Alhamdullilah ... Ahad yang lalu (Sept 7, 2014), aku telah berkesempatan untuk jalan jalan di sekitar Taman Negara Banff ... bersama sama dengan pelajar pelajar UoC ... Sebab ahli keluarga masing masing malas nak keluar dari rumah ...
Selepas sarapan di rumah, aku telah menjemput Asyraf, Wazir dan student baru Adil di rumah baru mereka yang mana tak jauh dari rumah aku jugak ... then jemput lak Izzudin kat rumah dia di kawasan University ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Selepas 2 jam perjalanan ... maka sampai ler ke hentian yang pertama ... sempadan antara Alberta dan British Columbia ...
Alberta adalah Wild Rose Country dan BC lak ialah The Best Place on Earth gitu ... apa apa pun, aku suka watermark gambar yang aku buat nih ... very big and obvious gitu hahahaha ...
Izzudin, Wazir, Adil (pelajar baru) dan Asyraf ...
Highway 1 ... yang menghubungkan Alberta dan BC ... Kami berhenti makan di kawasan ini. Wife aku ada bekalkan nasi lemak ... so isi perut dulu dan buat apa yang patut ...
Perjalanan di teruskan menuju ke Emerald Lake ... atau Tasik Zamrud ... aku rasa kita boleh agak kenapa namanya begitu kan ... airnya kehijau hijauan bak batu zamrud gitu ...
Indah sungguh suasana tasik ini ... airnya tenang ...
Kita tengok jer gambar gambar di sekitar tasik ini ...
Nampak tangan Wazir sikit rasanya hehehhee
Di kawasan tasik ini juga ada cafe dan lodge ...
Pelancung dari pelbagai negara datang , termasuk ler dari Malaysia ...
Ramai yang agak terpegun dengan keindahan semulajadi dan warna tasik ini ...
Dikatakan kalau cuaca terang , tanpa awan, air tasik ini akan lebih kelihatan kehijaun nya ...
Minum minum kopi pun best gak ... tapi since kami pun baru lepas pekena nasi lemak, so tak ler terliur or lapar sangat ...
Samada bercouple, atau keseorangan, namun ianya tidak menghalang untuk kita menikmati keindahan ini ...
Perkhidmatan boat pun ada di sediakan ...
Tapi kami tidak ler nak naik boat ker apa ker ...
Memang tak sedar kita asyik click click jer ...
Inilah jeti boat yang menawarkan khidmat sewa boatnya ...
Empat sekawan ...
Dengan azam nan satu ...
Untuk memperolehi segulung ijazah ...
Satu boat
Dua boat ...
Tak jauh dari Tasik Emerald nih, ada satu perhentian namanya, NATURAL BRIDGE gitu ... kami singgah sebentar di sini ...
Apa yang di maksudkan dengan Natural Bridge ialah batu batu tersebut , setelah di hakis air sungai yang mengalir, ianya menjadi jambatan semula jadi gitu ...
Walaupun air itu lembut, namun sedikit demi sedikit ianya mampu untuk menembusi batu nan gagah !
Di katakan kalau hujan lebat atau air banyak, air akan melimpah ruah melepasi jambatan batu ini ...
Dari Arah dalam dengan view parking ...
Air yang deras ...
Ngeri gak kalau terjatuh dalam nih kan ...
Air yang mengalir deras ...
Maka setelah itu, kami bergerak ke Lake Moraine lak ... Lake Moraine nih memang popular ler, pernah di abadikan dalam note $20 pada suatu ketika dulu ...
Airnya biru kebiruan ...
Memang cantik ....
Diceritakan kenapa airnya biru kebiruan ...
Memang biru betul ...
Banyak tupai tupai kecik nih di sekitar kawasan ini ...
Dia nih ala ala jinak gitu ....
Lepas Lake Moraine, kami bergerak ke Lake Louise pulak ....
Lake Louise pun memang cantik gak .... dan dari sini kami bergerak pulang semula ke Calgary ... Insya Allah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi ...