Alhamdullilah ... Nurul Iman dah tamat sekolah dah untuk musim ini.
Selalunya sekolah Iman akan tamat lebih awal dari sekolah sekolah biasa.
Pada hari tamat persekolah, ada ler di buat persembahan dan pemyampaian hadiah.
Yang paling menarik di sini (atau adat di sini), semua orang akan mendapat hadiah ... sampai dua tiga hadiah Iman dapat ... dan yang pasti, anak anak gembira menerimanya.
Sekolah Iman nih lak, boleh di katakan dalam setahun tuh, ntah berapa kali Iman bawa balik hadiah ... tak pasti samada hadiah itu daripada pihak Sekolah atau pun pihak individual yang menderma / menyumbang untuk anak anak istimewa. Namun yang pasti ... Iman dapat hadiah.
Cuma sayangnya aku tidak dapat menyaksikan acara / majlis ini. Sebabnya ianya majlis tertutup dan hanya untuk kaum ibu sahaja ... sebabnya cikgu ckigi nya semuanya wanita belaka.
Resolusi 2025: Janggel Masih Wujud?
4 hours ago
No comments:
Post a Comment