Showing posts with label Parks. Show all posts
Showing posts with label Parks. Show all posts

Sunday, September 06, 2020

The Breathtaking view of Majestic Waterton National Park (Part 1 of 3)

Canada amat berbangga dengan Taman Taman Negara di bawah pengelolaan mereka. Taman Taman negara ini di jaga dengan baik dan banyak akta akta diwartakan semata mata untuk melindungi taman taman negara ini. 

Canada menggangap Taman Negara sebagai permata asli negara! Taman Negara ini di selenggarakan oleh PARK CANADA demi menjaga kecantikan semulajadi dan mendidik pengunjung untuk memahami, menghargai dan menikmati keindahan semulajadi tanpa merubah atau merosakkan integriti semulajadinya. 

Sesawang untuk Park Canada adalah seperti di bawah ini:


Kali ini saya akan membawa pembaca BLOG ini ke salah satu Taman Negara yang tersohor di sini, iaitu, Taman Negara Waterton. 

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Di bawah sesawang Park Canada , ada menceritakan yang Taman Negara Waterton ini betapa cantiknya Taman Ngeara ini di mana pertemuan antara Banjaran ROckies dan Alberta Praires. 

 "The prairies of Alberta meet the peaks of the Rocky Mountains in Waterton Lakes National Park. Clear lakes, thundering waterfalls, rainbow-coloured streams, colourful rocks and mountain vistas await hikers and sightseers. With an exceptional diversity of wildlife and wildflowers and a cozy little waterfront town to serve as a home base, Waterton packs a big natural punch into a relatively small and accessible area.


Di saran jua untuk membaca Laman Sesawang My Waterton  di mana tersenarai pelbagai informasai dan apa yang menarik dan apa yg tertarik di sini.

Muqadimmah nya pun boleh membuat kita teruja ... "Waterton Lakes National Park is internationally known as one of the most beautiful destinations in the Canadian Rockies. And for good reason. Waterton is where the rolling prairies of Alberta meet the stunning Rocky Mountains and is filled with diverse wildlife, dozens of different wildflowers and some of the best hiking in North America. The town of Waterton Lakes National Park is the perfect destination if you're looking for adventure, fun and relaxation no matter what season it may be. 

Saksikan Video di atas di mana saya telah sempat merakamkan perjalanan saya ke sini.



Taman Negara Waterton ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari Calgary.   Namun masa 3 jam itu tidak terasa langsung.   Di sepanjang perjalanan , kita di hamparkan dengan (kalau dari Calgary) hamparan hamparan Prairies .... Dan kepada yang pernah membesar di zaman 70an atau 80an , pasti telah menonotn Little House on The Prairies ... dengan Laura Ingalls .... maka sepanjang perjalanan ... boleh ler berangan seolah olah berada di ketika itu ... berlari lari bersama sama keluarga Ingalls !!!!

Kami datang awal bulan August , di mana Ladang bunga bunga Canola tengah rancak berbunga .   Sepanjang perjalanan , kiri kanan Highway kita boleh nampak sayup sayup kekuningan Ladang Bunga Canola.
Sudah tentulah kita akan teruja untuk bergambar di sini.   Boleh ler berhenti sebenatar untuk bergambar !!!
Apabila kita menghampir Crownest (sebuah pekan kecil sebelum tiba ke Taman Negara Waterton), kita boleh lihat di sepanjang jalan kincir kincir angin berceracak banyaknya !!!!  Memang teruja!
Berhenti kat tepi sat , nak ambil gambar kincir angin.
Kincir Angin, Ladang , berlatar belakangkan Banjaran Rockies .... memang Indah!
Lihatlah ......

Jalan lurus  , kereta pun tak berapa banyak , so memang boleh ler nak posing ker atau sambil baring baring.
Sayup sayup rumah dan ladang dia orang ...
Dan perjalanan di teruskan .   Kita akan memasuki Taman Negara Waterton ... tunggu sambungan nya.

Wednesday, January 29, 2020

Jan 2019 - A Day Trip to Lake Louise and Lake Abraham

Setelah dalam dua minggu di landa Angin Artic yang sejuknya sampai hingga tak terkata, maka bila minggu ini cuaca agak panas, masing masing ler ada agenda nak kuar kuar ambil angin dan udara segar.

Since Calgary nih banyak tempat menarik, maka ada ler kawan kawan yang cadang pergi ke Lake Louise tengok Ice Craving and ke Lake Abraham tengok Frozen Methane Bubbles.   Kami pun tak ada apa nak buat, maka ikut jer ler ... tapi anak anak semua tak nak ikut !

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Pagi pagi sebelum Subuh dah bangun.  My wife masak Char Kueh Teow.  Pass tuh siap siap.  Dalam siap siap , Whatsapp bertalu talu masuk , sebab ada yang dah gerak ... ada yg tengah masak dan sebagainya.  Kami berjanji terus berjumpa di Tasik sahaja.


