Wednesday, May 13, 2009

Ultraman TIGA di MEKAH

Ultraman TIGA ... itulah character yang paling di minati oleh Anak aku, Akmal Syafiq. Dan aku rasa , kalau kat YOUTUBE tuh, dah puas dah aku tengok semua video yang berkenaan dengan ULTRAMAN TIGA

( Iyaaaa ... Afiq hanya minat pada ULTRAMAN TIGA , tidak DYNA, Tidak TARO dan tidak juga pada yang lain lain ...)

Disebabkan ada DVD Ultraman TIGA, maka pagi petang siang malam ... asyik ULTRAMAN TIGA ajer ....

(Aku nak jugak tau apa makna TIGA dalam Bahasa Jepun ... sebab bila di alih bahasakan, TIGA tetap disebut TIGA jugak, baik dalam bahasa Jepun, Melayu ataupun China)

Maka Terimaaaalllaaaahhhh .....

Ultraman ala ala dah ready nak transform ..... walaupun dah lewat malam ... and ala ala badan pun dah penat ...

TIIIGGGAAAAAAA .........

Sambil pejam mata pun tetap ULTRAMAN !!!

Mula mula dia tak perasan kita nak ambik gambar dia ......

Then bila dia dah perasan yang kita ambik gambar dia, makaaaaaa muncullah Ultraman TIGA di lantai satu, Masjidil haram sementara menanti waktu Asar ...

Bersama sama kaum family ... tapi Ayah dia tak jadi ULTRAMAN TARO pulak hehehehee

Ultraman Tiga pun ada datang ke YANBU RC ... suruh ler bergambar, pasti aksi ini bakal muncul!

Pelbagai pose oleh Ultraman Tiga ....

Ultraman TIGA senantiasa ada .....

Senyuman Ultraman TIGA buat semua ....

Tuesday, May 12, 2009

Kalau ke Madinah

Pasti ramai yang telah tahu tentang sejarah Islam yang mana setelah wafatnya Baginda Rasullah SAW, ada ler kalutan mengenai siapa yang bakal menerajui tompok pimpinan orang Muslims. Dan bagaimana Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menangani issue ini dengan baiknya.

(Alangkah baiknya kalau pemimpin pemimpin Malaysia membaca sejarah ini dan mengambil iktibar darinya ....)

Maka Terimalllaaaaaaaahhhhhhhhhh ..........

Inilah lokasinya SAQIFAH BANI SA'AD... di mana tempat Kaum Ansar lepak lepak. Lokasinya berhampiran dengan Hotel Movenpick ... tapi tak ada sign board apa pelbagai gitu ...


Menurut sejarah, pada hari kewafatan Baginda, suku kaum Ansar ( Bani Khazraj dan Bani Aws) telah berkumpul di sini untuk membincangkan siapa yang bakal menjadi peneraju Umat Islam. Tetapi kaum Muhajirin (yang berhijrah dari Mekah) tidak di beri tahu mengenai perbincangan ini. Apa lagi, Abu Bakar dan Umar pun bergegas ler ke sini. Terjadi lah perbalahan yang agak hebat jugak ...kerana kaum ansar mahu memilih Abu Ubaidah untuk menjadi khalifah kerana orang2 muhajirinlah yang banyak menolong rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwahnya.. Tetapi Za'id bin Tsabit satu sahabat yang agung dan juga merupakan penulis wahyu rasulullah s.a.w dengan tawadhu'nya mengatakan:" Wahai sekelian Kaum Al-ansar,sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah dari kolongan muhajirin maka penggantinya haruslah dari kalangan mereka. Setelah itu abu Bakar r.a dengan merendah diri mencadangkan calon khalifah iaitu samada Umar r.a ataupun Zaid bin Tsabit r.a.... Lantas Umar r.a berkata:"Adakah ada orang yang lebih mulia daripada Abu Bakar r.a kerana ketika baginda s.a.w sakit' Abu Bakar r.a lah orang yang dipilih untuk mengimami umat islam". Setelah itu Umar r.a terus salam tangan Abu Bakar sebagai tanda Baiyah ... ataupun mengatakan TAAT SETIANYA dia kepada Abu Bakar sebagai pemimpin Umat Islam yang baru.Lihatlah Betapa tawadu'nye para sahabat r.a. Dan inilah sikap yang seharusnya para pemimpin kita contohi. semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka. Amin.............. Maka di sini lah apa orang melayu kata TURNING POINT dalam sejarah Islam. Ada jugak yang tak puas hati, yang merasakan sepatutnya Ali ibn Abi Talib ler yang sepatutnya menjadi Khalifah yang pertama ....

Di sini lah tempatnya ... SAQIFAH Bani Sa'ad... dan bila tengok tengok balik ... mungkin Perak ambik Iktibar di bawah pokok dari sini??? Mmmmmmmm ......

Nur Qamarul ler yang tunjukkan aku di mana terletaknya Saqifah ini .... and dia jugak yang tunjukkan kepada kita orang kat mana nak makan Nasi Unta lepas tuh ....

