Monday, September 08, 2014

Salji menyapa terlalu awal di Calgary

Alhamdullilah ... maka dengan ini tamat lah musim panas buat Calgary ... selamat tingal dan selamat datang musim sejuk ...

Pada September 8, 2014, hari Isnin, Calgary telah di sapa oleh sang Salju ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Pagi tadi waktu hantar anak ke sekolah, hujan dah mula turun, dan cuaca agak sejuk ... terpaksa ler pakai winter coat pelbagai ...


Snow dah mula turun dan ... heater kat dalam rumah pun terpaksa di pasang ... sebab memang dah sejuk ...


Kat belakang rumah ... tak sempat nak simpan kerusi dan semua peralatan musim panas ...


Maka setakat ini sahajalah khidmat mu wahai bunga nan indah ...


Kat depan rumah mula di tutupi salji ... tapi ini tak lama ... sebab terlalu awal ... mungkin dalam dua tiga hari sahaja ...



Pokok epal depan umah, belum sempat lagi daun gugur dan buah gugur, salji dah menyapa ..

Suka tengok ... terus rasa macam nak makan buah kana merah yang kakak aku kirim , masih ada dalam peti ais lagi ..


Salji dan Epal ...


Snap sana snap sini ...


Pokok umah jiran pun aku snap


Ni bukan kereta aku ... tapi kereta jiran ... pun aku snap


Kesian jiran aku, dia terpaksa buang snow snow kat pokok pokok dia !!! Dia kata kalau tak buang, dia takut pokok dia mati !


Terpaksa ler dia buang semua snow snow di pokok pokok nya ... orang sayang pokok kannn


Tangga umah .... tak lama lagi terpaksa ler buang semua bunga bunga nih .... selamat tinggal ...

Friday, September 05, 2014

Musim Baru Sessi Persekolahan telah bermula untuk sessi 2014/2015

Alhamdullilah, setelah bercuti lebih kurang 2.5 bulan semasa musim panas tempuh hari, maka pada Selasa yang lepas, bermulalah sessi persekolahan yang baru untuk Sessi 2014/2015.

Aisyah di Gred 9, Iman Gred 7 dan Syafiq di Gred 4.   Kesemuanya pergi ke Public School di bawah Calgary Board of Education (CBE).

Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai kelas kelas yang di tawarkan serta pelbagai informasi, jangan malu dan jangan segan untuk click di SESAWANG CBE  ....

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Yang pertama pergi sekolah ialah Syafiq.  Bus dia datang dalam pukul 7.30 pagi.   Dia kena berjalan sikit.  Untuk Syafiq and Aisyah, dia orang kena jalan menuju ke Hentian Bus.  Since Syafiq masih lagi dalam Gred 4, so memang kena hantar ler ke bus .


Ibubapa masing masing hantar anak mereka ke bus.  Dan di sini juga ler kita boleh tegur tegur dan borak borak dengan ibubapa yang lain ...


Kalau musim sekolah, pagi pagi memang wife aku sibuk sangat ler .... lepas hantar Syafiq, aku relax relax sambil minum tea .... cantik aku rasa mug yang aku beli kat Disneyland nih hahahaha



Since hari ni Jumaat, sekolah habis kul 12 ... so kita cuma perlu sediakan snack jer utk bebudak ... wife aku potong buah buahan untuk anak anak bawak bekal ... dan aku pun sama , breakfast ngan tembikai ...


Dan sambil tuh aku makan my favorite dish .... YONG TAU FOO ... malam tadi dinner , wife buat YONG TAU FOO ... ada lebih, panaskan dan makan ... Alhamdullilah.



Dalam kul 8.30, bas Iman datang.  Since Iman under special program, ACCESS, maka bas akan datang jemput dan hantar Iman kat depan rumah .... Iman teruja nak ke sekolah.


Rick , driver bas Iman ....


Hanya kanak kanak istimewa naik bas ini.


