Alhamdullilah .... aku telah selamat mengerjakan fardhu haji baru baru ni ... dan syukur seribu rahmat juga, kerana pada tahun ini, hari wukuf telah jatuh pada hari Jumaat, di mana menjadikan haji pada tahun ini Haji Akbar ... dan Haji Akbar ada banyak kelebihannya ....
Pengalaman mengerjakan Fardhu Haji banyak sekali ... ianya juga mengajar kita akan erti kehidupan dan fitrah manusia ... dan ianya memberi ruang dan peluang untuk manusia berfikir akan kebesaran illahi (kepada yg nak fikir ler yaa ...)
Selama 43 hari aku di Tanah Suci (Mekah, Arafah, Mina, Mekah dan akhir sekali ke Madinah). Rutin harian ku amat simple dan mudah sekali .... Berikut ialah jadual tipikal aku di Mekah dan Madinah
2:30 pagi - Bangun dan siap siap untuk ke Masjid. Kalau di Mekah, lokasi Hotel aku
agak jauh dari Masjid ... lebih kurang 1 kilometer gitu ....
3.00 pagi - Telah sampai di Masjid dan selalunya aku akan mengerjakan sembahyang
sembahyang sunat dan zikir zikir sehinggalah masuk waktu Subuh
6.15 pagi - Selesai sembahyang subuh dan merayau rayau di sekitar kawasan masjid
mencari sarapan. Sarapan tidak di sediakan oleh muasasah. Selalunya aku
akan ke Restoran Indonesia untuk bersarapan.
7:15 pagi - Balik ke hotel dan Tiiiidddduurrrrrrr
10.00 pagi - Bangun dan mandi serta bersiap siap untuk ke Masjid semula
11.00 - 1.00 ptg - Berada di Masjid sehingga selesai Zohor
1.00 - 2.25 ptg - Bergegas pulang ke hotel utk makan tengahhari dan tidur
2.45 - 8.30 mlm - Berada di Masjid sehingga selesai Isyak
9.00 mlm - Tiddduuurrrrr setelah selesai makan malam
Maka itulah rutin seharian aku di Mekah dan Madinah ....
Dan sewaktu di Tanah Haram, aku juga telah sempat merakam beberapa snapshot melalui HP Nokia N 73 aku ...
Maka Terimalllaaaahhhhhhhhhhhh ...............
Kaabah sebelum subuh
Kaabah selepas subuh
Lautan manusia ..
Lautan Manusia menuju ke jamrah untuk melontar
Sebelum melontar Jamratul Aqabah (Sebelum bercukur)
Selepas bercukur.
Bersedia untuk mengerjakan sembahyang Jumaat ... manusia terlalu ramai, sehinggakan kawasan saie pun di penuhi manusia ....
Ketenangan di tingkat satu masjidil haram .... aku selalu terpegun dan leka dengan pemandangan aktiviti aktiviti manusia di masjid.
Salah seorang Jemaah haji dari negara Balkan ( atau eropah timur ..) walaupun tidak pandai berbahasa English atau arab, namun senyuman tetap di berikan ...
Emril ... anak muda dari Bukit Tinggi Indonesia .... seorang pengusaha pakaian di Aur Kuning Bukit Tinggi ... Emril adalah teman aku di Mekah ... kami selalu bersarapan dan berbual bual kosong sewaktu di Mekah dan Madinah.
Salah seorang anak anak kecil yg menjadi peminta sedakah ... aksi aksi mereka amat unik dan mengasyikkan ...
Pemandangan di Masjidil Haram dari Stesen Bas ... arah aku datang dari Hotel
Sehingga hari ini aku masih lagi tidak mendapat jawaban ... kenapa harus manusia juga mengutip bijirin yg di taburkan untuk burung merpati nih???? Kenapa? Why???
Kenaper ya makcik? Kenaper you jugak kutip bijirin nih eh????
Inilah di antara roomates aku ... kami di Mekah tinggal lapan orang satu bilik ... dan dalam bilik aku ada dua orang cikgu ... iaitu Cikgu Azmi dan Cikgu Mansoor ...
Inilah adalah sebahagian video clip yg aku ambik sewaktu Azan Subuh tengah di laungkan.
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
2 days ago
Ya Tuan Haji, Akhirnya ada juga update anda di sana. Alhamudllilah!
ReplyDeleteErrr kenapa manusia yang kutip bijirin tu, kalau makcik hitam biasanya mereka jual balik bijirin tu. Tapi dalam gambar atas nampak mcm makcik Indon/Msia. Depa bawak balik sebagai souvenir kut? :)
Saya pernah dgr ada org bawa balik taik unta buat souvenir ;)
Gambar Madina ada?
Dear Sunflora ...
ReplyDeleteBukan tak nak update ... tapi ala ala sibuk gitu ...
Memang ada orang bawak balik Unta untuk souvenir .... siap ada pasang pasang lagi ... tapi Unta mainan ler kaannn hehehehheee
Gambar gambar yg lain akan diupload bila ada kelapangan ... Insya Allah
hi...
ReplyDeleteterserempak this blog while blog hoping..i like the photo taken esp the nature..bunga..etc tuh...nice shot.
Errr..rr....btw...boleh ker kalau saya nak berkenalan dgn...err...fadzilli..err..**blushh
wasalammh...
yg benar..
Sweet Seroja
Hello Sweet Seroja;
ReplyDeleteNak berkenalan ngan fadzilli boleh, tapi kena ler pergi ke Qatar .. sebab skg ni dia ada kat sana dah ...
sunflora, taik unta???
ReplyDeletetn hj, rahmat rahmat, haji mabrook, insyaAllah
-atenah
Salam dan Selamat Pulang untuk Bro Ghaz,
ReplyDeleteSemoga mendapat haji mabrur..
Bro Ghaz, saya ada mendengar kata orang tua-tua yang dah ke tanah suci, ada pihak yang percayakan gandum lebihan makanan merpati tu adalah ubat mujarab bagi masalah kemandulan. Sejauh mana kebenarannya, tak pulak saya tahu..
Tuan Haji.
ReplyDeleteSaya dulu tinggal kat Maktab 85? Di Mekah. Tak ingat dah la. Tapi berhadapan dengan Masjid Kucing tu. Kalau berjalan kaki dari hotel tu ke Masjidil Haram harus melalui kawasan Saie.
Best kan kat Madinah/Makkah? Masa kat situ rasa tortured sangat (myself la) tapi bila dah balik rasa nak datang semula kes kes kes.
ooh... ada kawan kat qatar ke? :-)
ReplyDeletetgk budak minta sedekah tu, teringat masa haji tahun lepas (2005/06). kalau tgk betul2, kecacatan mereka macam dibuat sejak kecil lagi.. kesian...
insyaAllah, satu hari nanti akan samapi lagi.. its near but yet still far...
selamat kembali tuan haji..
Kat Qatar ramai ex PETRONAS kat keje kat situ ...
ReplyDeleteMy adik ipar pun kat sana, dgn UMW buat highway rasanya .....
Ntah ntah saya pun ke sana kot hahahahahhaha
A'kum Haji,
ReplyDeletepegi tahun lepaskan(06/07)...saya lu tinggal kat maktab...la lupelak..saye tggl kat Hotel Firdaous Palace sebelah Hilton tower..
tuan haji penerbangan ke berape ye...
rindu sesangat nk kesaner..moga2 dimurahkan rezeki dapat dtg balik...
Hj pergi tahun 2006/2007? Saya mengerjakan hj thn 2007.KT 48.Harp dpt tuan siarkan lagi gambar gambar semasa di Madinah dan Mekah.
ReplyDeleteTuan Haji,
ReplyDeleteSaya pergi tahun 2005/06 tinggal kat Hotel Habibah, sgt dekat dengan Masjidil Haram. Dengar khabarnya Tabung Haji dah tak sewa hotel tersebut.
Ingat suara Sheikh Abd Rahman Sudais...