Monday, July 28, 2008

Mengintai Keampunan di Lebaran Raudhah

Madinah .... Dari Aisyah ia berkata: "Ketika kami masuk, Madinah adalah negeri tempat bersarangnya penyakit, lalu Rasullah SAW berdo'a: Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah, sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Mekah, atau lebih dari itu, dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya, dan gantilah wabah penyakitnya dengan juhfah. (Shahih Bukhari No 1889; Shahih Muslim No 1376)

Masjid Nabawi .... Rasullah SAW membangun Masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama (afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain, kecuali Masjidil Haram" (HR Bukhari; Shahih Bukhari No 1190)

(Petikan petikan tulisan dalam artikel kali ini di petik / di salin dari buku SEJARAH MADINAH MUNAWWARAH BERGAMBAR - Dr Muhamad Illyas Abdul Ghani)

Maka Terimalllllaaaaaahhhhhhhhhhhh ........................

Ini tak ada kena mengena pun ngan Masjid Nabawi .... ni adalah poster yang aku snap kat Pejabat Istiqdam kat Jeddah , waktu aku nak buat Calling Visa for my family .... ini adalah syarat atau document document yang di perlukan ... ingat nya D E C U M E N T S gitu ....... dan jgn lupa juga disertakan A C A E D E M I C qualification yaaaaaaaa ... (Ammbbooiiiii kalau salah orang nampak ajer kaaannnn!!!!)

Kawasan Istiqdam kat Jeddah tuh ... saja ajer aku snap gambar nih .. supaya nanti aku senang nak tau kawasan nih ..... satu pelajaran kita orang belajar dari Sham K .... apabila tiba di Jeddah, masuk ler kawasan bandar dia, sorang turun and tahan taxi, kemudian suruh taxi itu hantar ke tempat yg hendak di tuju .... kita cuma ikut taxi itu sahaja .... dengan ini kita telah jimat masa and reduce stress sesat di dalam bandar !!!! I llliiiikkkeeee his ideas ....!!!!

Pemandangan dari Hotel Karam .... Kota Madinah agak teratur kalau di bandingkan dengan Kota Mekah yang agak berbukit dan padat .... Hotel Hotel di Kota Madinah pun agak selesa dengan harga yang agak menarik .....

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Debu Madinah .... Jika ada seseorang yang mengeluh kepada Rasullah karena sakit atau luka, beliau meletakkan tangannya di tanah kemudian mengangkatnya , (sambil berkata);

Dengan Nama Allah, tanah kami yang baik ini, semuga dapat menyembuhkan orang orang yang sakit di antara kami dengan izin Tuhan kami (Shahih Muslim No 2194)

Subhanallah .......

Kita semua tahu kisah penghijrahan Rasullah ke Madinah dari Mekah ... di mana Baginda di sambut dengan meriah oleh penduduk Madinah ....

Kini .... apabila hampir tiba waktu Maghrib pada hari Isnin dan Khamis, dan apabila kita memasuki masjid Nabawi, maka akan berebut rebut orang menarik kita utk duduk di saf saf yang mereka sediakan juadah untuk berbuka puasa sunat ... kurma , roti , air zam zam dan kekadang ada macam kuih dari kurma dan buah fiq gitu ....

Walaupun aku tak berpuasa sunat pada hari itu ... mereka mereka tetap mengajak aku untuk duduk di saf yang mereka sediakan juadah ringan ini .....

Inilah rupanya kurma segar yang di hidangkan .... orang dah panggil duduk kaann ... aku pun ala ala malu malu gitu ... duduk sambil menunggu Azan Maghrib .... masuk Azan ... terus makan apa yg terhidang di depan mata .....

Kurma Ajwah ... atau Kurma Nabi .... Alhamdullilah aku dapat tengok sendiri Kurma Nabi yang segar di pokok .... (Ust Solah telah bawak kami ke kebun Kurma ) ..

