Semalam, iaitu pada 15 May 2011, Company kami telah mengadakan majlis perpisahan , farewell party, untuk Jamal Baksh. Dia berhenti / bersara (aku pun tak faham sangat, ada yang kata dia berhenti dan ada yang kata dia bersara) setelah berkhidmat sekian lamanya ....
Majlis telah di buat di YANSAB Recreational Center kat Camp 4. Jamal ni aku kenal ler , sebab selalu bersua dan bercerita. Dia ni suka akan buah buahan tempatan Malaysia seperti Durian, Manggis, Rambutan, dan sebagainya ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Jamal Baksh ... Yang unik tentang dia ialah matanya ... matanya warna light kelabu gitu ... Ini adalah warna matanya yang asli, tanpa contact lens tau!
Majlis di buat di Yansab Recreational Center kat Camp 4. Inilah kolam renang tempat aku selalu berenang dan exercise (iya ... pada suatu masa dahulu ... aku rasa dah nak dekat setahun lebih aku tak berenang atau exercise!)
Majlis di buat secara makan bertalam ... dalam satu hidang ada 5 orang.
Iya .. mempersembahkan .... LAHAM MANDIIIIII ... adalah makanan utama!!! Aku suka part perut muda yang di pintal pintal tuh!!! Memang puas ler makan daging kambing (and kambing adalah my favorite ! Alhamdullilah)
Mula mula aku nak duduk kat sini, tapi tgk hidangan kambing dia tak mengancam , aku move kat hidangan yang di atas tuh ... hehehehehe
Nasi satu talam, ada salad dan ada yogurt serta air gas .... nikmat!!! Jemput makan yaaaa (I mean makan Laham Mandi ler ....)
Unutk pengetahuan semua, kalau di Saudi ni, tak sempurna majlis atau acara tanpa KEK! KEK adalah salah satu item yang WAJIB gitu! Baik Majlis Hari Raya, Kawin, Kegembiraan dan apa lagi (Oppsss majlis Hari jadi tak ada di Saudi heheheheh)
Allloooooo kalau SATU TALAM tuh mana ler nak habis ... tetambah lak lagi yang makan orang orang kita lak ... since aku duduk ngan Fadeli, dan ada lagi sorang Mamat dari Sudan , maka inilah lebih kita orang! Sayang sangat! Aku memang dah tak leh nak GO dah ....
Tapi jgn risau ler bab bab pembaziran nih. Sebab menurut empunya cerita, setiap kali selepas apa apa majlis sahaja, makanan yang tak habis ni selalunya di beri kepada mereka mereka yang susah ... so kira macam tiada pembaziran dalam erti kata sebenarnya ler ...
Ini adalah Mohamad Al Amoudi, kira macam boss besar aku ler .. dia ni kita orang punya L3.
Aku dan Fadeli ... kat department ni, cuma ada tiga orang anak Malaya ... Hafiz balik Malaya cuti ... so tinggal kami berdua ajer ...
Sami Sulami, one of the Engineer kat PD. (Bukan Port Dikson tapi Project Development). Dia ni kira macam cikgu Bahasa Arab aku ler. Dia begitu bersemangat mengajar aku Bahasa Arab. Dan dia akan bertutur bahasa Arab dengan aku. Dan faham faham ajer lidah pelat aku nih kaann... Asyik berlatih nak sebut hurf supaya biar betul sebutan dan makhraj huruf tersebut!
Saleh Al Harbi ni kira macam jiran aku kat Opis ler ... bilik dia ngan bilik aku bersebelahan ajer ... and kami satu department ... Dia Buat Cost Estimation dan Buat Planning. Selalu ler kita orang berbincang masalah Negara dan Dunia masa kini ....
Faris Dajam. Dia ni kalau kat PETRONAS macam HPS ler ... dan aku percaya, one day nanti , dia akan jadi orang besar SABIC, Insya Allah. Anyway, dari aku borak borak nagn dia, ayah dia Pilot so dia macam dibesarkan di California gitu ....
Ini Cashier kat Kantin Ibn Rushd. Dia ni baby face dan mempunyai Lesung Pipit!
Server kat Kantin Ibn Rushd. Dulu kerja kat Penang, so dia boleh ler faham sikit sikit Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.
Jamal bersama sama cenderahati yang dia dapat ...
Majlis potong kek selepas makan ...
Sheikh Attar .. dah berkhidmat di Saudi ni lebih dari 20 tahun!!! Dia datang dari India.
Faisal , Engineer kat PD gak ...
Salah seorang designer ... yang amat meminati CARMEN SOO ... aku pun tak kenal ... mula mula aku datang sini, dia tau ajer aku dari Malaysia, terus tanya aku kenal tak ngan si Carmen Soo nih! Allloooo ... aku ni peminat SITI NURHALIZA dan ZIANA ZAIN dan SHARIFAH AINI dan OGY dan ... Siapa itu Carmen Soo??? Magistrate ? Lawyer? ....
Another old timer ... dia dulu pernah kerja di JB dan Spore. Dan bebaru ni, dia kehilangan isteri tercinta. So skg ni dia menduda.
Eli .. salah seorang designer kat sini. baru dapat baby tapi isteri dan baby di Filipina.
Satu satunya wanita yang hadir di dalam majlis ini
Gambar beramai ramai sebelum pulang ....
Since aku dah seronok main ngan mosaic nih, maka inilah gambar gambar orang yang melayan kami pada malam itu.
Ini adalah orang orang tempatan
Bukan orang orang tempatan
Eli
Semua yang Hadir ....
Nota Kaki - Majlis majlis di sini tiada pasang lagu lagu ....
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
2 days ago
asslmkm bang ghaz,
ReplyDeletelama dah saya curik2 baca, tapi x komen..kekeke..harap family sihat walafiat..ameenn..
Contoh entry terbaik...lengkap. Bila nak sign kontrak ngan TV3...eheh~,~
ingatkan pak arab tak suke tangkap gambar2 ghitewww.. ehehe, nice bang ghazz
ReplyDeleteSalam -
ReplyDeletePak Sheikh...tengok nasik mandi...teringat2 kat Mekah & Madinah...ntah bilalah akan dijemput lagi ke sana.....
peerrgghhh nasik...
ReplyDeletemohamad al amoudi ni adik beradik ngan tariq al amoudi ke?
ReplyDelete