Tuesday, May 29, 2012

Nurul Iman

Alhamdullilah ... Nurul Iman dah tamat sekolah dah untuk musim ini.

Selalunya sekolah Iman akan tamat lebih awal dari sekolah sekolah biasa.

Pada hari tamat persekolah, ada ler di buat persembahan dan pemyampaian hadiah.

Yang paling menarik di sini (atau adat di sini), semua orang akan mendapat hadiah ... sampai dua tiga hadiah Iman dapat ... dan yang pasti, anak anak gembira menerimanya.

Sekolah Iman nih lak, boleh di katakan dalam setahun tuh, ntah berapa kali Iman bawa balik hadiah ... tak pasti samada hadiah itu daripada pihak Sekolah atau pun pihak individual yang menderma / menyumbang untuk anak anak istimewa. Namun yang pasti ... Iman dapat hadiah.

Cuma sayangnya aku tidak dapat menyaksikan acara / majlis ini. Sebabnya ianya majlis tertutup dan hanya untuk kaum ibu sahaja ... sebabnya cikgu ckigi nya semuanya wanita belaka.

Permata Hatiku

Dari sehari ke sehari ... masa berlalu ...maka kini anak anak ku pun telah membesar ...

Aisyah dah 12 tahun ... Iman dah 10 tahun ... and Syafiq dah 6 tahun .

Terasa macam semalam jer Aisyah di lahirkan ... lepas solat Isyak ..

Terasa macam semalam jer Iman di lahirkan ... bergegas ke Miri dari Bintulu ...

Terasa macam semalam jer Syafiq di lahirkan ... baru lepas bersahur lauk telur dadar (my fav tuh!)

Sesungguhnya masa tidak menunggu kita ...

Friday, May 18, 2012

Madinah ... pada minggu lalu

Alhamdullilah ... pada minggu lepas kami sekeluarga telah dapat menzirahi Madinah .. setelah agak lama tidak ke sana ... rasa nya more than a month dah tak ke sana ...

Dan trip kali ni, kami juga berkesempatan menziarahi Ust Qamarul yang baru menerima cahaya mata yang kedua ... Rumaisya' ... baby girl ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Rumaisya'
Rumaisya' ... nama di beri ... katanya , bersempena dengan nama seorang wanita Islam di pada zaman Rasullulah SAW.  Beliau adalah di antara wanita wanita kumpulan awal yang memeluk Islam.

Rumaisya'
Tidur lena ...

Aisyah and Rumaisya'
Kakak gembira dapat pegang Rumaisya' ... walaupun mula mula sampai agak takut takut nak pegang, sebab baby kan kecik and fragile

Happy Faces
Semuanya suka dengan Rumaisya' ... termasuk Abg Rumaisya' sendiri .. Suhail!!!

Suhail
Suhail dah jadi Abang ... tetapi Abang Air Liur melilih hehehehehe

Al Karat
Malam aku sampai Madinah tuh, ingatnya esok tuh nak puasa, so lepas Solat Isyak, since anak anak dan Isteri tak nak makan sebab dia orang dah kenyang ... aku jalan jalan and rasa macam teringin nak makan kat Restoran Indon nih ....  Nama Karat ... ala ala tak sedap langsung or tak ada nilai commercial langsung dalam bahasa Malaysia ... tapi bila aku check google translate, QARAT ni maknanya BENUA ... wooowwww ... Antara Benua !!!!

Bakso
Aku order Bakso , with extra meatball .... memang sedap Bakso dia ... sampai , hari Jumaat tuh, lunch pun kami order lagi Bakso nih!!!! Sedap.

Two nice Kurds Men
Nak di jadikan cerita, restorant ni agak sibuk waktu aku datang, since aku datang sorang, so meja aku ada kosong.  Maka kedua lelaki ini ingin duduk bersama ... dalam berbual bual kosong, aku dapati yang mereka ini warga Iraq keturunan Kurds ... tapip yang lebih syahdu ... dia orang siap bayar untuk aku punya makanan .... very the ukhwah gitu!!!

Johan Iskandar
Pagi keesokkannya, selepas Subuh, aku mengambil peluang utk berzikir dan membaca Al Quran di Raudhah, bahagian kawasan wanita ... sebab pada waktu ini, kawasan ini agak lenggang ... sementara menunggu giliran wanita untuk beribadah di sini.  Tetapi ada seorang jejaka datang duduk di sebelah aku, dan bila kami ingin bersalaman ... MASYA ALLAH .... TABARAKALLAH!!!  Johan rupanya!!!!  kami amat terkejut .. tak sangka kami bertemu di sini selepas beberapa tahun tidak berjumpa atau berhubung!!!!