Nabi SAW bersabda: Barangsiapa di waktu pagi makan7 butir kurma dari kedua labah (yaitu batas sebelah timur dan barat), ia tidak akan kena racun hingga waktu sore. (Shahih Muslim : 2047)

Hadits di atas tidak menyebut jenis kurma, sementara hadits hadits lain membatasi maksud di atas dengan 'ajwah, sebagaimana sabda Nabi SAW:

Barangsiapa di waktu pagi makan 7 butir kurma 'ajwah, pada hari itu ia tidak akan kena racun maupun sihir (Shahhih Bukhari , No 7569)

Bergambar di pohon kurma Nabi .... dalam ladang kurma nih, hanya ada TIGA ajer pohon Kurma Nabi ... dan ianya di jaga ngan rapi oleh pekerja pekerja Indon di sini ....

Selepas sembahaynga Jumaat kami terus ke Ladang Kurma ni , sebelum balik Ke Yanbu ... so pekerja pekerja ni pun tengah lepak lepak lagi ......

Mereka merantau jauh ... semata mata mencari rezeki di bumi Anbia ... (Radzi pun interframe jugak ....)
Masjid Nabawi .... ketenangan dan kedamaian berada di dalam nya ..... kita kena experience sendiri ..... hilang kusut masai duniawi ..... dikatakan Masjid Nabawi dapat menampung seramai 535,000 jemaah untuk bersolat pada satu satu masa. Asalnya Masjid Nabawi hanyalah berkeluasan 50 x 50 meter dengan ketinggian atap 3.5 meter sahaja. Masjid ini telah melalui sebanyak 8 pembaharuan (renovations / pembesaran), dari zaman Umar (17H), Usman (29H), Al Walid Al Umamy (91H), Al Mahdi (165 H), Qayit Bay (888H), Abdul Majid Al Utsmany (1277H), Raja Abdul Aziz (1372 H) dan Raja Fahd pada 1414 H ..

Pembesaran Raja Fahd telah memperluaskan masjid menjadi 82,000 m2 yang meliputi bangunan bangunan terdahulu. Menelan belanja sebanyak SR 72.2 Milyar.

Emas yang digunakan untuk ornament masjid Nabawi adalah sebanyak 68 kg. Manakala tembaga telah di gunakan sebanyak 1,600 ton!

Masjid ini mempunyai sebanyak 535 security cameras! Dan kalau nak tau, berat satu pintu kayu dia ialah 2.5 ton

Masjid ini juga mempunyai dua lantai basement untuk parking yang mana mempunyai sebanyak 4,444 ruang parking.




Video ini di rakam sewaktu Azan Jumaat. Di sini akanku cerita sedikit cara cara supaya dapat solat Jumaat di dalam kawasan Raudhah .... Untuk pengetahuan, sebahagian daripada kawasan Raudhah akan di tutup dari selepas subuh sehingga pukul 10:45 pagi (Ziarah bagi kaum Hawa) jadi dalam kul 10:30 pagi tuh, kita dah berada di boundary Raudhah yang di tutup ... kita berdiri dan tunggu sambil berzikir ... dan lihat mereka mereka bekerja membersihkan kawasan Raudhah nih .... kita juga boleh lihat, petugas, polis dan sebagainya bersolat di Raudhah dengan tenang gitu ... pass tuh bila dia orang selesai ajer kemas, kita pun bersedia ler .... sebab bila dia bukak ajer penghadang tuh, orang akan berebut rebut masuk dan ambil tempat duduk ... kita pun sama ... dan Insya Allah, kita akan dapat duduk di kawasan raudhah .... pass tuh teruskan dengan Solat Sunat Masjid , zikir, membaca Al Quran sementara menantikan masuknya waktu Jumaat .....

Sebab di katakan salah satu tempat mustajab doa ialah di Raudhah .... maka berdoalah ... Allah senantiasa mendengar doa hambanya ...... pohon kepada Illahi agar doa yang di pohon diperkenankan ......


Masjid Quba .... Ayat Alquran Surah Al Taubah - 108 "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang orang yang bersih."

Rasullah SAW bersabda , " Barangsiapa telah bersuci (berwudhu) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan Ibn Majah. No 1412)

Apakah makna ini?

Dan ini?

