Namun begitu ... aku juga telah berpeluang singgah sebentar di Dubai ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Memandangkan aku pun balik last last minute punya arrangement, maka aku tidak mempunyai banyak pilihan untuk pulang ke KL. Samda tiket telah habis atau harga yang ada amat tinggi ... semahal SAR 6k untuk perjalanan economy!!!. Namun Alhamdullilah, aku telah dapat naik Emirates ... Dari Jeddah ke Dubai dengan menggunakan pesawat A 380. Terasa macam agak seornok dan teruja sekali!!!
Satu tips yang aku selalu amalkan kalau naik Economy dan kalau nak kita di hidangkan makanan dahulu, kita order ler special meal ... dan aku gemar memilih SEAFOOD MEAL ... sebab seafood kannya semuanya HALAL gitu hahahahhaa ... and usually dia akan hantar makanan kita dahulu ... so tak ler terliur dengan bau bau an makanan tuh kaaannn ...
Aku rasa Emirates antara menyediakan makanan bagi kelas Economy yang agak bagus ... MAS patut mencontohinya Emirates dari segi hidangan makanan ... sebab kalau makanan kat MAS aku rasa agak stale dan tidak begitu menarik ...
Lihat ler dessertnya ... memang amat mengiurkan dan menyelerakan , walaupun kita hanya duduk di kelas Economy kaaannn
Dan dalam flight Emirates ini jugak, hidangan/sajian hiburan tanpa henti yang agak banyak pilihannya ... aku usually akan pulun CSI dan kalau dah boring sangat , dengar bacaan Al Quran yang di sediakan ... tapi kalau dulu dulu, aku akan mendengar dendangan lagu lagu dari negara Asia ...
Memandangkan flight aku transit selama lebih dari 10 jam di Dubai, maka pihak Emirates telah menyediakan penginapan Transit utk aku. Alhamdullilah. Di sediakan bilik hotel, pengangkutan pergi dan balik serta makanan ... apa lagi kaannn
Aku sampai kat hotel pun dah pukul 4 petang waktu Dubai. So makanan pertama di sediakan ialah Light Snack buat mengisi perut ...
Hotel Millineum ini adalah Hotel Emirates untuk penumpang penumpangnya yang transit bagi kelas Economy. Kalau Biz Class dan 1st Class , hotel dia lagi besar dan mewah. Alhamdullilah, semua nya aku dah rasa zaman zaman project Thar Jath dulu ....
Lokasi hotel tidak berapa jauh dari Station Dubai Metro ... so apa lagi, tanpa membuang masa, aku pun mula ler explorasi dalam masa 4 jam di Dubai ...
Tidak seperti di Saudi yang agak jauh ketinggalan dari segi pengangkutan awam (atau tiada langsung istilah pengangkutan awam di Saudi), Dubai jauh ke hadapan dari segi menyediakan pengankutan awamnya. Di sediakan pondok pondok bas yang berhawa dingin bagi keselesaan dan kemudahan orang ramai. (Namun rakyat Dubai mungkin rata rata tidak pernah menggunakan perkhidmatan ni kot heheheh)
Station Metro yang agak Futuristic designnya ... I like
Bersih, luas dan selesa station nya . Station dia juga agak terjaga
Serba moden dan serba baru system yang di gunakan.
Iya ini di Dubai ... bukannya Delhi or Bombay ...
Takkk ... mana ada I pergi kat Madras ... ni hanya di Dubai youuuu!!!!!!!
Dari station hotel tuh aku terus ke station Dubai Mall , yang mana terletak jugak Burj Khalifa ... bangunan tertinggi di dunia!
Dah nama pun bangunan tertinggi ... dan dah nama pun aku sebagai pelancung, so ala ala bangunan ni di jadikan sasaran lensa ler ...
Tengok jer ler ...
Dan lagi
Lagi ...
Lagi ...
Yang paling menarik di sini ialah pertunjukan air panjut berirama ...
Pertunjukan di adakan seawal pukul 6 dan berturutan setiap 15 mins sekali
Yang seronoknya, pertunjukkan ini tidak sama dari satu show ke satu show yang lain .. tak sama dari segi musik, dari segi corak pancutan air dan seabagainya .... itu yang buat aku ralit gitu ...
Bangunan di sekitarnya
Apabila dah malam ...
Dubai Mall ... bila aku duduk duduk kat sini, terasa macam Dubai Mall ni KLCC ... cuma KLCC kecik jer
Memang terasa macam KLCC ...
Oh ya .. di Dubai aku perhatikan waktu solat tidak kedengaran Azan , dan operasi seperti biasa ...
From earth to the sky gitu ... memandangkan masa aku agak terhad di Dubai, aku dah plan awal awal lagi utk naik ke Burj ni. So aku dah beli tiket awal awal lagi ... sebab kalau kita nak naik, kita kena tempah tiket ... harga 100 Dirham. Tapi kalau nak on spot, katanya 400 Dhs ...
Ramai pelancung datang ...
Dah sampai ... naik lif dia tak terasa pun!!!
Pemandangan malam dari Birj Khalifa
Pertunjukan Air Pancut dari atas ...
Pemandangan waktu malam dari Burj Khalifa
Dalam Mall dia , ada famous Waterfall ...
Ice skating ring
Air pancut berirama ... my all times favorite!!!!
cantiknya ....
ReplyDeletenanti dkt yanbu pun ada air pancut dkt lagoon depan movenpick tu. Bukan yg tinggi mcm di jeddah tu (tak kelas langsung) tapi panjang dan akan jadi water screen, boleh tonton movie lagi.
ReplyDeleteganbar terbaik....
ReplyDeleteSalam.good info.sy akan transit di Dubai (Amman-DXB-KL) bulan jun nanti n Emirates bermurah hati utk provide hotel -Copthorne-. Cume bgaimana dgn visa jika kita nk keluar ronda2 bndr Dubai.time kasey.
ReplyDelete