Qamarul bersama sama dengan anak anak ... Tapi apa apa pun, Afiq tetap panggil dia uutaj tamarul ... Iman lak panggil dia ... ooooo rrrr mmm (terus keluar Bahasa Iman yang tak dapat nak aku tulis kat sini hehehehhe)

Sementara menunggu kedatang nasi Unta yang di order ....

Inilah Nasi Unta Madinah yang kami order .... sperti biasa, aku hanya makan daging nya ajer ....

Aku suka akan design Pipe Air di restaurant ini .... quite unique .... cantik!

Monday, May 04, 2009

From Malaysia - Umrah

Alhamdullilah, pada awal bulan lepas, kakak kakak ku telah selamat mengerjakan ibadah umrah. Untuk pakej dia orang, dia orang sipa pergi tour ke Egypt lagi .... dan sebab yang datang tuh adalah kakak kakak ku, maka sebelum dia orang datang, aku dah awal awal lagi kasi list barang barang yang aku nak dan apa yang dia orang kena bawak .... Iya ler .. bila lagi nak dera dia orang kan hehehehee

Maka Terimalaaaahhhhhhh ............

Dari Kuala Lumpur , mereka telah pergi ke Mesir dahulu untuk 2 hari kemudian baru turun ke Madinah. Since dia orang sampai ke Madinah waktu hari kerja, terpaksa ler aku ambik cuti ...

Apa apa pun , Afiq tetap bawak botol susu masuk masjid Nabawi !!! Kakak kakak ku berposing di hadapan Masjid Nabawi sebelum Maghrib, yang mana lepas tuh, aku terpaksa pulang ke Yanbu semula ...
Dan aku berjumpa semula dengan kakak kakak ku pada hari minggu berikutnya ... so petang Rabu aku ke Mekah dan hari Khamis kami berjumpa di Al Haram pulak ....

Aku tak pergi pun ke hotel dia orang, sebab malas nak jalan jauh hehehee ... so dia oorang yang datang ke arah hotel tempat aku duduk ... sebab kat belah belah aku duduk senang, ada banyak kedai makan dan pelbagai lagi ....

Tu dia .... siap satu beg dan satu kotak lagi barang barang kakak kakak aku bawak untuk aku dari Malaya ..... Aisyah ler tak sabar sabar nak tengok apa barang barang tersebut ....

Boleh bukak pasar malam gitu hahahahahaaa ... apa apa pun, PETAI dan KICAP tetap ada hahahahaaa ....Bunga Kantan, kerisik, baulu, tepung kek, pelembut roti dan pelbagai lagi ....

Dan tak lupa jugak ULTRAMAN TIGA yang buat masa ini dah PULUHAN RIBU kali dah aku TERPAKSA tengok!!!! Walaupun duduk kat Saudi, tapi tudung kat sini lain sikit dari ngan di malaya .... Sedap pulak CORNTOZ yang kakak aku kasi tuh ....

Sunday, May 03, 2009

Promosi - Membantu sesama Insan

Actually , dah lama dah aku nak tulis pasal sahabatku, Fadzilli ni, tapi almaklum ler .... tangguh punya tangguh ... dari dia baru kawin hinggalah ke hari ni , yang mana, dah nak dalam masa yang terdekat ini bakal menimang Cahaya Mata yang pertama ..... punya ler bertangguh kannnnn ....


Saya meminta kepada rakan rakan yang membaca lembaran ini untuk mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan Saudara Fadzilli serta isteri and mudah mudahan dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya, tinggi akhlaknya dan mulia pekertinya ... agar bayi yang bakal dilahirkan itu menjadi Insan yang soleh dan solehah serta bertaqwa kepada Allah.


Yang ini agak penting ... Saudara Fadzilli jugak telah membuka sebuah Restoran di Puchong. Dan ramai rakan rakan yang telah pergi ke sana yang amat berpuas hati dengan mutu serta rasa juadah yang di hidangkan. (Saya belum pergi lagi, cuma telah rasa masakan yang di masak personnaly oleh dia heheheheh) ... So kepada kekawan semua, marilah kita ramai ramai memeriahkan lagi restoran tersebut ...

Maka Terimallaaaaaahhhhh ............................
Peta / Lokasi Tunjuk Arah ke Restoran Baser tersebut. And Untuk pengetahuan jugak, Puan Nur Aisyah Tan adalah kakak kepada Saudara Fadzilli. Dia ini adalah PEMINAT TEGAR and SETIA Ziana Zain ... ala ala Ziana Zin Fan Club tuh macam dah sebati dengan nya ..... (Kad ni pun macam warna tema waktu Ziana Zain kawin dulu ajer kaannn) So marilah kita bantu dan sokong akan perniagaan beliau. Since kita nak membantu kan , so tak payah ler tanya samada ada discount ker tak kan kan kan .... and di restoran ini jugak ada menyediakan gulai rusa katanya .... As for the Nasi Ayamnya, memang resipi turun temurun gitu .....
Inilah sahabat ku saudara Fadzilli .... dah kawin dah .... and dah nak dapat anak dah pun ... sekarang ni tengah bercuti dan berada di Malaya untuk menyambut kedatang cahaya mata ... Apa apa pun ... doa kami agar Allah mempermudahkan segala urusan mu ....