Di Saudi ni, restoran atau tempat makan akan di asingkan antara Bujang dan Keluarga ... masuk ikut lain lain pintu ... dan ada kaunter nya tersendiri .... sebab nak asingkan antara perempuan dan lelaki .....


Dalam perjalanan balik ke Madinah dari Madain Salih , ada ler nampak small puting beliung di sepanjang perjalanan ..... just snap snap ler buat tatapan semua ......

Tuesday, July 22, 2008

Dah Dua Bulan 3 hari ....

Aku sampai sini dulu pada 19 May 2008 ..... 19 June .... 19 July .... dan sekarang dah 22 July ... bermakna aku dah ada kat sini selama 2 bulan 3 hari gitu ...

Dalam dua bulan ni, tak ler aku ala ala rindu kat nasi lemak ker, teh tarik ker, mee kari ker ... sebab bagi aku makanan makanan nih ... allaaaaa makanan ....

Dalam dua bulan ni, tak ler aku ala ala rindu kat HUJAN ker, trafic Jem nak balik kerja ker, Kinrara ker ..... sebab bagi aku ... times comes and go gitu ....

Dalam dua bulan ni, aku ala ala teringat ingat dan rindu rinduan kat keluarga yang di tinggalkan .... aku terdengar dengar suara anak anak ku ... suara Akak, suara Iman, suara Afiq .... memang ala ala orang kata RINDU BANGET gitu ......

Maka Terimaaaalllllaaaahhhhhh ....................................


Pada waktu ni, Afiq amat gemar dengan sebutan E N A M ... tanya ler dia apa sahaja yang berkaitan dengan number, pasti Enam jawabannya .... jenuh aku suruh sebut nombor lain, tapi tetap ENAM menjadi sebutan dia ..... tapi dah dua bulan kaannn ... aku rasa sekarang ni dia dah tak sebut ENAM dah kot hehehehhehehe

Afiq .... anak bongsu aku yang manja ....

Sebelum aku ke Saudi, aku sempat jugak gi tengok wayang kat Pavillion ... bila dah sampai Saudi nanti, hehehhehee tak ada ler nak tgk tgk wayang dah kaaannnnn ......

Iman ... makin sehari makin membesar .... cuma dia masih susah lagi nak bercakap atau mengeluarkan perkataan dengan betul ......

Afiq .... Anak Bujang aku .... Iman selalu jadi mangsa dia or dia jadi mangsa Iman ...???

Anak dara aku ... dah besar .. and dah ada taste tersendiri dah .... aku masih terasa baru semalam aku qamatkan kat telinga dia di SJMC ....

Ooooooo rinnnddduuuuu baaanngggeetttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Fadhail (Kelebihan) Zam Zam

Bebaru ni aku dapat email dari Rafei bertanyakan betul ker Air Zam Zam tak boleh di jual gitu ... pass tadi bila aku baca dalam CHAT BOX, dia tanya lagi kaaaannnn .... Aiiyyooooo Rafei, I datang sini ni, I jadi Al Muhandis Mukhattit di Yansab gitu bukannya ala ala ambil Syariah gitu hahahaha

Apa apa pun, kalau orang dah mintak tolong, kita kena ler usahakan , betul takkkkk? Since aku pun kannya An Alim dalam bab bab nih .... aku cuma salin ajer apa yg aku baca .......

Maka Terimaaaaalllaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh ................................

Apa apa pun, tulisan tulisan di bawah mengenai kelebihan Air Zam Zam telah di petik dari buku Makkah Al Mukaraamah - Kelebihan dan Sejarah ... Di sunting oleh Abdul Basit Bin Abdul Rahman M A Madinah .... aku suka akan buku ni , sebab dia gabung semua .... and penulis dia adalah orang Malaya .... and buku ni aku beli kat Mekah , di Al Bait Shopping Center ngan harga SR 22 .... I llliiikkeeeee ....

