Sunday, August 14, 2011

Percutian Eropah - Pont A Mousson

Setelah penat melihat lihat pelbagai haiwan dari pelbagai species .... maka perjalanan kami di teruskan.

Rencana awal, adalah untuk kami stay di Frankfurt lagi. Tetapi ntah macam mana, Motel yang kami duduk tuh, aku baru perasaan dia cuma kasi tiga hari ajer .... itupun nasib baik aku perasaan. (Maklum ler Motel murah, check in pelbagai semuanya melalui mesin ajer)

Dan since ramai yang berkata perjalanan Frankfurt ke Dsineyland agak jauh ... so dengan bantuan booking.com aku telah berjaya mencari hotel yang agak reasonable di pertengahan jalan antara Frankfurt dan Disneyland .... yang mana aku sendiri pun tak tau kenapa aku pilih hotel nih dan sebagainya ....

Ala ala main terjah jer !!!

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_1537
Pont-a-Mousson ... bandar kecil yang terletak di Nancy, Daerah Lorraine di Peranchis. Since aku pun tak tau apa apa tentang bandar nih dan memang tak ada apa apa peta pun ... so aku just key in ajer coordinate dia dalam GPS yang dipinjam dari Cik F. Ntah macam mana, coordinate yg di key in tuh tersalah format ... so ala ala very very very the scary (not me ... but my wife and the kids) .... sebab dia bawa ala ala kat atas bukit and di rumah buruk di tepi ladang gitu ... exactly macam cite WRONG TURN gitu hahahahahahha.

IMG_1508
Alhamdullilah, walaupun dalam keadaan hujan renyai renyai dan dingin, kami telah selamat sampai ke Abbaye des Prémontrés ... Waahhhh nama hotel pun aku tak reti nak sebut!!! Hotel ni adalah peninggalan sejarah .... memang scary gak .... sebab tuh ler aku pun ambil gambar dia jadi ala ala scary mode sikit hehehehhee

IMG_1509
Actually hotel ni cantik sangat dia punya landscape pelbagai ... ialah di jaga rapi dan kalau nak tau lebih lanjut pasal hotel nih, boleh lawat laman web dia di http://www.abbaye-premontres.com/site_en/index.html memang macam duduk kat Istana Harry Potter!

IMG_1510
Iman pun tak sabar sabar nak bergambar ... sebab memang cantik landscape dia ...

IMG_1511
Kan hotel ni peninggalan sejarah and ala ala bangunan lama ... so konsep dia pun ala ala lama gak ler ... ada statue statues pelbagai ...

IMG_1512
Suka sangat dengan laman dia ... di biarkan bunga bunga tumbuh dengan bebas ...

IMG_1513
Terasa macam duduk kat kebun bunga lak ... seronok bermain main ...

IMG_1514
Terasa segar sangat .....

IMG_1515
Masing masing seronok bergambar ....

IMG_1517
Salah satu menara hotel nih ...

IMG_1519
Menuju masuk ke ruang lobby hotel

IMG_1521
Ruang lobby hotel di penuhi pameran pelbagai ... menuju ke bilik

IMG_1522
Bangunan bersebelahan dengan hotel nih ... anyway, pekan ni agak kecil ajer. tetapi yang surprisenya ... waktu aku ambil ambil gambar nih, nampak orang Islam. So tanya ler di mana ada kedai orang Islam dan katanya tidak jauh dari hotel , di kawasan pekan .... so aku dan Aisyah pun jalan jalan ler ...

IMG_1523
Di hadapan hotel ....

IMG_1531
Bandar Pont A Mousson terletak di tebing sungai Moselle. And hotel ni betul betul kat tebing sungai. So aku pun bercerita ler kepada Aisyah bagaimana organisasi gereja memainkan peranan pada waktu itu .... dan kenaper mereka memilih lokasi yang strategic dan accessible seperti di tebing sungai ....

IMG_1532
Cantik pemandangan bandar ni .... dan tak sangka bandar yang kecil ini mempunyai ramai warga Muslim. Mereka ni ramai yang datang dari Tunisia/Algeria/Morocco ....dan juga Turki.

IMG_1534
Bangunan Gereja lama ...

IMG_1535
Pintu gereja yang gah ....

IMG_1536
Antara pepatung di gerbang jambatan ....

IMG_1539
Kami hanya tinggal di sini semalam sahaja. Pagi pagi selepas sarapan, anak anak dah excited nak meneruskan perjalanan ke Disneyland ...

IMG_1540
Sebab nak ke Disneyland kaaann ... so semuanya suka ...

IMG_1541
Tapi tak jadi sangat ....

IMG_1542
Ni tinggi ....

IMG_1547
Dah nak jalan dah ni ...

IMG_1548
So keluar ajer dari kawasan hotel nih, aku kena tahan ngan polis, katanya aku tak completely stop ... so terbang ler 90 Euro gitu!!! Selamat Tinggal Pont A Mousson ....












5 comments:

  1. banyak teknik HDR tu dalam gambar..:)

    ReplyDelete
  2. sonoknyerr gi disneylandd tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Seronok lihat gambar-gambar yang menarik disini. Entah bila la dapat pergi ke tempat-tempat tu..

    ReplyDelete
  4. mmm...tak puas puas tengok gambar kat sini...pandainya ambil ambil edit edit gambar....BHS suka la....ti nak datang lagi kat blog ni...nak datang selalu tau....^_^

    ReplyDelete