Sunday, January 06, 2013

Suatu Pagi di Auburn Bay

Bagi kita kita yang bukannya asal dari negera yang mempunyai empat musim, pasti rata rata, nak akan merasakan keindahan musim salji.  Kalau tak percaya, tanya ler rata rata kat rakyat Malaysia... pastinya ramai yang teringin melihat keindahan ciptaan Allah yang bernama Salji ...

Alhamdullilah ... diri ini di beri nikmat oleh Allah untuk merasakan musim Salji.  Alhamdullilah di atas nikmatmu ini Ya Rabb ... Terima kasih dan rasa yang amat syukur sangat di atas pemberian nikmat nikmat mu ini ya Allah ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_0093
Inilah Bendera Kawasan Perumahan kami di sini ... Bendera Auburn Bay ... Disinilah kami menyewa

IMG_0079
Pada pagi gambar ni di ambil, cuaca agak ber-foggy dan terasa amat sejuk.  Tetapi sebab baru beli camera, elok ler bawa camera berjalan jalan sambil petik sana petik sini.  Pada gambar ini, kita boleh melihat akan tong sampah berwarna hitam dan biru.  Di sini, sampah sampah perlu di asingkan kepada dua, satu sampah sampah yang boleh di recycle (yang ada simbol recycle tuh) dan satu lagi adalah kategory sampah ...  Maka pada setiap Jumaat (kawasan kami pada hari Jumaat), maka lori lori sampah akan datang mengutip sampah sampah nih.  Dan tong tong sampah perlu di letakkan di tepi jalan sebelum lori lori ini sampai.  Selalunya dia orang akan sampai agak awal .

IMG_0080
Aku perhatikan rata rata jiran jiran kami mempunyai kereta sekurang kurangnya dua buah ... rata rata mempunyai lebih dari dua buah kereta.  Namun kami tetap dengan satu kereta untuk satu keluarga hahahahhahahaa

IMG_0081
Auburn Bay kawasan baru ... jadi masih banyak lagi rumah rumah yang sedang dan akan di bangunkan.  Agak unik di sini, kawasan perumahannya tak macam kita, di mana pemaju akan membina keseluruhan rumah rumah ... namun di sini, aku dapati, pemaju hanya akan membina rumah rumah apabila ada pembeli ataupun di jangka ada pembeli ... andainya tidak, kawasan di biar kosong.  Macam depan umah aku nih, aku dah pindah enam bulan, baru nak buat lagi rumah di depan nih.

IMG_0082
Salji yang turun lembut selembut kapas ... memang indah tengok dan pegang salji salji yang turun nih ...

IMG_0083
Kalau nak tengok atau ambil gambar salji salji di atas pepohon yang masih gebu, kena turun seeolok elok selepas salji turun ... andainya ada angin yang kuat ataupun suhu melebhi takat beku ... pemandangan begini akan menjadi memory di memori card camera camera digital jer!

IMG_0084
Kalau pada malamnya snowing, maka jika bangu di pagi hari, adalah terbaik untuk merakamkan gambar gambar musim salji ... namun kena tgk jugak cuaca .. andainya berkabus macam nih dan sejuk, agak sukar jugak ...

IMG_0085
Padang permaianan ... di kawasan ini jugak telah di jadualkan tempat bas sekolah datang menunggu ... jadi pagi pagi wife aku terpaksa ler menemankan Afiq ke sini .  Begitu juga waktu balik, kena datang jemput.  Namub since Aisyah dah dalam Jr High , maka dia tidak perlukan teman ...

IMG_0086
Padang permainan ...

IMG_0087
Kawasan Townhomes ... betul betul kat belakang rumah and menghadap jalan besar.  Ada bas route 406 di sini.

IMG_0088
Dari sudut yang lain ... masih di Taman Permaianan

IMG_0089
Kalau di kawasan Taman Permainan atau Sekolah , speed limit hanya 30km/h sahaja ... patuhi kadar hadlaju anda ya!

IMG_0090
Main road di Auburn Bay ...

IMG_0091
Lagi bunga bunga Salji ...

IMG_0092
Dan lagiii ... dah tak ada dah ... patah balik rumah, sebab rasa sejuk yang teramat ....



No comments:

Post a Comment