Selepas bermain Ice Skating dan bergambar serta menikmati pemandangan Lake Louise, maka kami mula berangkat menuju ke Abraham Lake.  Perjalanan dalam masa 1 jam setengah gitu!  Tapi perjalanan ke sini, memang apa orang kata breathtaking gitu !!!  Cantik sekali melalui National Park ngan berlatarkan tasik beku dan gunung ganang.



Dan selepas walk like peguin atas ice pelbagai, maka tibalah masanya untuk pulang .... Balik tak singgah mana mana dah ... terus jer pecut sampai umah ... dama tiga jam setengah gitu.   Balik pun dah malam ... dah penat dah .....

So itu secara ringkasnya perjalanan seharian ... Sekarang tibalah masanya nak tunjuk gambar gambar lak !!!

Bukanlah tujuan utama datang sini dan tengok kuda ... nih saja nak tunjuk, sebab keadaan sini sejuk, nafas kuda pun berasap asap !!!



Aku rasa cantik lak gambar nih dengan kuda berasap, gunung bersalji dan ada Ice Palace ... rasa macam cantik sangat !



Apa orang kata, breathtaking view gitu .... dengan anak sungai mengalir lesu di hampiri dengan gunung ganang yang gagah ... aku agak terpana dengan keindahan alam semulajadi yang begitu indah sekali !!!



Since tasik nih beku, maka dijadikan ice skating ring ... ramai ler yang main skate kat sini ... Aku ?  Me ... Skating nih agak ngeri sikit !  Hahahahhaa


Teringat peristiwa 20 tahun yg silam ... sewaktu Arwah Mak dan Kakak masih ada .. anak buah aku waktu tuh dalam setahun lebih ... dia mainsambil makan snow nih selamba jer !  Bila aku tunjuk gambar tuh, dia macam teruja nak datang sini ... sebab katanya memang dia tak ingat apa apa pun (iya ler .. baby waktu tuh , mana nak ingat!)




Layan jer view view seterusnya , sebab aku dah hilang kata kata nak tulis !





Aku memag suka dengan sungai atau air mengalir .. tak tahu kenapa !






Dan walaupun musim sejuk, ada jugak orang yg suka hiking on the trail!


Anjing adalah man best friend gitu !


Macam dalam citer Korea ... Bayang Bayang Romantis


Ice Castle.  Kebetulan sekarang nih kat Lake Louise ada festival Ice Craving.  Macam ada pertandingan gitu !  Dan jangan terkejut tau !  Ada peserta dari Malaysia jugak !!!


Salah satu hotel tertua dan tersohor di sini.  Frankly speaking, aku belum merasa duduk kat sini lagi.  Insya Allah satu masa nanti ya.


Layan ...


Kalau pada musim panas, ada di sewakan canoe ... aku suka ambil gambar canoe dekat tepi rumah nih !  Musim sejuk , nampak macam rumah nih sepi.  Tapi picturesque






Kebetulan minggu nih ada festival Ice Craving.  So layan ler gambar gambar Ice Craving nih.  Since masuk kena bayar , and aku pun boleh tengok dari luar jer, so tak berapa nak minat sangat nak bayar !









Ini geng lelaki yang gi pada hari tuh!


Gambar ramai ramai ...




Kemudian kami bertolak ke Pekan Lake Louise, atau di panggil Village ... sebab kalau nak buang air ker apa ker senang kat sini.  Ada banyak tandas dan agak selesa ler.



Suka tengok ice nih !  Jangan ada yg ambik dan cucuh kawan dah ler !  Nanti jadi macam citer Horror lak !



Maka perjalanan di teruskan.  Untuk pengetahuan, aku suka sangan Highway 93 - Parkway Icefield nih ... ianya menuju ke Jasper.  Jalan nih tak kira musim apa kita lalu, pasti kita akan terpana dan terpegun dengan keindahan di sepanjang perjalanan.



Sepanjang perjalanan kereta tak banyak sangat.  Sebab jalan nih kalau waktu musim sejuk / winter agak bahaya sikit.


Lepas nih layan ler view view ya ....










Maka setelah dalam 2 jam gitu , maka sampai ler kami ke Lake Abraham ... lagi satu tasik beku.  Cuma uniknya tasik nih dia cerah dan kita boleh nampak methane nyer bubbles frozen !



Tasik sebesar besar nih beku!  Kat sini fenomena angin kuat tiup.  Sebab tuh ler atas permukaan tasik tak ada salji!


Boleh nampak bubble bubble yang frozen terperangkap!


Lagi tengah lagi dalam lagi hijau tasiknya.



Seolah olah berdiri / berjalan atas air!  Kena hati hati , maklum ler jalan atas ice kan ... agak licin ler.


Pokok nya ... aku memang suka pokok nih





Biasa ler kalau dah tekak Melayu dan orang Malaysia ... gi mana mana tetap sama ... so macam macam bekal dia orang bawak ... dah penat kan ... so makan makan , solat pelbagai sebelum memulakan perjalanan balik ke Calgary yang akan memakan masa 3 jam setengah !!!

Maka itulah coretatan sehari di hujung minggu ...