(Keterangan Gambar - Aku dah duduk dua bulan dah di Yanbu nih ... so ni adalah botol botol air zam zam yang aku telah minum selama aku duduk kat sini !!! Alhamdullilah ... mudah dan berkat sekali nak dapat air zam zam nih . Harga sebotol air nih di jual pada kadar SR 10 ... tetapi aku pernah beli dia letak harga SR 15 !!! )

Zam Zam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air air lain. Di bawah ini dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut di dalam hadis hadis Nabi SAW. Antaranya ialah :

1. Zamzam merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah)

(Dia ada tulis ler hadis tuh dalam tulisan Arab kannnn ... tapi aku ni tulis Arab lemah ... so tak leh ler nak tulis yaaaa)

Maksudnya: "Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air Zam Zam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit" (Pass tuh dia ada tulis di rujuk dari sumber mana ...)

(Keterangan Gambar - Satu botol untuk aku tuang dalam botol kecil dan di simpan dalam Freeze ....)

2. Zam Zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Abu Zar (Jundub Bin Junadah) Al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasullah SAW dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu Rasullah SAW Baginda bertanya kepadanya:"Sejak bila kamu berada di sini?". Jawabnya : Semenjak 30 hari yang lalu. Rasullah SAW bertanya lagi: "Siapa yang memberi kamu makanan?". Jawab Abu Zar: Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zam Zam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar. Sabda Rasullah SAW :

(Tulis Arab)

Maksudnya : "Sesungguhnya Zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan)". (pass tuh ada dia kasi rujukan dari mana dia dapat nih)

(Keterangan Gambar - Inilah botol Air Zam zam aku .... dingin dan menyegarkan ... and memang ianya boleh mengenyangkan ... aku kekadang tak breakfast ... cuma minum air zam zam sebelum gi kerja ... rasa macam biasa ajer!!!!)

3. Zam Zam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah).

Sabda Rasullah SAW:

(Dia tulis dalam tulisan Arab)

Maksudnya : "Air Zam zam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan Izin Allah)" (pass tuh dia buat rujukan dari mana dia dapat)

(So itu adalah antara Kelebihan (Fadhilat) Air Zam zam ... and kalau nak baca lebih lanjut ... dia senaraikan 18 items ... kena ler beli buku ni dan baca sendiri kaaannn ... kalau tak nanti aku kena saman lak ..... )

Dan Rafei utk menjawab soalan kau ....

Muka Surat 57 hingga 58 - di bawah Tajuk Beberapa Hukum yang berkaitan dengan ZamZam,

4 . Kebenaran membawa Zam Zam ke seluruh pelusuk dunia.

"Nabi SAW telah menghantar sepucuk surat kepada Suhail Bin 'Amr yang berbunyi:"Jika suratku ini sampai kepadamu pada waktu malam, maka janganlah kamu lengahkan sehingga waktu pagi atau jika ia sampai pada waktu pagi janganlah kamu lengahkan sehingga waktu petang untuk menghantar air ZAM ZAM kepadaku" (rujukan dari mana Hadis ini di ambil)

"Saiyidina Aishah pernah membawa air Zam Zam di dalam botol dan beliau memberitahu bahawa Rasullah SAW telah membawanya di dalam bekas air. Baginda menyiramnya ke atas orang yang sakit dan menyuruh mereka meminumnya". (rujukan dari mana hadis ini di ambil)

Berkata para ulama: Sebab dibolehkan untuk mengeluarkan air Zam zam daripada Tanah Haram ialah kerana air Zam Zam akan bertambah dan tidak berkurang. Sebaliknya tanah dan batu tidak boleh dikeluarkan (menurut mazhab Syafi'ie) kerana ianya tidak bertambah. (dia kasi rujukan)

Banyak lagi kelebihan dan hukum yang berhubung dengan air Zam Zam. Untuk keterangan lanjut mengenainya sila rujuk kitab Fadhlu Ma-ie Zamzam dan kitab kitab lain.

Maka itulah di antara petikan yang aku tulis dari buku Makkah Al-Mukarramah - Kelebihan dan Sejarah .... nak tau lebih lanjut, sila dapatkan buku ini dari kedai kedai yang berhampiran .....

Wallahu Alam .....

Monday, July 21, 2008

Sepetang Di Yanbu ...