Raudhah at Masjid Nabawi
My favorite time di Raudhah adalah selepas subuh di bahagian wanita ... sebab amat tenang dan tak kelam kabut.  Kita boleh berzikir dan membaca Al Quaran dengan tenang sementara menunggu waktu Syuruk ...

Raudhah ... Masjid Nabawi
Raudhah ... ramai jemaah yang telah ke sini amat merindui mu ...

Sunrise at Masjid Nabawi
Since dah masuk waktu Syuruk .. dah tentu terbit matahari kan ... so aku suka bermain main dengan cahaya ... mengambil gambar agar matahari dilindungi oleh tiang payung untuk create effect silhouette ...

Para Ustaz University Madinah
Pada minggu sebelum ni, ada para pelajar Madinah datang ke Yanbu untuk buat Forum dengan masyarakat Yanbu.  Since Kay dan Ashryzal ada buat party harijadi anaknya kat Dolphin, so kita orang pun join ler sama ....



Tuesday, May 08, 2012

Sewaktu di Kuala Lumpur

Selepas lawatan so-called-4-jam di Dubai, ianya di akhiri dengan nice dinner with Peon ... thanks Peon for belanja aku makan kat MeatCo ... I really enjoy and like the meat ... tapi since waktu tuh aku dah letih tunggu kau kaannn ... so mood nak bergambar dah tak ada hahahahaha .... Thanks for the nice dinner and taxi ride back to my hotel ....

Alhamdullilah ... aku selamat sampai ke KL untuk menziarahi bondaku yang tidak beberapa sehat. Since aku hanya balik sorang, and aku ambil cuti yang agak singkat ... so tidak ler ke mana mana sangat pun ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Mak ...Ibu ... Ummi ... Mommy
Bonda Saleha ... makin hari makin lemah ... ingatannya pun maka lama makin lemah ... sewaktu aku mula mula sampai ... memang dia agak lost who am I gitu ... dan there is time, aku perhatikan dia memang lost in her own world ... Semuga Allah mengampuni beliau ... Aamiin ..

KL Short Trip
Pasar Pudu ... agak sinonim dengan kehidupan aku sewaktu di Malaya ... maka pada kesemptan yang ada, aku telah pergi ke sini lagi .... kali ini just nak kena rojak dan cendul nya ... I have been tasting this food sewaktu usia aku lapan tahun lagi .... and now dah masuk 25 tahun usia ku pun masih terasa akan kesedapan cendul ni heheheheh (eh 25 tahun ada plus plus tak?  Hahahahahah)

(Peniaga ni bila tgk aku ambil gambar, siap kata, masuk FB ya bang .... siap kata lagi, Zaman skg ni, mana ada orang yang tak ada FB bang hahahahahaha)

KL Short Trip
Sibuk buat cendul ...

KL Short Trip
Penjual air Assam Boi ...

KL Short Trip
Hanya di Malaysia ... ada air assam boi ni (Alaaa kalau ada kat China ker Thailand ker .. dah tentu dia tak panggil Air Assam Boi kaannn ... )

KL Short Trip
Aku rasa seronok tengok kesibukan di pagi hari ... kepada yang duduk kat Padang Pasir will udnerstand my feeling ... kat sini tak nampak sibuk sibuk di pagi hari gitu ... ala ala tenang jer ... dan bila balik malaya nih , tengok sibuk sibuk nih, rasa terhibur lak ...

KL Short Trip
Memang seronok ... tapi aku tak explore kat dalam pasar pun ... aku just lazy lazy sambil minum cendul dan makan rojak with extra sotong gitu ...

Untitled
Iya ... inilah cendul yang aku sebut sebut kan itu ....

Untitled
Rojak with extra sotong ...

Untitled
Mee .. one of my favorite all time food ... sebenarnya aku makan macam macam mee waktu balik ari tuh .. tapi tak kan ler asyik nak ambil gambar jer kaaannn ...

Untitled
Innallillahi wainna lillahi rajiun .... dia pergi tak lama selepas aku kembali semula ke Yanbu ... jatuh dari tingkat 5 ...

Untitled
Kakak aku ada beli dalam 5 ekor kucing gitu!!!!

KL Short Trip
Firdaus ... salah seorang dari beberapa orang anak buah aku (Kiraan terkahir dah tak tau berapa orang anak buah hahahahahhahaha)

KL Short Trip
Kakak kakak ku ... bila aku dah ambil, baru aku perasan, the expression muka masing masing ... very unik!!!

Insya Allah, hujung bulan 6 ni balik lagi ... kali ni agak lama sikit ler ...