Wednesday, February 28, 2007

Labuan ... the congenial place to live and work ...

Bertemu kembali di ruangan yang makin lama ala ala makin sepi dan berhabuk gitu ....

Sekarang ni aku berada di Labuan ... The Congenial Place to Live and Work ... Aiiyyooo very the catchy phrase ... tapi aku sendiri tak faham atau tau apa maknanya ... The tag line tu kita akan dapat lihat kat airport waktu nak exit ... so sapa sapa yg ke Labuan tu , perhati hatikan sign tu yaaaa ....

Seperti biasa aku duduk kat Sheraton Labuan .... tak ada apa sangat nak mengupdate kali ni ... cuma aku nak tunjukkan beberapa gambar dari Camera Phone N 73 and N 80 aku hehehehehehee

So gambar gambar kali ni, aku main taruh ajer apa yg ada kat HP aku nih ... sebab gambar2 dalam camera tak download lagi yaaaa ....

(Kalau Peon baca nih, sure ni kata aku nak ME LABA ler nih!!!!)

Maka terimalaaahhhhhhhhhh .............

Tiga Permata Hati .. aku ambik waktu ada Forum kat Putra Jaya ...

Chinese New Year at Mid Valley ....

Cantik sekali dia buat bunga sakura dari payung payung ... suka sangat ...

Sign di Bandar Kinrara .... Klasss kaannn ....

Iman .... selsema yg masih ada lagi ...

Kakak dan Iman ... dah besar dia orang dah ... kejap ajer masa berlalu ...

Monday, February 19, 2007

Setelah Kembali dari Mekah

Alhamdullilah .... aku telah selamat mengerjakan fardhu haji baru baru ni ... dan syukur seribu rahmat juga, kerana pada tahun ini, hari wukuf telah jatuh pada hari Jumaat, di mana menjadikan haji pada tahun ini Haji Akbar ... dan Haji Akbar ada banyak kelebihannya ....

Pengalaman mengerjakan Fardhu Haji banyak sekali ... ianya juga mengajar kita akan erti kehidupan dan fitrah manusia ... dan ianya memberi ruang dan peluang untuk manusia berfikir akan kebesaran illahi (kepada yg nak fikir ler yaa ...)

Selama 43 hari aku di Tanah Suci (Mekah, Arafah, Mina, Mekah dan akhir sekali ke Madinah). Rutin harian ku amat simple dan mudah sekali .... Berikut ialah jadual tipikal aku di Mekah dan Madinah

2:30 pagi - Bangun dan siap siap untuk ke Masjid. Kalau di Mekah, lokasi Hotel aku
agak jauh dari Masjid ... lebih kurang 1 kilometer gitu ....

3.00 pagi - Telah sampai di Masjid dan selalunya aku akan mengerjakan sembahyang
sembahyang sunat dan zikir zikir sehinggalah masuk waktu Subuh

6.15 pagi - Selesai sembahyang subuh dan merayau rayau di sekitar kawasan masjid
mencari sarapan. Sarapan tidak di sediakan oleh muasasah. Selalunya aku
akan ke Restoran Indonesia untuk bersarapan.

7:15 pagi - Balik ke hotel dan Tiiiidddduurrrrrrr

10.00 pagi - Bangun dan mandi serta bersiap siap untuk ke Masjid semula

11.00 - 1.00 ptg - Berada di Masjid sehingga selesai Zohor

1.00 - 2.25 ptg - Bergegas pulang ke hotel utk makan tengahhari dan tidur

2.45 - 8.30 mlm - Berada di Masjid sehingga selesai Isyak

9.00 mlm - Tiddduuurrrrr setelah selesai makan malam


Maka itulah rutin seharian aku di Mekah dan Madinah ....

Dan sewaktu di Tanah Haram, aku juga telah sempat merakam beberapa snapshot melalui HP Nokia N 73 aku ...

Maka Terimalllaaaahhhhhhhhhhhh ...............

Kaabah sebelum subuh

Kaabah selepas subuh

Lautan manusia ..

Lautan Manusia menuju ke jamrah untuk melontar

Sebelum melontar Jamratul Aqabah (Sebelum bercukur)

Selepas bercukur.

Bersedia untuk mengerjakan sembahyang Jumaat ... manusia terlalu ramai, sehinggakan kawasan saie pun di penuhi manusia ....

Ketenangan di tingkat satu masjidil haram .... aku selalu terpegun dan leka dengan pemandangan aktiviti aktiviti manusia di masjid.

Salah seorang Jemaah haji dari negara Balkan ( atau eropah timur ..) walaupun tidak pandai berbahasa English atau arab, namun senyuman tetap di berikan ...

Emril ... anak muda dari Bukit Tinggi Indonesia .... seorang pengusaha pakaian di Aur Kuning Bukit Tinggi ... Emril adalah teman aku di Mekah ... kami selalu bersarapan dan berbual bual kosong sewaktu di Mekah dan Madinah.

Salah seorang anak anak kecil yg menjadi peminta sedakah ... aksi aksi mereka amat unik dan mengasyikkan ...

Pemandangan di Masjidil Haram dari Stesen Bas ... arah aku datang dari Hotel

Sehingga hari ini aku masih lagi tidak mendapat jawaban ... kenapa harus manusia juga mengutip bijirin yg di taburkan untuk burung merpati nih???? Kenapa? Why???

Kenaper ya makcik? Kenaper you jugak kutip bijirin nih eh????

Inilah di antara roomates aku ... kami di Mekah tinggal lapan orang satu bilik ... dan dalam bilik aku ada dua orang cikgu ... iaitu Cikgu Azmi dan Cikgu Mansoor ...



Inilah adalah sebahagian video clip yg aku ambik sewaktu Azan Subuh tengah di laungkan.