Since tak ramai , bas dia pun bas kecik jer.   Aisyah pun pergi pukul 8.30 pagi ... so dia pergi sendiri ler , sebab dah besar.  Kalau kita hantar, pasti dia malu lak hahaha


Walaupun dikatakan pendidikan percuma di sini, namun kita tetap juga kena bayar pelbagai yuran dan fees ... rata rata sebanyak $263 setahun seorang untuk fees anak anak yang pergi ke Public School.  Dan untuk bas lak, dalam $330 seorang.   Lebih lanjut boleh tengok di sini YURAN ...

Rasanya kita di Malaysia masih lagi beruntung kan ... Alhamdullilah, Malaysia masih Aman ....


Thursday, September 04, 2014

Calgary - Albian Site Work on 14 x 7 Rotation

Alhamdullilah, aku dapat assignment untuk kerja di Site di bawah Kearl .  Jacobs ada buat project untuk shutdown Kearl.  Team kami tak besar, tapi Alhamdullilah aku dapat bersama sama ngan team nih.

Ini adalah kali pengalaman aku kali pertama kerja di Site , di North America.  Aku dah kerja di Site di Sudan, Malaya, Saudi , Brunei ... dan di Albian ini menambahkan lagi pengalaman aku.

Bekerja di cuaca sepanas 50 C dan sedingin -50C ... Alhamdullilah

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

 Untuk pergi ke Site, memang dia ada sediakan transportation khas ... siap dia ada airport tersendiri lagi.  Untuk project nih, IOL ada menyediakan penerbangan dengan syarikat Canadian North.



Memandangkan ni lebih kurang macam private airlines gak ... so boarding pass dia pun tak assign seat ker apa ker ...


Iya ... seriously delicious katanya .... seronok gak, walaupun flight cuma memakan masa dalam 1 jam 5 minit, tapi ada di sediakan breakfast ... iya ler , flight kan seawal kul 6 pagi ....


Cantik design dan warns kotaknya ... auk suka gak ...


Box dia tak ada pilihan ... makan standard ... since aku tak boleh makan sandwich dia, aku makan jer apa yg boleh ... kenyang jugak ler ....


Perjalanan pada ketinggian 28-30 ribu kaki .... kita terbang di atas awan ...


Nampak awan berlapis lapis ... awan di atas awan ... atau awan di bawah awan?

 Inilah kawasan perlombongan minyak Sand Oil ...


 Duduk Site nih, semuanya di sediakan dari segi makan , tempat tidur dan pengangkutan ... untuk makan tengah hari, kami kena pack pagi pagi dari Camp ... pilih ler apa kita nak bawak dan letak dalam brown bag ...


Mostly choice auk untuk lunch dan snack ialah buah, sayer dan vegetarian sandwich atau wraps ...


Kalau dinner, makan malam kat Cam memang mewah .... macam macam ada ... Alhamdullilah ... memang tiap tiap malam ada di sediakan pilihan seafood ... yakni ikan ... memang tak putus makan ler ...

Seawal kul 4 pagi, dewan makan dah di buka ... tetapi aku selalu gi makan dalam kul 5 pagi ... dan makanan aku selalunya toast, kentang dan telur ... easy sebanyak 3 biji.   Oh ya tak lupa juga buah buahan segar ....


Cuaca dia agak sejuk sedikit dari Calgary ..... makin sehari makin sejuk ....


Pada suatu petang, waktu nak balik ke Camp, kami terserempak ngan beruang melintas ...


Masing masing excited ambik gambar ... termasuk aku ...


Hari hari lauk ikan di pelbagaikan ... tapi tak ada ler , ikan masak asam pedas ker , masak lemak cili api ker .... jangan ler nak harap !!!!  Habis kuat pun , dia tabur chili gitu gitu jer ... Namun Alhamdullialh , tekak aku dah boleh terima dah ...

 Cuaca makin dingin ....


