannya adalah mengikut tips tips sebanyak 40 tersebut. Tips tips adalah merangkumi segala genap aspek kehidupan seharian.
Tips tips tersebut adalah seperti Kebahagian (dah nama buku ni pun Meraih kebahagian), Ikhlas,Riya’, Tawakal, Rezeki, Berbaik Sangka, Berbakti kepada orang tua, silaturrahim, menjaga waktu, ilmu, nasihat, sabar, amar makruf nahi mungkar dan banyak lagi tips tips nya.
Apa yang saya suka tentang buku ini ialah, di bawah halaman buku ini, di tulis semula secara ringkas mengenai isipati tips tips tersebut.
“Barangsiapa berbuat Riya’, Allah akan melihatkan aibnya” adalah tips yang di tulis di bawah halaman bagi Tips No 3 – Bisakah Riya’ Menghinggapi Orang Orang Saleh? Jadi apabila kita membaca buku ni, kita boleh ingat semula akan tips tips tersebut dengan melihat kepada halaman bawah ini sahaja. Ini bermaknan, andainya untuk Tips 3 ini d tulis dalam 4 halaman, maka pada setiap halaman, akan ditulis summary tips yang dibincangkan. So kepada yang agak malas membaca, terus lihat halaman bawah dan terus dapat tips tersebut. Bagus kan. (Tetapi saya sarankan agar anda membaca tips tersebut dengan details … sebab penting untuk kita memahaminya)
Dan kepada ibu ibu Yanbu sekalian, Tips 39 – Cara Terbaik Menghafal Al Quran!!! Tapi saya sendiri tidak mencubanya … sebab (aiiyyooo perlu ker alasan alasan?) Dalam tips ini di terang secara detail mengenai cara yang beliau lalui dan amalkan, di mana ianya amat berkesan pada pendapat beliau.
Pada tips terakhir, yakni, Tip 40 – Petunjuk dalam berbagai Macam Tuntutan Kehidupan, di ceritakan serba ringkas tentang aturcara kehidupan kita. Cuma 4 halaman sahaja, namun isinya amat mendalam. Tahukah kita Nabi Muhammad SAW membenci tidur sebelum Isya’ dan bercakap cakap sesudahnya? Dan saya dapat saranan dari buku Aneka Dzkir Bermanafaat dan buku ini adalah agak sama (dari sumber Al Quran dan Hadis yang Sahih).
So apa lagi, marilah kita beramai ramai ke Islamic Center Camp 1 untuk mendapatkan buku ini. Jadikan tips tips ini amalan kita sehari harian … di dalam mencari kebahagian dunia dan akhirat.
Thursday, January 26, 2012
Ulasan Buku - Di ambil dari Malaysian Yanbu Portal
Memandangkan Blog ni pun aku jarang jarang update, dan bebaru ni aku ada menulis di Malaysian Yanbu Portal, so aku dapat idea, ala ala win win situation ler ...
Doa Nabi Yunus di dalam perut ikan, di mana doa ini di katakana doa ini andainya seseorang muslim berdoa dengannya untuk susuatu apapun, nescaya Allah mengabulkannya.
Malaysia Yanbu Portal aku sumbang, Blog ini juga ber-update ... bak kata pepatah melayu lama, killing two birds with one stone.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Aneka Dzikir Bermanfaat
Karya : Prof. Dr. Fadhl Ilahi
Terbitan Dar An-Nur, Islamabad
Tebal : 206
Harga : Hardcover SAR 13
Buku setebal 206 halaman ini telah di bahagikan kepada 13 bab tersendiri. Buku ini membicarakan dzikir dzikir atau doa doa yang telah di saran atau di ajar oleh Baginda Rasullah SAW di dalam pelbagai situasi dan kondisi.
Buku ini menyenaraikan dzikir dzikir atau doa doa berdasarkan kepada Al Quran dan riwayat riwayat hadis yang sahih. Di mana sumber utama dalam buku ini adalah dari Kitabullah (Al Quran) dan sunnah Rasullulah SAW.
