Tuesday, January 15, 2013

Catitan Orang Demam

Hari ni aku choose not to go to work.  Rasa demam demam dan batuk.  Tak berapa sehat.  Di sini, tidak ada system MC, so kalau demam/sakit and nak time off, kena utilised cuti yang ada ... (Memang dia dah masukkan sekali)

Since duduk rumah rehat rehat, aku nak update update BLOG nih dengan cerita ....


Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_0114
Maka pada suatu pagi Sabtu, kami dan Keluarga Shaikh Jamil bersama sama telah mengembara ke BANFF .  Kami dalam rangka untuk bermalam di sana, sambil bermain main ski di Mount Norquay Resort.  On the way nak ke Banff, kami berhenti sejenak sahaja di sini ...

IMG_0115
Sambil menunggu Jamil clearkan frost di keretanya, aku snap snappy gambar di kawasan yang kami berhenti ini ...

IMG_0116
Di sini ada tasik ... dan kat seberang tasik ni ada macam kilang ... it really reminds me of exact spot kat Highway PLUS ... kat Taiping tuh ....

IMG_0117
Boleh nampak kilang tersebut.  Kalau di PLUS highway tuh, aku rasa Kilang Semen kot ... tapi memang tempat ini mengamit amit akan kenangan atau pemanadang di PLUS Highway ...

IMG_0118
Cuaca pagi agak berkabus dan berawan ... so tidak dapat ler awan biru ...

IMG_0119
Oh ya ... aku tidak ambil langsung gambar gambar kat Mount Norquay ... sebab agak leceh nak bawak camera dan sebagainya ... namun, Jamil ada ambik beberapa keping ... nanti aku uploadkan ...
Ini pemandangan pagi di Banff ... pagi pagi aku bangun dan jalan jalan kat kawasan nih ... memang indah ...

IMG_0120
Since sekarang ni waktu winter, jadi terbit mentari agak lambat ... dalam kul 8 lebih pagi ... so boleh tgk sinaran kemerah merahan rona rona cahaya mentari pagi .

Sinaran Suria Pagi
Suka sangat akan sinar mentari pagi.

IMG_0128
Pekan Banff di pagi hari.

IMG_0134
My favorite Mountain View

Banff ... Di Pagi Hari
Banff Di Pagi Hari.

Sunday, January 06, 2013

Suatu Pagi di Auburn Bay

Bagi kita kita yang bukannya asal dari negera yang mempunyai empat musim, pasti rata rata, nak akan merasakan keindahan musim salji.  Kalau tak percaya, tanya ler rata rata kat rakyat Malaysia... pastinya ramai yang teringin melihat keindahan ciptaan Allah yang bernama Salji ...

Alhamdullilah ... diri ini di beri nikmat oleh Allah untuk merasakan musim Salji.  Alhamdullilah di atas nikmatmu ini Ya Rabb ... Terima kasih dan rasa yang amat syukur sangat di atas pemberian nikmat nikmat mu ini ya Allah ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_0093
Inilah Bendera Kawasan Perumahan kami di sini ... Bendera Auburn Bay ... Disinilah kami menyewa

IMG_0079
Pada pagi gambar ni di ambil, cuaca agak ber-foggy dan terasa amat sejuk.  Tetapi sebab baru beli camera, elok ler bawa camera berjalan jalan sambil petik sana petik sini.  Pada gambar ini, kita boleh melihat akan tong sampah berwarna hitam dan biru.  Di sini, sampah sampah perlu di asingkan kepada dua, satu sampah sampah yang boleh di recycle (yang ada simbol recycle tuh) dan satu lagi adalah kategory sampah ...  Maka pada setiap Jumaat (kawasan kami pada hari Jumaat), maka lori lori sampah akan datang mengutip sampah sampah nih.  Dan tong tong sampah perlu di letakkan di tepi jalan sebelum lori lori ini sampai.  Selalunya dia orang akan sampai agak awal .