Sepetang di Yanbu .... aku rasa dalam BLOG nih, ada ler beberapa entry yang bermula ngan SEPETANG .... Sepetang di Thar Jath ler ... Sepetang di Labuan ler ... Sepetang ... hehehhehe aku suka lak bunyi SEPETANG nih .....

Actually entry kali nih, bukannya berlaku dalam satu petang , tapi dua petang ... Petangni (kan Bahasa Arab , kalau ada dua tuh dia tambah ya kat belakang? Hehehhehee)

Apa apa pun, selain dari pergi Ke Mekah dan Madinah, Yanbu jua offer pelbagai aktiviti sampingan yang lain .... macam macam adddaaaa .... yang mana dah tentu ler duduk kat sini ala ala seribu kali lebih baik dari duduk kat negeri mat sentul ..... (contohnya , aku dah dua bulan lebih ni tak balik ... tapi still rasa OK lagi .... mungkin berkat Mekah dan Madinah ler agaknya ...)

Maka Terimaaaallllaaahhhhh ..................

Yanbu ... bandar yang terletak di pinggir / tepi Laut Merah ... so kalau kat RC nih, kat belakang rumah aku, ada kawasan taman yang di bina di tepi pantai .... so petang tadi Abu Azfar ajak aku pergi jogging ... siap ala ala kasi pinjam track suit lagi (iyalah .. kan alasan aku tak ada track suit!!) Dah dua bulan lebih dah aku di Yanbu nih, maka petang tadi ler baru aku berkesempatan untuk pergi berjogging / riadah di taman tepian pantai (Peon ... teringat lak kisah kita di Bintulu ... jogging ngan Arif ..... dan tak lupa jugak Edumban!!!!)

Perhatikan taman ini yang begitu di jaga ... bersih dan nampak very condusive and selesa gitu ..... angin bertiup kencang ... bahang panas 35 darjah Celcius tak terasa pun .....

Tapi aku perhatikan ... memang ler tak yah perhati pun dah tau .... tak ada couple couple berdating walaupun tempat ini amat ROMANTIK sekali .....

Walaupun ini kawasan Gurun, namun hijau hijauan tetap ada .... Di Arab Saudi nih, irrigation untuk pohon pohon dan tanam tanaman ini mereka guna waste water .... air buangan yang telah di treated .... jadi tak membazir gitu .... kenaper kat Malaya tak nak buat macam nih? Jadi kita boleh jimat air ... penyiraman pokok pokok guna air buangan .....kaaaannnnnnnnnnnnnnn

Oh iya ... ini bukan model baru utk iklan mascara Maybeline ... sebab Cik Siti Nurhaliza masih lagi ... ni nak cite, selain dari ada Laut Merah ... Yanbu jugak adalah padang pasir ... so kalau dah padang pasir, tentu ler ada Unta kan kan kan .....
Pada suatu Petang, jiran aku Abdullah Zahrani telah bawak aku bersiar siar kat ladang unta kat seberang jalan dari kawasan perumahan aku .... waaaahhhhh kat kawasan perumahan aku ada taman tepian pantai , ada ladang ternak unta , pass tuh ak jauh dari Mekah dan Madinah , kaaaannnnn ni sah sah ler nak propa atau SMK kaan kan kannn ....

Anak unta dan Mak Unta .... Anak Unta ari tuh aku terdengar dia tanya kat mak dia ... kenapa dia kecik kecik lagi orang nak panggil unta ... tak panggil John ker ... Samy ker .... apa ler ... selain dari unta .... mak dia ala ala tak tau nak jawab apa ...

Bila aku tgk gambar nih, teringat aku kat Sentul sorang nih .... bulu mata dia ngan bulu mata unta ni ala ala macam sama sama ajer .... sawa sawa kata orang Arab hehehehhehee

Gembala Unta dengan garangnya marah kat unta unta dia ... dia kata dah nak maghrib , tapi tak reti reti nak masuk kandang!!!!!

Unta unta lepak lepak di waktu petang .....

Tibalah masuknya waktu maghrib .... kita orang ramai ramai terus sembahyang kat sini ....