Penulis juga telah menjelaskan kata kata yang agak sukar difaham maknanya dengan lebih lanjut agar difahami. Penulis juga telah melampirkan keterangan yang cukup tentang rujukan yang digunakan oleh beliau, agar mudah untuk kita merujuknya , jika perlu.
Ianya menjadi panduan yang berguna untuk kita Umat islam di dalam menghadapi cabaran masa kini.
Pendapat atau pandangan saya sebagai seorang pembaca mengenai buku ini.
Buku ini menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk kita fahami. Dzikir dzikir dan doa dia yang di tulis adalah dzikir dzikir atau doa doa yang biasa kita amalkan atau kita dengar.
Penulis telah membahagikan bab atau topic buku ini secara tertib , iaitu bermula dengan Keutamaan berdzikir, membawa kepada Faddhilat Al Quran serta beberapa surah dan ayat, kemudian masuk bab Azan lalu pergi kepada wudhuk , masuk masjid kemudian terus kepada solat.
Selepas bab solat, penulis membawa kita kepada bab tahlil, tasbih, takbir , hauqalah kemudian langsung kepada bab selawat. Selesai selawat, kita di bawa kepada istighifar dan dzikir pagi dan petang.
Kemuncak buku ini ialah membicarakan doa doa mustajab dan akhir sekali penulis membawa secara ringkas pelbagai dzikir di dalam pelbagai situasi , dari mula makan, hilang bisul dan jerawat,penghilang rasa marah, kepada pelbagai situasi yang lain.
Membaca buku ini bagaikan suntikan semangat kepada kita di dalam menghadapi sesuatu situasi atau keadaan.
Antara antara sedutan buku ini ialah sebagaimana kita tahu yang surah Al fatihah sebagai ruqyah bagi penyakit. Surah Al Baqarah pelindung / pendinding rumah, syaitan lari dari rumah yang di baca surah Al Baqarah di dalamnya. Dan sebagainya.
Doa Nabi Yunus di dalam perut ikan, di mana doa ini di katakana doa ini andainya seseorang muslim berdoa dengannya untuk susuatu apapun, nescaya Allah mengabulkannya.
Dan andainya kita terbangun dari tidur malam dan memabca doa di atas, dan berdoa apa jua hajat, nescaya Allah mengabulkannya.
Saya amat tertarik di bahagian penutup buku ini, penulis ada membicarakan mengenai kenapa manfaat dzikir terhalang dari pengamalnya. Kenapa doa doa tidak di terima walaupun doa atau dzikir yang dibaca atau diamalkan dijanjikan oleh Rasullulah SAW sebagai mujarab dan makbul.
Secara ringkas saya senaraikannya:
a) Berdoa dengan hati kosong dan lalai
b) Memakan harta yang haram
c) Doa yang mengandungi dosa
d) Doa yang mengandungi pemutusan tali persaudaraan
e) Terburu buru dalam doa
f) Meninggalkan Amar ma’ruf dan nahi munkar
Namun begitu terdapat beberapa kesalahan ejaan dan juga mungkin sesekali itu bahasanya agak datar (disebabkan mungkin di dalam bahasa Indonesia)
Walaupun begitu, saya rasa dengan SAR 13, kita patut dapatkan buku ini dan kita amalkan dengan ilmu yang di sampaikan.
Buku ini boleh di dapati di Islamic Center, Camp 1.
Saturday, December 10, 2011
Gerhana Bulan - Moon Eclipse - 10 Dec 2011
Malam ini, iaitu pada 10 Dec 2011 ... terjadi Gerhana Bulan Penuh ... dan ianya adalah yang terakhir untuk tahun 2011. Dan Gerhana bulan kali ini boleh di katakan boleh di lihat di seluruh dunia ...
Tidak kecuali di Saudi juga ... sebaik sahaja selepas Solat Maghrib ... kami telah dapat menyaksikan Gerhana Bulan ... dan di kebanyakkan masjid masjid jamek, di adakan solat sunat Gerhana.
Dan gerhana selesai sebaik sahaja masuk waktu Isyak ........
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Gerhana boleh di nampak dengan mata kasar sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0856.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Telah terjadi suatu gerhana matahari pada masa hidup Rasulullah saw., lalu beliau pergi ke masjid. Di sana beliau berdiri dan takbir (melakukan solat gerhana). Sedangkan orang banyak berbaris di belakang beliau. Rasulullah saw. membaca bacaan (surah) yang panjang. Kemudian beliau takbir dan rukuk lama-lama. Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakal hamdu..' Lalu beliau berdiri, dan sesudah itu membaca ayat yang panjang-panjang, tetapi tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian beliau rukuk pula kembali lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. Kemudian beliau i'tidal sambil membaca "Sami'allahu liman hamidah. Rabbana walakal hamdu," sesudah itu beliau langsung sujud. Kemudian pada rakaat yang lain beliau lakukan pula seperti itu, sehingga jumlahnya empat kali rukuk dan empat kali sujud. Dan matahari telah terang kembali sebelum beliau selesai solat. Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Mula-mula beliau memuji Allah menurut mestinya. Sesudah itu beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti tentang kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu apabila kamu melihatnya gerhana, maka segeralah pergi solat. Solatlah sehingga Allah memberi kelapangan (cahaya terang) kembali kepada mu. Sabda beliau selanjutnya, "Aku telah melihat di tempatku ini segala yang dijanjikan Allah kepada mu (mengenai syurga dan neraka). Sehingga aku bermaksud hendak memetik buah-buahan syurga; ketika kamu lihat aku menjangkaukan tangan ke depan. Aku juga melihat neraka jahanam, di mana satu sama lain saling memusnahkan, iaitu ketika kamu lihat aku mundur ke belakang. Dan aku melihat juga di neraka itu Ibnu Luhay, yakni orang yang mula-mula mengadakan Sa-ibah (korban unta untuk berhala).
|
Bukan lah mudah untuk mengambil gambar bulan ... ni terpaksa guna ISO tinggi , yang mana, menyebabkannya agak grainy ...
Selepas 20 minutes ...
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0859.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah solat gerhana, enam kali rukuk dan empat kali sujud (dalam dua rakaat)." Syurga dan neraka diperlihatkan kepada Nabi saw.
|
Bulan akan kembali penuh ...
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0553.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat. "
|
Sebenarnya warna bulan agak terang ... tetapi aku mengambil under exposure supaya boleh nampak detailnya.
Bulan kembali penuh selepas solat Isyak
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2424.
Dari Muhammad r.a. katanya : "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah. "Bukankah Rasulullah saw. telah bersabdakan bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."
|
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0591.
Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130)
|
Friday, December 09, 2011
Berlalu sudah setahun ...
Alhamdullilah ... pejam celik pejam celik ... berlalu sudah setahun ... samada kita sedia atau tidak ... kini telah masuk tahun 1433 Hijrah ... dah 14 Muharram dah pun ... Tapi seperti biasa, kat sini tak ada ler cuti sambut Awal Muharram ker apa ker ...
Cuma bebaru nih waktu 9,10 dan 11 Muharram, boleh di katakan 90% orang orang tempatan berpuasa sunat Hari Asyura ... Memang terasa akan kemeriahannya ...
Since dah lama tak update BLOG ni, dan aku tak nak ler nanti orang nak tgk pun tak boleh sebab penuh ngan sawang kaannn ....
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Tak lau ler , samada hanya perasaan aku sahaja ker atau memang fakta ... aku dapati kalau bulan dan matahari di sini lebih besar dan jelas gitu ... apakah faktor sebab sini tidak berawan ataupun kedudukan latitudi longitude dia?
Dan kalau nak ambil gambar bulan agar clear (ini bukan contoh yang baik... baru aku perasan gambar ni tak clear sangat) ... ialah ambil pada waktu sebelum maghrib atau sesudah solat subuh ... sebab bulan pada waktu ini cahaya nya tidak terlalu terang sebab ada cahaya lain ... so bagus utk photography ... kalau tak caya ... cuballaaahhh ... esok kan malam bulan penuh!!!