IMG_0080
Aku perhatikan rata rata jiran jiran kami mempunyai kereta sekurang kurangnya dua buah ... rata rata mempunyai lebih dari dua buah kereta.  Namun kami tetap dengan satu kereta untuk satu keluarga hahahahhahahaa

IMG_0081
Auburn Bay kawasan baru ... jadi masih banyak lagi rumah rumah yang sedang dan akan di bangunkan.  Agak unik di sini, kawasan perumahannya tak macam kita, di mana pemaju akan membina keseluruhan rumah rumah ... namun di sini, aku dapati, pemaju hanya akan membina rumah rumah apabila ada pembeli ataupun di jangka ada pembeli ... andainya tidak, kawasan di biar kosong.  Macam depan umah aku nih, aku dah pindah enam bulan, baru nak buat lagi rumah di depan nih.

IMG_0082
Salji yang turun lembut selembut kapas ... memang indah tengok dan pegang salji salji yang turun nih ...

IMG_0083
Kalau nak tengok atau ambil gambar salji salji di atas pepohon yang masih gebu, kena turun seeolok elok selepas salji turun ... andainya ada angin yang kuat ataupun suhu melebhi takat beku ... pemandangan begini akan menjadi memory di memori card camera camera digital jer!

IMG_0084
Kalau pada malamnya snowing, maka jika bangu di pagi hari, adalah terbaik untuk merakamkan gambar gambar musim salji ... namun kena tgk jugak cuaca .. andainya berkabus macam nih dan sejuk, agak sukar jugak ...

IMG_0085
Padang permaianan ... di kawasan ini jugak telah di jadualkan tempat bas sekolah datang menunggu ... jadi pagi pagi wife aku terpaksa ler menemankan Afiq ke sini .  Begitu juga waktu balik, kena datang jemput.  Namub since Aisyah dah dalam Jr High , maka dia tidak perlukan teman ...

IMG_0086
Padang permainan ...

IMG_0087
Kawasan Townhomes ... betul betul kat belakang rumah and menghadap jalan besar.  Ada bas route 406 di sini.

IMG_0088
Dari sudut yang lain ... masih di Taman Permaianan

IMG_0089
Kalau di kawasan Taman Permainan atau Sekolah , speed limit hanya 30km/h sahaja ... patuhi kadar hadlaju anda ya!

IMG_0090
Main road di Auburn Bay ...

IMG_0091
Lagi bunga bunga Salji ...

IMG_0092
Dan lagiii ... dah tak ada dah ... patah balik rumah, sebab rasa sejuk yang teramat ....



Masih Mencuba

Di zaman smart phone dan tablet nih, macam macam cara kita boleh update BLOG.  Aku sedang mencuba cara yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa aku ... dan juga cara yang mudah bagi ku ... (dah mudah nak mudah lagi)

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

IMG_0264

Ni Aku guna method grab the link.  Method nih kita boleh pelbagai size gambar.  Yang ini aku guna size 800x352.

IMG_0262
Yang ini size besar  ... 1024x614

IMG_0265
Yang size default atau biassa ... medium



Mencuba sesuatu

Buat masa ini, aku dah subscribe dengan FLICKR account. Jadi aku gunakan Flickr account aku sebagai backup untuk menyimpan segala gambar yang aku ada ... mudah dan senang.

Dan kalau aku rajin, aku boleh BLOG dari FLICKR jer ...

Ini tengah nak mencuba option yang patut aku gunakan andainya aku ingin memblog dari Flickr.

Berlalu Sudah 2012

Hari ini, dah masuk hari ke 6 di dalam tahun baru 2013. 2012 sudah enam hari meninggalkan kita ....

Masa tidak menunggu kita. Kita bertanggung jawab kepada masa , namun masa tetap masa ... ianya datang dan pergi , samada kita menghargainya atau pun tidak. Bagi masa, AAK ... yakni ADA AKU KISAH ...