Dan inilah tujuan utama datang ke ladang unta .... nak minum susu unta ..... aiiyyyoooo dia kasi aku satu mangkuk besar nih ... suruh aku abiskan ... katanya elok utk tenaga dalaman lelaki ... hehehheheheee ....

Saturday, July 19, 2008

Alhamdullilah ...

Alhamdullilah, akhirnya aku telah dapat Iqama aku, dah buat account bank ... dan ada Driver License dah ... so aku rasa dalam ramai ramai kawan kawan aku yang datang ke Yansab nih, aku adalah di antara orang yang paling lama nak dapat Iqama .....

Apa apa pun ... Alhamdullilah ... kerana aku dah dapat dah ... and sekarang ni aku tengah nak apply for Family Residence Visa lak untuk isteri dan anak anak .... and Insya Allah, semuanya ini akan selesai sebelum akhir bulan nih .....

Maka Terimaaaalllaaaahhhhh ......................................

Inilah rupa Iqama, Bank Card (iya aku buka account ngan ala ala macam HSBC ler kat malaya ...) dan Driver License ... aku rasa nak buat Driver License kat Saudi ni senang sikit compare waktu aku kat Sudan dulu ....

Aku ni hairan bin ajaib ler jugak bila tengok benda nih ... so ala ala bahasa arab ku yg boleh lepas lepas batuk ayam tuh ... aku tanya ler ... buah apakah ini???? Maka di jawabnya .... "TAMAR HINDI" Then aku tanya lagi dari mana datangnya buah ini ..... "Indonesia!" Aiiyyyyooooo aku ni mati mati ler ingat Buah Keranji ni datangnya dari Tanah Arab ... rupa rupanya , buah keranji, di panggil tamar Hindi ni memang asal dari tempat ku juaaaaaa .... Rindu lak kat Malaya kaaannn

Penjual kacang / jajan ni akan datang ke Masjid kawasan aku pada setiap hari Ahad .... so kalau aku nak beli kacang ker apa ker (Ooo iya aku dapati orang sini suka makan kuaci jugak!!! Tapi dia orang bukannya pandai pun ... siap kunyah ajer kuaci tuh!!!!!) aku akan pastikan aku bawak wallet aku bila ke masjid utk berjemaah ....

Sam K .... dia ni adalah Jockey terkenal dari Johor (Bukan Jockey yang angkat kereta tuh ... atau Jockey kat Disco disco tuh) ... ini Jockey naik Kuda ... so kat Yanbu, dia ngan Nazir jadi ahli club Equastrian kat sini ... ala ala kehidupan ala Expat ler dia orang nih!!!

Ni waktu aku nak ambik Driver License aku kat Ballad, kita orang terjumpa ler bebudak muda nih (anak ikan????) ni jalan jalan lenggang lenggan kangkung orang melayu tengah tengah panas bandar Yanbu ... kita orang memang dah agak , mesti anak Malaysia nih ... memang sah dah sahih .... dia orang adalah bakal bakal Doktor yang sekarang sedang belajar di Mesir ....


Sebab dia orang ramai sangat, so aku tak ambik pun nama nama dia orang ... cuma ada dua orang nama ajer dalam senarai aku .... nanti apa apa kalau dia orang dah sampai , sure dia orang akan tgk BLOG ni kaaannnn



Dia orang datang ke Mekah / Madinah sempena cuti musim panas untuk buat umrah ... baru selesai ler tuh ... sebab tuh ler masing masing ala ala DOGOL kaaannn .... anyway, patut dia orang dah balik naik feri ke Mesir , tapi Feri tuh overbook .. so dia orang kena ler tinggal ... dah rezeki dia orang nak jumpa aku kaaannnn hahahhahahahaa

Ini ler Budak MTBE yang ada assignment kat Natpet ... so kali ini dia orang buat Umrah jugak ... since dia orang pun dah nak balik malaya dah nih ... ala ala posing posing ayu ler kat Juhfah ...Miqat kita orang kaaannn ...

