Friday, September 05, 2014

Musim Baru Sessi Persekolahan telah bermula untuk sessi 2014/2015

Alhamdullilah, setelah bercuti lebih kurang 2.5 bulan semasa musim panas tempuh hari, maka pada Selasa yang lepas, bermulalah sessi persekolahan yang baru untuk Sessi 2014/2015.

Aisyah di Gred 9, Iman Gred 7 dan Syafiq di Gred 4.   Kesemuanya pergi ke Public School di bawah Calgary Board of Education (CBE).

Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai kelas kelas yang di tawarkan serta pelbagai informasi, jangan malu dan jangan segan untuk click di SESAWANG CBE  ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Yang pertama pergi sekolah ialah Syafiq.  Bus dia datang dalam pukul 7.30 pagi.   Dia kena berjalan sikit.  Untuk Syafiq and Aisyah, dia orang kena jalan menuju ke Hentian Bus.  Since Syafiq masih lagi dalam Gred 4, so memang kena hantar ler ke bus .


Ibubapa masing masing hantar anak mereka ke bus.  Dan di sini juga ler kita boleh tegur tegur dan borak borak dengan ibubapa yang lain ...


Kalau musim sekolah, pagi pagi memang wife aku sibuk sangat ler .... lepas hantar Syafiq, aku relax relax sambil minum tea .... cantik aku rasa mug yang aku beli kat Disneyland nih hahahaha



Since hari ni Jumaat, sekolah habis kul 12 ... so kita cuma perlu sediakan snack jer utk bebudak ... wife aku potong buah buahan untuk anak anak bawak bekal ... dan aku pun sama , breakfast ngan tembikai ...


Dan sambil tuh aku makan my favorite dish .... YONG TAU FOO ... malam tadi dinner , wife buat YONG TAU FOO ... ada lebih, panaskan dan makan ... Alhamdullilah.



Dalam kul 8.30, bas Iman datang.  Since Iman under special program, ACCESS, maka bas akan datang jemput dan hantar Iman kat depan rumah .... Iman teruja nak ke sekolah.


Rick , driver bas Iman ....


Hanya kanak kanak istimewa naik bas ini.


Since tak ramai , bas dia pun bas kecik jer.   Aisyah pun pergi pukul 8.30 pagi ... so dia pergi sendiri ler , sebab dah besar.  Kalau kita hantar, pasti dia malu lak hahaha


Walaupun dikatakan pendidikan percuma di sini, namun kita tetap juga kena bayar pelbagai yuran dan fees ... rata rata sebanyak $263 setahun seorang untuk fees anak anak yang pergi ke Public School.  Dan untuk bas lak, dalam $330 seorang.   Lebih lanjut boleh tengok di sini YURAN ...

Rasanya kita di Malaysia masih lagi beruntung kan ... Alhamdullilah, Malaysia masih Aman ....


4 comments:

  1. salam kenal tuan rumah
    cantiknya mug tu hehe..

    saya cuba cari butang follow yg biasa tp tak jumpa..

    apa pun..nice blog & pic yg superb...

    ReplyDelete
  2. Salam di terima dan di balas dengan ucapan terima kasih kerana sudi singgah ...

    (Tak tau butang follow tuh apa hahahhaa, bukan blogger tegar kaann)

    Terima kasih sudi datang.

    ReplyDelete
  3. Ha'a..betul cakap kak KHam tu..nak jugak klik buatang Follow tu..tapi x ado..

    Bro Zali just pegi layout page, pastu Add Gadjet, pilih Google+Followers

    psst : Lama lagi ke bro kat sana sbb ada peluang mahu ke sana leh cari Zali. Hamooi JM guna bahasa..boleh ke JM call bro Zali..kalau call En Ghazali cam rasa x mesra jek heee

    ReplyDelete
  4. JM ...

    Apa itu En??? Hahahhahaha Saya ni insan kerdil jer ... tapi Zali tuh ala ala nama zaman sekolah hahhahahahahahaa

    ReplyDelete