Pertengahan bulan 10 yang lalu, UQ Pro Team telah datang ke Yanbu untuk buat Kursus Haji ... Alhamdullilah kali ini kita orang dapat tempat yg agak selesa dan condusive ... iaitu di Surau Yansab Compound ...
Pada waktu ini, mungkin Si Nizam nih dah berada di Malaya ... dia dah berkerja di Malaya semula ....
Penceramah Undangan pada hari itu, Prof Kamil ... Memang ramai yang bersemangat mendengar kisah beliau ... SEMBAHYANG MALAM ... TAHAJJUD ... tapi bukan Tahajjud Cinta yaaaa ....
Zulk ... Antara Jemaah Haji dan Peserta Kursus ...
Halim ... kusyuk sekali dengar kisah yang begitu bersemangat dan menarik dari Prof Kamil
Rata Rata boleh di katakan memang beliau (Prof Kamil) mampu membuat pendengarnya kusyuk mendengar kisah beliau ... I likeeee ....
Kisah yang secara bersahaja di sampaikan
Rezal begitu tekun ...
Kalau aku kata si kecil pun terpegun, sure ler orang kata aku OVER ler lak kaaannnn
Tapi kalau tgk gambar nih, ntah ler ... mungkin dia pun kusyuk gak kot???
Pada akhir program ... ada penyampaian sijil di lakukan ... segak Haj Zuraili hehehhe
Dalam bulan 10 ari tuh jugak, SABIC ada buat Program Hari keluarga ... tapi ala ala makan dah nak dekat kul 10.30 malam gitu kaaaannnn (Terlupa lak adat orang sini, makan ialah pada akhir majlis gitu!!!) Show atau lawak dia ... ala ala tgk saringan Raja Lawak gitu ... boolleeeeyyy!!!!!
Walaupun rumah dan pantai ala ala sepelaung jer ... tapi la ni aku jarang turun ke pantai ... so sesekali turun ... excited gak anak anak ...
Suasana Sunset memang begitu damai dan tenang ...
Lau yang luas terbentang ... memang seronok mandi ... tapi aku tak mandi pun ... sebab malas nak tukar tukar baju gitu!!!
Lagi beberapa minit akan masuk waktu Magrib .. so kami pun bersiap siap ler nak pulang ... orang tempatan dia tak kisah , sebab masuk waktu jer , dia orang terus buat saf saf utk sembahyang .....
Dan pada hari tuh, sekolah YIS ada lak buat Character Day untuk lower Elementary ... nasib baik ler topi Pirate beli kat Disneyland tuh elok lagi. Boleh ler Afiq jadi Pirate jer ...
Alhamdullilah sempat jugak hantar jemaah Haji Yanbu untuk pergi menunaikan Frdhu Haji ... muga mereka mendapat Haji Mabrur ...
Antara Jemaah Haji dan juga mereka yang menghantar JH ...
Jemaah Haji ... dan Ust Aziz adalah di antara para Jemaah ...
Antara Jemaah dan yang menghantar
Dan lagi
Lydia ..
Anak Haji Pauzi ... dah besar dah ... dulu datang kecik lagi!!!!
Dari Negara UK, Canada dan juga Pakistan ada ...
Comeeeeelllllllllllllllll
Antara mereka yang bekerja keras untuk menyusun beg di atas bas
Hakim dah besar ... senang nak tau umur dia ... sebab dia lahir dalam musim haji ... so nih dah tiga nusim haji ... so dah tiga tahun ler dia hehehehehhee
Dalam coaster
Inilah dia Photogapher yang mengambil gambar gambar menghantar Jemaah Haji tadi tuh ....
Sebagai penutup ... Gambar Bulan ... dan Esok Insya Allah ada Gerhana Bulan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