Kita orang selalunya bertoilak dari Yanbu sebaik ajer selesai kelas bahasa Arab pada hari Rabu (Tapi tu janji ajer ler), selalunya dalam kul 11 lebih baru nak bertolak dari yanbu ... so sampai kat Juhfah dah nak dekat kul 1 lebih pagi .... memang ngantuk!!!

Inilah mereka mereka tuh ... ada gak termasuk bebudak Yansab and dua orang driver bebudak MTBE tuh ....
Nashrun dan Zikri ... Zikri kali pertama buat Umrah ... baru datang ke Yansab .... semuanya suka sebab alhamdullilah, amat mudah bagi kita orang untuk menjadi tetamu Allah di baitullah ... Alhamdullilah ......

Bila kita orang sampai Mekah ... selalunya dah nak dekat masuk subuh ... so ada yg tawaf dulu atau ada yg tunggu Subuh dulu ... apa apa pun, apabila setelah selesai semua urusan Umrah (Tawaf, saie dan tahlul), perut pun mula lah terasa lapar ... maka aku selalunya akan pergi cari kedai kedai bangla atau India untuk beli makanan .....

Ini adalah Roti Peranta Chittagong!!! Aku suka walaupun berminyak yang amat sangat ... rasa macam roti canai gak .... tapi aku rasa yg ini lebih sedap kot ... mungkin sebab hawa Mekah kot!!!




Demonstrasi macam mana dia tebar dan masak roti tersebut ... semuanya happy kaaannnn
Kalau dah makan roti tak sah ler tak ada kari dia kaannn ... tapi aku dah pergi dua tiga kedai, pasti ada jual KARI KAKI KAMBBIINNGGG ... aiiyyoooo sapa yg tak biasa , harap maaf ler , jangan ler cuba nak makan ... sebab hamis kambing dia kuat sangat ... aku memang ala ala slightly off ler kalau bab kaki kambing nih ... yang lain lain OK!!!! Kari dia orang memang NUMBER ONE!!!!!!

Typical pemandangan kalau nak masuk waktu Zohor ... terik matahari tidak membantut semangat mereka untuk bertawaf dan sembahyang di dataran Kaabah ....

And MOTIF???? Iyaaaaa ... aku telah beli/buat cermin mata baru ... yang mana di panggil TRANSITION gitu ... ala ala bila panas, dia akan gelap dan bila masuk dalam dia akan cerah ... I liiikkkeeeeee!! Harga SR 800 buat kat Bugshan ...(Tapi aku dah buat kat Magribi , kena SR 1,750 ... tak ambik pun lagi .... tapi sayang ler sebab aku dah bayar deposit SR 500!!! menyesal pun ada!!!!)

Iya ... tak salah lagi ... Tan Sri Yusof Nor ... orang kuat FELDA .... since ni kan Mekah ... so aku ada ler lite lite chit chat ngan dia .... cara dia bercakap , memang sound so inteligent (Of course ler kaaannnn!!!) ... Siap ciate ngan aku pasal ala ala economic situation of Saudi lagi ... aiiyyooooooo ... lain ler kalau dia cite pasal GangStarz ker.... Pasal AF6 pergi GoldCoast ker, boleh ler aku ala ala semangat kaaaannnnn hehehehhee

Aku makan nasi daging kari ... and now dia dah taruh lak sayur ... and ada sjugak sambal belacan .... overall, aku memang suka Kari FELDA nih .....

Ini adalah pemandangan yang typical apabila selepas solat fardhu ... manusian berpusu pusu nak keluar dan juagk berpusu pusu ala ala dah tak sabar nak masuk .... dan ada jugak ala ala very TERPAKU and TERPEGUN which cause semuanya JEM!!! So macam mana kita nak atasi nih eh ... kalau bulan puasa atau musim haji, nak keluar dari masjid selepas sembahyang Fardhu, amat seksa sekali ...

Ini pemandangan di luar lak ... selepas Jumaat ....

Dan Inilah Abu Azfar .... Atau Hj Hanifiah ..... dia banyak membantu aku sewaktu aku di Yansab nih ... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas nya ... Thanks for being there for me ....