Salah satu aktiviti kegemaran dan popular pada musim panas di sini adalah berhiking. Kalau ikut google translate , hiking adalah mendaki ... tetapi dalam erti kata Hiking di sini adalah lebih kepada merentas desa gitu ...
Memandangkan musim panas kali ini jatuh pada bulan Ramadhan, jadi kami sepanjang Ramadhan tidak ke mana mana , hanya berehat rehat di rumah sahaja pada waktu cuti. Namun sebaik sahaja tamat Ramadhan, kami telah berpeluang untuk meluangkan masa pada suatu hari di hujung minggu untuk berhiking atau merentas desa.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Kami dan Azlan serta Isteri bertolak dari Calgary dan terus menuju ke Lake Moraine. Lake Moraine dahulunya pernah menjadi ikon untuk wang kertas $20.
Lake Moraine memang cantik ... tasiknya kebiru biruan adalah hasil dari mendapan glacier dan pembalikan cahaya dari dasar tasik. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh ler refer kat Wikipedia ataupun datang ke sini ...
Untuk menuju ke Lake Consolation, the trail atau denai nya adalah berjarak sejauh 4 km. Namun untuk 500 meter yang pertama, jalannya agak berbatu batan ... hasil dari runtuhan batu batu dari gunung berdekatan.
Walaupun batu batannya agak tajam, namun, telah terdapat denai denai terdahulu, jadi perjalanan agak "mudah" juga.
Inilah denai atau laluan yang telah sedia ada untuk memudahkan perjalanan.
Setelah berjalan dalam 40 minit, maka kita akan sampai ke destinasi kita ... terasa berbaloi perjalanan dan hilang penat lelah apabila melihat pemandangan yang indah.
Memang indah sekali ... dan begitu tenang sekali keadaan sekeliling kita. Namun kami terlupa untuk membawa bekal makanan ... so tengok orang makan roti , buah , kacang, semua nampak sedap sebab letih dan lapar!!!!
Sambil duduk duduk berehat menikmati pemandangan , sempat jua snap sana snap sini
Berborak borak sambil menikmati pemandangan indah
Air sungai yang begitu jernih !!!!
Eh sapa yang ambil gambar tuh?
Tak terasa masa begitu pantas berlalu ...
Kalau ada rezeki, pasti kemari lagi ...
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago