Kita bersambung cerita pasal bulan Ramadhan di Tanah Suci ... Selain dari Terawih di Mekah dan Madinah, Berbuka Puasa, Jumpa Artis dan kawan lama, Kursus Haji dengan Daud Che Ngah, kami di YANSAB juga bertuah kerana kebetulan tahun ini Syarikat declare Cuti Raya pada akhir Ramadhan ... and kebetulan jugak Hari Kebangsaan Saudi jatuh sehari sebelum cuti Raya ... jadi dengan mengambil sehari ajer cuti, aku sudah dapat bercuti lebih dari 10 hari pada Akhir Ramadhan dan Raya tahun ni!!!!!
Alhamdullilah juga sebab Hj Rosehaizat, Zanudin Ahmad dan aku (kan semuanya ex-OGP tuh) kita orang dapat bilik di Ar Rawasi Hotel , tak jauh dari Al Haram. Tapi harga untuk 10 hari terakhir Ramadhan tuh ... masya Allah .... Tabarakallah .... tak payah cite ler kan .... tapi di sebabkan nak mengejar rahmat dan keberkata Ramadhan di Masjidil Haram ... semua nya sanggup.
Maka Terimalaaahhhhhhhhhhhhhhhhh ...............................
Afiq dah biasa apabila suruh bergambar, pasti dia akan ala ala tersengih nampakkan gigi .... macam Ayah dia jugak!!!
Waktu kami sampai sampai Mekah, hari dah lewat malam , dalam kul 1 pagi tuh ... orang pun tengah start sembahyang tahajjud dah ... sampai hotel, beli makanan untuk Sahur kemudian suruh bebudak semua duduk kat hotel dan tidur sebab senang untuk kita orang nak buat Umrah ... sebab waktu ni orang agak ramai mengerjakan Umrah. Ntah Macam mana , Afiq lak meragam tak sudah sudah ... tak nak tidur dan pelbagai ... akhirnya , aku dukung dia ajer ... kami buat tawaf dan saie ... sambil aku dukung Afiq ... aiiyyyoooo manja punya pasal ... anyway, selepas Subuh nak balik ke Hotel, aku pujuk Afiq untuk "botakkan" kepala sebab aku kata dah buat Umrah elok botakkan kepala ... pass tuh ni di Mekah ... terus dia nak ... hehehehehee
Inilah hasilnya ..... dua orang budak botak ... aku dan Afiq .... hari hari dia tanya kat aku, dia botak kepala kat mana .... kenapa aku botak and sebagainya .....
Kalau aku kat Yanbu nak ke Mekah tuh ala ala macam 3 jam ajer kan ... ni kawan satu University aku nih ... sanggup datang dari Doha nak ke Mekah untuk menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan di Mekah .... so kita orang sempat ler borak borak sambil mengimbau kenangan silam sewaktu kami di GOLDEN , COLORADO ..... kawan kawan kami yang belajar sama sama kat sana pun dah lama kami tak berhubung .... sebab masing masing ngan agenda dan hala tujuan masing masing .... yang tinggal hanya sebuah kenangan ... Kenangan yang Indah .....
Gambar ni bukannya pasal Mamat Bangla ni telipon ... ooooo tidak .... gambar ni aku nak ceritakan scenario lazim sewaktu aku nak ke Masjid samada sebelum Asar atau sebelum Maghrib ... orang akan buat sedekah jariah dengan membahagikan paket paket makanan, buah buahan dan air minuman .... tapi sedihnya .... hilang rasa malu dan sebagainya ... mereka mereka ini berebut rebut dan yang perempuan tuh ada yang menjerit jerit .... satu scenario yang ama menyedihkan .... perhatikan betul betul kat bahagian belakang gambar nih!!
-->
Aku perhatikan apabila tiba bulan Ramadhan, orang orang tempatan akan berebut rebut untuk mengerjakan Umrah ... ini adalah berdasarkan kepada dua Hadis Sahih yang tertera di bawah nih ....
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang wanita dari Madinah: “Apa yang menghalang kamu dari mengerjakan Haji bersama kami?”
