Pasti ramai yang telah tahu tentang sejarah Islam yang mana setelah wafatnya Baginda Rasullah SAW, ada ler kalutan mengenai siapa yang bakal menerajui tompok pimpinan orang Muslims. Dan bagaimana Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menangani issue ini dengan baiknya.
(Alangkah baiknya kalau pemimpin pemimpin Malaysia membaca sejarah ini dan mengambil iktibar darinya ....)
Maka Terimalllaaaaaaaahhhhhhhhhh ..........
Inilah lokasinya SAQIFAH BANI SA'AD... di mana tempat Kaum Ansar lepak lepak. Lokasinya berhampiran dengan Hotel Movenpick ... tapi tak ada sign board apa pelbagai gitu ...
Menurut sejarah, pada hari kewafatan Baginda, suku kaum Ansar ( Bani Khazraj dan Bani Aws) telah berkumpul di sini untuk membincangkan siapa yang bakal menjadi peneraju Umat Islam. Tetapi kaum Muhajirin (yang berhijrah dari Mekah) tidak di beri tahu mengenai perbincangan ini. Apa lagi, Abu Bakar dan Umar pun bergegas ler ke sini. Terjadi lah perbalahan yang agak hebat jugak ...kerana kaum ansar mahu memilih Abu Ubaidah untuk menjadi khalifah kerana orang2 muhajirinlah yang banyak menolong rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwahnya.. Tetapi Za'id bin Tsabit satu sahabat yang agung dan juga merupakan penulis wahyu rasulullah s.a.w dengan tawadhu'nya mengatakan:" Wahai sekelian Kaum Al-ansar,sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah dari kolongan muhajirin maka penggantinya haruslah dari kalangan mereka. Setelah itu abu Bakar r.a dengan merendah diri mencadangkan calon khalifah iaitu samada Umar r.a ataupun Zaid bin Tsabit r.a.... Lantas Umar r.a berkata:"Adakah ada orang yang lebih mulia daripada Abu Bakar r.a kerana ketika baginda s.a.w sakit' Abu Bakar r.a lah orang yang dipilih untuk mengimami umat islam". Setelah itu Umar r.a terus salam tangan Abu Bakar sebagai tanda Baiyah ... ataupun mengatakan TAAT SETIANYA dia kepada Abu Bakar sebagai pemimpin Umat Islam yang baru.Lihatlah Betapa tawadu'nye para sahabat r.a. Dan inilah sikap yang seharusnya para pemimpin kita contohi. semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka. Amin.............. Maka di sini lah apa orang melayu kata TURNING POINT dalam sejarah Islam. Ada jugak yang tak puas hati, yang merasakan sepatutnya Ali ibn Abi Talib ler yang sepatutnya menjadi Khalifah yang pertama ....
Di sini lah tempatnya ... SAQIFAH Bani Sa'ad... dan bila tengok tengok balik ... mungkin Perak ambik Iktibar di bawah pokok dari sini??? Mmmmmmmm ......
Nur Qamarul ler yang tunjukkan aku di mana terletaknya Saqifah ini .... and dia jugak yang tunjukkan kepada kita orang kat mana nak makan Nasi Unta lepas tuh ....
Qamarul bersama sama dengan anak anak ... Tapi apa apa pun, Afiq tetap panggil dia uutaj tamarul ... Iman lak panggil dia ... ooooo rrrr mmm (terus keluar Bahasa Iman yang tak dapat nak aku tulis kat sini hehehehhe)
Sementara menunggu kedatang nasi Unta yang di order ....
Inilah Nasi Unta Madinah yang kami order .... sperti biasa, aku hanya makan daging nya ajer ....
Aku suka akan design Pipe Air di restaurant ini .... quite unique .... cantik!
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
nampak sedap nasi unta tu...
ReplyDeletenasi unta tu rasa macam nasi ayam yg kat mekah tu ekk??? kaler dah sama...
ReplyDeletei pun suka bentuk kepala paip tu..unik sesangat... beli satu buat souvenir balik Malaysia.. :D
Mengenai pemimpin-pemimpin ini, mereka itu tak pernah/ambil tahu mengenai sejarah Islam kita kot...Dari itu maka terimalaaaah.....padahnya.
ReplyDeleteCikgu Zainab;
ReplyDeleteSedap tuh sedap ... tapi nanti jadi mual ... tak leh lawan makanan kita hehehehe
Rush ...
Lebih kurang sama ler nasi dia . And kepala pipe tuh, kalau I ada jumpa will let you know hehehehehehe
Sadimin;
Tak tau you pun dah ada BLOG ... bila nak duduk duduk sambil minum coffee ?
cerita sejarah islam yg menarik.. salamm abang ghazz dr me dikejauhannns
ReplyDeleteSalam Abang Ghazali..
ReplyDeletePerkara inikah yang disebut dalam sejarah Islam sebagai Saqifah Bani Saadah tu?
en_me ...
ReplyDeleteTerima kasih kerana senantiasa sudi singgah ....
Indera ...
Iya ... inilah tempatnya SAQIFAH BANI SAADAH itu ....