Pada minggu lepas, sewaktu selesai urusan aku di Ballad, aku telah singgah di Pasar Ikan nak membeli ikan (abisss, tak kan ler nak beli kereta kot kan pasar Ikan kaaann) .... Mula mula ingat nak ambik gambar gambar di sekitar pasar ikan, tetapi ..di sebabkan cahaya mentari yang agak menyilau, aku tak jadi ler nak ambik gambar ....
Dan on the way aku nak balik ke RC semula, nampak ler this OLD TOWN yang agak menarik, so aku pun U-Turn and mula ler mengambil gambar ....
Setelah selasai ambik gambar .... POLIS telah menahan aku kerana katanya aku telah melakukan suatu kesalahan sebab ambil gambar berhampiran dengan pejabat pemerintah!!! Alhamdullilah tak kena apa apa .... cuma sessi bersoal jawab ajer ... suspen gak .... iyaler ... ni kan negeri orang ....
Dan minggu lepas juga ada fenomena SMILING MOON di Malaysia ... yang mana di Saudi kita hanya nampak jauh jauh gitu smiling nyer .... ianya kerana BULAN, JUPITER dan VENUS berdekatan dan membentuk macam mata dan mulut tersenyum .....
Maka Terimalaaaaaaahhhhhh ......................
Inilah susunan Bulan, Jupiter dan Venus ... yang mana kalau di Malaysia ianya akan terbentuk macam Smiling Moon gitu ... and mengikut ahli astronomers, fenomena ini akan berlaku setiap 5 tahun sekali ... itupun kalau nasib baik cuaca cerah dan tak berawan ... kalau tak, susah nak nampak!
Tinggal moon ajer lagi keesokkan harinya ... Jupiter dan Venus dah ada kat bawah lak ....
Kalau sebelum nih, aku cite, pokok kangkung yang di tanam dah boleh makan dah ... minggu ni aku tengok pokok kangkung tuh dah berbunga lak ....
Dan buah delima ni pun makin membesar ... tapi tak tau ler samada minggu depan ada lagi ker tak ... sebab aku dah nak ke Haji , and Tuan rumah sebab cuti sekolah ada duduk kat Cabin belakang tuh ... and sesapa yang ada di Saudi ni, bila sebut anak Arab ... dia orang rasa anak anak di Malaysia tuh ala ala very the DOLL DOLL belaka kalau di compare ngan anak anak Arab kaaannn .... so tak tau ler nasib kau wahai si Delima ....
Sampai ajer ke kawasan OLD TOWN tuh, kerja kerja meruntuh dan membina sedang rancak berjalan .... pekerja pekerja sini ramai orang Mesir ... mereka menyambut mesra kedatangan aku .....
Dan mereka ini merebut rebut menyuruh aku mengambil gambar dia orang ... eh aku ke sini nak ambil gambar kau orang ker atau bangunan lama???
Kalau aku tak ambil ... dia orang jerit jerit panggil , takut takut aku lupa akan dia orang kot ... so ada gak yang aku cuma ala ala ambik tapi tak ambik ... sebab malas ler kaaaannnn bukannya ala ala fotogenik pun .....
Orang tua ni siap jadi "guide" aku ... bawak aku naik ke atas dan pelbagai .... tapi kan tengah construction, aku pun ala ala ngeri gak ... sebab semua safety aspect dia orang take it easy gitu
Muka macam garang .... tapi suruh orang ambik gambar ... so macam mana tuh????
Inilah deretan bangunan lama yang hanya tinggal tapak sahaja ....
Bangunan yang dahulu megah berdiri kini hanya menanti tika dan waktu untuk sujud ke bumi ...
Seni bangunan Arab ni agak menarik dan jika diperhatikan, mereka memberi tumpuan kepada tingkap, jenang dan pintu .....
Lama dan baru ... tetapi semuanya bakal di robohkan .....
Tingkap yang dahulunya so called VIEW FROM MY WINDOW ..... dah tinggal kenangan ..
Semuanya akan di robohkan untuk make way kepada bangunan baru ....
Yang tinggal hanya kenangan ... (Eh aku ada ker kenangan kat sini???)
Menara Masjid ni di kawasan berhampiran ....
Pohon kurma tetap ada kaaannnn
Tingkap yang indah di ukir ....
Batu batan jenis lama ....
rumah siapakah agaknya dulu ni kaaannnn ....
Kayu kayu yang digunakan masih bagus dan kuat lagi
Agaknya dulu di lorong lorong ni ler bebudak berlari lari ....
Landmark Yanbu dulu ....
Bahagian depan yang dah dicampur lama dan baru ...
Bahagian depan
Apa apa pun ... semuanya kini tinggal sebuah kenangan (yang mana aku tak termasuk dalam memori itu) ... dan mungkin ini adalah gambar gambar yang terakhir sebagai bukti dulu wujudnya bandar Yanbu lama ... sebab selepas ini, bangunan bangunan baru akan mengantikan nya ....
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
mesti bangunan bandar baru lagi chantekkks.. kannns
ReplyDeleteSaya nak gambar bulan tu ji! Hari tu nak ambik, tapi camera sy camera murah gitu... Dan terpikir pulak, mungkin Hj Ghaz ada ambik!! Tup2 keluar kat blog. So nanti tlg save dlm pendrive ye!! Sy ni ada minat sikit dlm bab2 astronomi. Kalau rajin, pergilah blog sy ada satu link 'Astronomy picture of the Day'... gambarnya semua cantik2...
ReplyDelete