Pengalaman mengerjakan Fardhu Haji banyak sekali ... ianya juga mengajar kita akan erti kehidupan dan fitrah manusia ... dan ianya memberi ruang dan peluang untuk manusia berfikir akan kebesaran illahi (kepada yg nak fikir ler yaa ...)
Selama 43 hari aku di Tanah Suci (Mekah, Arafah, Mina, Mekah dan akhir sekali ke Madinah). Rutin harian ku amat simple dan mudah sekali .... Berikut ialah jadual tipikal aku di Mekah dan Madinah
2:30 pagi - Bangun dan siap siap untuk ke Masjid. Kalau di Mekah, lokasi Hotel aku
agak jauh dari Masjid ... lebih kurang 1 kilometer gitu ....
3.00 pagi - Telah sampai di Masjid dan selalunya aku akan mengerjakan sembahyang
sembahyang sunat dan zikir zikir sehinggalah masuk waktu Subuh
6.15 pagi - Selesai sembahyang subuh dan merayau rayau di sekitar kawasan masjid
mencari sarapan. Sarapan tidak di sediakan oleh muasasah. Selalunya aku
akan ke Restoran Indonesia untuk bersarapan.
7:15 pagi - Balik ke hotel dan Tiiiidddduurrrrrrr
10.00 pagi - Bangun dan mandi serta bersiap siap untuk ke Masjid semula
11.00 - 1.00 ptg - Berada di Masjid sehingga selesai Zohor
1.00 - 2.25 ptg - Bergegas pulang ke hotel utk makan tengahhari dan tidur
2.45 - 8.30 mlm - Berada di Masjid sehingga selesai Isyak
9.00 mlm - Tiddduuurrrrr setelah selesai makan malam
Maka itulah rutin seharian aku di Mekah dan Madinah ....
Dan sewaktu di Tanah Haram, aku juga telah sempat merakam beberapa snapshot melalui HP Nokia N 73 aku ...
Maka Terimalllaaaahhhhhhhhhhhh ...............
Kaabah sebelum subuh
Kaabah selepas subuh
Lautan manusia ..
Lautan Manusia menuju ke jamrah untuk melontar
Sebelum melontar Jamratul Aqabah (Sebelum bercukur)
Selepas bercukur.
Bersedia untuk mengerjakan sembahyang Jumaat ... manusia terlalu ramai, sehinggakan kawasan saie pun di penuhi manusia ....
Ketenangan di tingkat satu masjidil haram .... aku selalu terpegun dan leka dengan pemandangan aktiviti aktiviti manusia di masjid.
Salah seorang Jemaah haji dari negara Balkan ( atau eropah timur ..) walaupun tidak pandai berbahasa English atau arab, namun senyuman tetap di berikan ...
Emril ... anak muda dari Bukit Tinggi Indonesia .... seorang pengusaha pakaian di Aur Kuning Bukit Tinggi ... Emril adalah teman aku di Mekah ... kami selalu bersarapan dan berbual bual kosong sewaktu di Mekah dan Madinah.
Salah seorang anak anak kecil yg menjadi peminta sedakah ... aksi aksi mereka amat unik dan mengasyikkan ...
Pemandangan di Masjidil Haram dari Stesen Bas ... arah aku datang dari Hotel
Sehingga hari ini aku masih lagi tidak mendapat jawaban ... kenapa harus manusia juga mengutip bijirin yg di taburkan untuk burung merpati nih???? Kenapa? Why???
Kenaper ya makcik? Kenaper you jugak kutip bijirin nih eh????
Inilah di antara roomates aku ... kami di Mekah tinggal lapan orang satu bilik ... dan dalam bilik aku ada dua orang cikgu ... iaitu Cikgu Azmi dan Cikgu Mansoor ...Inilah adalah sebahagian video clip yg aku ambik sewaktu Azan Subuh tengah di laungkan.












































