Tuesday, July 22, 2008

Fadhail (Kelebihan) Zam Zam

Bebaru ni aku dapat email dari Rafei bertanyakan betul ker Air Zam Zam tak boleh di jual gitu ... pass tadi bila aku baca dalam CHAT BOX, dia tanya lagi kaaaannnn .... Aiiyyooooo Rafei, I datang sini ni, I jadi Al Muhandis Mukhattit di Yansab gitu bukannya ala ala ambil Syariah gitu hahahaha

Apa apa pun, kalau orang dah mintak tolong, kita kena ler usahakan , betul takkkkk? Since aku pun kannya An Alim dalam bab bab nih .... aku cuma salin ajer apa yg aku baca .......

Maka Terimaaaaalllaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh ................................

Apa apa pun, tulisan tulisan di bawah mengenai kelebihan Air Zam Zam telah di petik dari buku Makkah Al Mukaraamah - Kelebihan dan Sejarah ... Di sunting oleh Abdul Basit Bin Abdul Rahman M A Madinah .... aku suka akan buku ni , sebab dia gabung semua .... and penulis dia adalah orang Malaya .... and buku ni aku beli kat Mekah , di Al Bait Shopping Center ngan harga SR 22 .... I llliiikkeeeee ....

(Keterangan Gambar - Aku dah duduk dua bulan dah di Yanbu nih ... so ni adalah botol botol air zam zam yang aku telah minum selama aku duduk kat sini !!! Alhamdullilah ... mudah dan berkat sekali nak dapat air zam zam nih . Harga sebotol air nih di jual pada kadar SR 10 ... tetapi aku pernah beli dia letak harga SR 15 !!! )

Zam Zam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air air lain. Di bawah ini dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut di dalam hadis hadis Nabi SAW. Antaranya ialah :

1. Zamzam merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah)

(Dia ada tulis ler hadis tuh dalam tulisan Arab kannnn ... tapi aku ni tulis Arab lemah ... so tak leh ler nak tulis yaaaa)

Maksudnya: "Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air Zam Zam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit" (Pass tuh dia ada tulis di rujuk dari sumber mana ...)

(Keterangan Gambar - Satu botol untuk aku tuang dalam botol kecil dan di simpan dalam Freeze ....)

2. Zam Zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Abu Zar (Jundub Bin Junadah) Al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasullah SAW dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu Rasullah SAW Baginda bertanya kepadanya:"Sejak bila kamu berada di sini?". Jawabnya : Semenjak 30 hari yang lalu. Rasullah SAW bertanya lagi: "Siapa yang memberi kamu makanan?". Jawab Abu Zar: Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zam Zam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar. Sabda Rasullah SAW :

(Tulis Arab)

Maksudnya : "Sesungguhnya Zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan)". (pass tuh ada dia kasi rujukan dari mana dia dapat nih)

(Keterangan Gambar - Inilah botol Air Zam zam aku .... dingin dan menyegarkan ... and memang ianya boleh mengenyangkan ... aku kekadang tak breakfast ... cuma minum air zam zam sebelum gi kerja ... rasa macam biasa ajer!!!!)

3. Zam Zam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah).

Sabda Rasullah SAW:

(Dia tulis dalam tulisan Arab)

Maksudnya : "Air Zam zam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan Izin Allah)" (pass tuh dia buat rujukan dari mana dia dapat)

(So itu adalah antara Kelebihan (Fadhilat) Air Zam zam ... and kalau nak baca lebih lanjut ... dia senaraikan 18 items ... kena ler beli buku ni dan baca sendiri kaaannn ... kalau tak nanti aku kena saman lak ..... )

Dan Rafei utk menjawab soalan kau ....

Muka Surat 57 hingga 58 - di bawah Tajuk Beberapa Hukum yang berkaitan dengan ZamZam,

4 . Kebenaran membawa Zam Zam ke seluruh pelusuk dunia.

"Nabi SAW telah menghantar sepucuk surat kepada Suhail Bin 'Amr yang berbunyi:"Jika suratku ini sampai kepadamu pada waktu malam, maka janganlah kamu lengahkan sehingga waktu pagi atau jika ia sampai pada waktu pagi janganlah kamu lengahkan sehingga waktu petang untuk menghantar air ZAM ZAM kepadaku" (rujukan dari mana Hadis ini di ambil)

"Saiyidina Aishah pernah membawa air Zam Zam di dalam botol dan beliau memberitahu bahawa Rasullah SAW telah membawanya di dalam bekas air. Baginda menyiramnya ke atas orang yang sakit dan menyuruh mereka meminumnya". (rujukan dari mana hadis ini di ambil)

Berkata para ulama: Sebab dibolehkan untuk mengeluarkan air Zam zam daripada Tanah Haram ialah kerana air Zam Zam akan bertambah dan tidak berkurang. Sebaliknya tanah dan batu tidak boleh dikeluarkan (menurut mazhab Syafi'ie) kerana ianya tidak bertambah. (dia kasi rujukan)

Banyak lagi kelebihan dan hukum yang berhubung dengan air Zam Zam. Untuk keterangan lanjut mengenainya sila rujuk kitab Fadhlu Ma-ie Zamzam dan kitab kitab lain.

Maka itulah di antara petikan yang aku tulis dari buku Makkah Al-Mukarramah - Kelebihan dan Sejarah .... nak tau lebih lanjut, sila dapatkan buku ini dari kedai kedai yang berhampiran .....

Wallahu Alam .....

2 comments:

  1. Anonymous7:21 AM

    Salam En.Ghazali,

    Saya pun ada buku ni..ada saudara angkat yg tinggal kat Mekah kirimkan bersama satu lagi buku sejarah Madinah.Bagus baca buku ni..bahasa pun senang faham.

    Cik PA

    ReplyDelete
  2. Cik Pa;

    Iyaaa memang betul ... saya pun suka buku nih ... memang senang and ada banyak benda yg kita boleh timba ... pass tuh cara dia lak tak membosankan ...

    ReplyDelete