Untuk transportation pergi dan balik ke Site - Camp , Jacobs ada sediakan transporttation.  Bus untuk pekerja, van untuk foreman dan truck utk management ... aku kadang kadang naik truck, kadang kadang naik van ... tapi so far tak pernah lagi naik Bus.


Inilah makanan aku ... memang mewah ....


Menunya .... memang sedap .....


Lunch pack aku ...


Makin sejuk ....


Salah satu favourite lunch aku ... Grilled Salmon ... macam makanan dalam kapalterbang kan ....


Sebut kapalterbang .... ini makanan disediakan waktu balik .... cantik kan kotaknya ....  dalam assignment kat Site nih, aku dapat cuit selama 7 hari selepas bekerja 14 hari ... Alhamdullilah


Dia ada option Vegetarian Sandwich ... walaupun sayur , tapi perut lapar , terus jadi sedap sangat !!!!!

Friday, August 22, 2014

Calgary - Houston

Alhamdullilah, pada Ahad 10 August yang lalu aku berpeluang untuk ke Houston for one day business trip.   Since ni pun pergi atas urusan, maka tak ada ler apa sangat pun ...

Dan kebetulan jugak, selepas nih, iaitu pada Selasa August 12, 2014 , kami sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke Florida ... so memang aku akan terbang sana terbang sini gitu.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Since ini pertama kali aku masuk USA, so aku datang agak awal, supaya tak kelam kabut untuk pemeriksaan masuk ke America.  (USA ada set up dia punya border check kat Airport Calgary).  Dah sampai awal, terpaksa ler lepak lepak sambil perkena tea.

Kapal terbang yang bakal membawa aku ke Houston ... penerbangan mengambil masa dalam 3 jam lebih.

Tak besar mana pun kapal terbang dia.


Pemandangan Calgary dari atas Udara.


Aku rasa ni sungai Bow River.


Lagi pemandangan dari atas Udara.


Pertama kali naik kapalterbang USA .... earphones pun kena beli !!!!!


On board cafe katanya ....


Semua kena beli dan bayar pakai credit card ... so aku beli earphones dan pringles ....


Ni dah nak sampai kat Houston dah ....


Map route ... Calgary - Houston


Info tentang perjalanan dari Calgary ke Houston


Alhamdullilah selamat sampai ke Houston.


Cantik bilik hotel yang di sediakan.  Royal Sonesta Houston.


Agak luas jugak bilik nya.


Pemandangan dari tingkap bilik.


Memang lena ler tidur ...


Since aku lapar sangat, and makanan tak termasuk dalam apa yang di beri, terpaksa ler aku berjalan keluar mencari makan.   On the way nak ke Mall, nampak ada orang memberi sokongan kepada negara Israel ....


Ramai jugak dia orang ....


Dia kata, kita kena sokong negara Israel yang tertindas ...


Pusing punya pusing, maka aku dapat ler makan salad nih .... memang kenyang ...


Aku bubuh udang dan ikan salmon ... tak kan ler nak makan daun jer makan kambing kannnn ...


Bangunan dekat dekat ngan Mall yang aku pergi tuh ...


Bangunan Hotel penginapan aku ...


Bila dah habis urusan, aku terus di hantar pulang ke Airport .... dan airport Houston ada tempat sembahyang ....  untuk semua agama ...


Dia panggil Interfaith ...


Selesa jugak nak solat sini ... tenang ...


Sejadah ada di sediakan ...


Arah kiblat ....


United Airlines ...


Beli subway dulu sebelum naik kapalterbang .... kebetulan lak ada delay sikit ...


Nak tengok video pun kena bayar ... namun Alhamdullilah, sebab flight nih delay, dia kasi tengok video percuma.  Alhamdullilah.


Kapal terbang berderet deret nak berlepas ... memang sibuk ...


Formasi awan on the way to Calgary


Aku suka tengok formasi nih.