Wanita tersebut menjawab: “Kami mempunyai dua ekor unta. Suami dan anak saya menggunakan seekor dan seekor lagi untuk tunggangan ahli keluarga yang lain.
Rasulullah SAW kemudian memberitahu wanita tersebut: “Apabila bulan Ramadan tiba, pergilah mengerjakan ‘umrah, kerana ‘umrah di bulan ramadan adalah seperti menemaniku mengerjakan Haji.” [Sahih al-Bukhari (1764)]
Wanita tersebut menjawab: “Kami mempunyai dua ekor unta. Suami dan anak saya menggunakan seekor dan seekor lagi untuk tunggangan ahli keluarga yang lain.
Rasulullah SAW kemudian memberitahu wanita tersebut: “Apabila bulan Ramadan tiba, pergilah mengerjakan ‘umrah, kerana ‘umrah di bulan ramadan adalah seperti menemaniku mengerjakan Haji.” [Sahih al-Bukhari (1764)]
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Atha, dari Ibnu Abbas, ia berkata, Rasulullah saw. bertanya kepada seorang wanita dari Ansar, di mana Ibnu Abbas pernah menyebutkannya, kemudian lupa, kata beliau: Apa yang menghalangi engkau pergi haji bersama kami? Wanita itu menjawab: Tidak ada yang menghalangiku, kecuali karena dua unta kami. Suami dan anaknya pergi haji dengan mengendarai seekor unta dan yang seekor lagi ditinggal untuk diurus, maka aku mengurus unta itu. Beliau lalu bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji
Kalau aku tak berbuka sesama family, aku akan make sure aku berbuka kat depan Kaabah , di dataran Tawaf .... seronok berbuka kat sini ... sebab boleh tengok orang ... orang ramai nya tak yah cakap ler ...
Ini adalah antara typical juadah berbuka di dalam Masjid Haram .... Air Zam Zam dan Kurma ... sebab dia tak nak kasi bawak masuk makanan , nanti kotor ler masjid kaaaannnn ... dan ada satu notice aku baca dia kata ini Masjid bukannya Restaurant hehehehhehehehehe
Ini kalau ngan family , aku akan berbuka puasa di luar dataran masjid ... datang awal, bawak carpet and bentang and duduk ramai ramai berbuka .... walaupun dia tak kasi bawak makanan dan minuman, tapi masih boleh lagi di seludup bawak masuk walaupun dia kawal kat depan sana hehehehehhee
Inilah betapa ramainya orang berbuka puasa .... ni di ambil waktu hari ganjil , yang mana terawih pada malam genap ... sebab kalau malam genap, orang tak beberapa ramai compare ngan malam ganjil!!!
Inilah orang berpusu pusu nak balik ke hotel masing masing .... gambar nih anak aku ambil dari tingkap bilik hotel .... waktu terawih aku tinggalkan anak anak bermain main di dalam bilik ajer ... sebab kalau bawak nanti susah kita nak beribadah ... sebab waktu terawih agak lama .... Imam akan leads sembahyang terawih sebanyak 20 rakaat untuk menghabiskan Satu Juz Alquran (kekadang lebih sebab dia nak khatam Quran pada malam 29 ajer)
Dalam kul 1 pagi lak, Imam akan leads sembahayang Malam , ataupun Tahajuud ... and surprisingly , untuk fahaman Wahabi nih, dia orang kata Sembahyang Sunat Taubah dan Sembahyang Sunat Tasbih adalah BIDA'AH .... mmmmm no wonder dia orang buat Qiyamulail hanya Sembahyang TAHAJUD sahaja untuk 10 rakaat .....
Walaupun di Mekah, tetapi aku terpaksa jugak ler beli baju raya untuk anak anak ... nak raya kaaaaannnn ..... Baju baju di sini agak branded and imported dari UK ... price taq dari UK pun dia tak buang lagi .... so faham faham ler kalau dah import dari UK tuh ... harganya pun ala ala UK mari jugak ler !!! Dan baju spiderman nih adalah baju favorite Afiq ....
Sembahyang Sunat Aidil Fitri ... hehehehhee untuk kali ni, aku hanya dapat sembahyang di atas jalan raya sahaja!!!! Sebab nya dalam kul 4.30 aku turun hotel, orang dah penuh duduk sampai ke depan hotel kami!!!!
Di sini sembahyang raya dilakukan selepas 20 mins masuk waktu Syuroq. Bukannya kul 8 pagi !!!! Sebab ada yang nak gi sembahyang raya ... ala ala orang semua dah balik gitu kaaaannnn!!!!!!
Sebab atas jalan raya kaaannn ... so ramai yang berdiri sementara menantikan masuk waktu nak sembahyang raya .... ni lepas subuh .... orang ramai , tak payah cakap ... datang sendiri dan saksikan ler hehehehehhehee
Petang raya ... aku bawak anak anak pergi ke Mall and main main ... abis nak jalan ke mana ??? Kat Mekah mana ler ada sedara mara gitu !!!
Dan pada hari raya kedua, aku bawak family pergi jalan jalan di Jeddah ... dan kali nih kita roang duduk kat Intercontinental Jeddah ... atas nama Nazir ... dapat discount yg banyak ....!!!! Cuma perlu bayar SAR 300 sahaja ... and bilik dan facilities tak payah cakap ler ... cukup selesa ....
Semuanya suka dengan katil yang empuk dan bantal bantal yang banyak serta empuk!!!!
Posing posing kat kawasan hotel
Malam hari kami ke makan kat tepi laut Merah ... pass tuh shopping shopping kat Red Mall sea, pass tuh , tengok bunga api , pass tuh jalan punya ler jem teruk ... sampai ke hotel semula nak dekat kul 1.30 pagi!!!!!
Anak anak di kawasan / lobi hotel ....
Dia pun ada swimming pool
Bebudak ler seronok , sebab dapat mandi kolam pelbagai!!!
Balik dari Jeddah , pergi ke rumah Zuraili, dia ada buat makan makan raya ... pass tuh tak berapa lama lak, kami lak buat open house jugak ... Aisyah ler yg tolong , abis sapa lagi kannnn
Dan tak lupa juga bergambar / pose untuk raya .... tapi ni dah raya ke berapa dah !!!! Pose tetap pose !!!
Menunya tak banyak ... sebab sorang ajer yg masak kaannn ... Ada pulut Kuning, and aku jugak telah minak kekawan nasi Impit segera and mintak jugak Sulaiman tolong buatkan Nasi Impit dalam 2 talam gitu!!!
Rendang daging dan kuah Spaghetti .....
Antara para tetamu yang hadir .....
Kanak kanak tetap bergembira walaupun di mana ....
Tetamu yang hadir ...
Kaum Ibu ....
tetamu yg hadir apabila nak balik, kasi duit raya lagi ..... since Iman dan Afiq tak tau apa apa, duit tuh Aisyah yang kira and simpan!!!
salam ukhuwah, nice info.. nice family juger..
ReplyDeletekawan uni u tu yg dtg dr doha masa ramadan tu, ala2 familiar gitu. awat tak tulis nama dia? siapa kah gerangannya? mayb it's a the same fren i used to know many2 yrs ago... or pelanduk dua tak serupa? hehehe...
ReplyDeletesalam kenal...teringin ke Tanah Suci..tetapi tahap kesihatan tidak mengizinkan..mungkin ingin menunai umrah dan pilih masa yg tidak ramai org...harap tercapai la impian InsyaAllah
ReplyDeletesalam...bestnya ke sana...teringin ke sana tapi belum ada rezeki....doakan la ye..
ReplyDeleteen_me;
ReplyDeleteSalam Ukhwah sama dari sini ... terima kasih kerana sudi singgah ...
Anon:
Nama dia AZHARI OTHMAN ...orang Penang ... kita orang sama sama kat CSM di GOlden dulu ....
Ann;
Insya Allah ... Saya berdoa agar Ann menjadi Tetamu Allah dalam masa yang terdekat ni ....
Arsaili;
Insya Allah ... Mudah Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan saudara and menjemput saudara menjadi Tetamu Nya ...