Alhamdullilah ... pada minggu lepas kami sekeluarga telah dapat menzirahi Madinah .. setelah agak lama tidak ke sana ... rasa nya more than a month dah tak ke sana ...
Dan trip kali ni, kami juga berkesempatan menziarahi Ust Qamarul yang baru menerima cahaya mata yang kedua ... Rumaisya' ... baby girl ...
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Rumaisya' ... nama di beri ... katanya , bersempena dengan nama seorang wanita Islam di pada zaman Rasullulah SAW. Beliau adalah di antara wanita wanita kumpulan awal yang memeluk Islam.
Tidur lena ...
Kakak gembira dapat pegang Rumaisya' ... walaupun mula mula sampai agak takut takut nak pegang, sebab baby kan kecik and fragile
Semuanya suka dengan Rumaisya' ... termasuk Abg Rumaisya' sendiri .. Suhail!!!
Suhail dah jadi Abang ... tetapi Abang Air Liur melilih hehehehehe
Malam aku sampai Madinah tuh, ingatnya esok tuh nak puasa, so lepas Solat Isyak, since anak anak dan Isteri tak nak makan sebab dia orang dah kenyang ... aku jalan jalan and rasa macam teringin nak makan kat Restoran Indon nih .... Nama Karat ... ala ala tak sedap langsung or tak ada nilai commercial langsung dalam bahasa Malaysia ... tapi bila aku check google translate, QARAT ni maknanya BENUA ... wooowwww ... Antara Benua !!!!
Aku order Bakso , with extra meatball .... memang sedap Bakso dia ... sampai , hari Jumaat tuh, lunch pun kami order lagi Bakso nih!!!! Sedap.
Nak di jadikan cerita, restorant ni agak sibuk waktu aku datang, since aku datang sorang, so meja aku ada kosong. Maka kedua lelaki ini ingin duduk bersama ... dalam berbual bual kosong, aku dapati yang mereka ini warga Iraq keturunan Kurds ... tapip yang lebih syahdu ... dia orang siap bayar untuk aku punya makanan .... very the ukhwah gitu!!!
Pagi keesokkannya, selepas Subuh, aku mengambil peluang utk berzikir dan membaca Al Quran di Raudhah, bahagian kawasan wanita ... sebab pada waktu ini, kawasan ini agak lenggang ... sementara menunggu giliran wanita untuk beribadah di sini. Tetapi ada seorang jejaka datang duduk di sebelah aku, dan bila kami ingin bersalaman ... MASYA ALLAH .... TABARAKALLAH!!! Johan rupanya!!!! kami amat terkejut .. tak sangka kami bertemu di sini selepas beberapa tahun tidak berjumpa atau berhubung!!!!
My favorite time di Raudhah adalah selepas subuh di bahagian wanita ... sebab amat tenang dan tak kelam kabut. Kita boleh berzikir dan membaca Al Quaran dengan tenang sementara menunggu waktu Syuruk ...
Raudhah ... ramai jemaah yang telah ke sini amat merindui mu ...
Since dah masuk waktu Syuruk .. dah tentu terbit matahari kan ... so aku suka bermain main dengan cahaya ... mengambil gambar agar matahari dilindungi oleh tiang payung untuk create effect silhouette ...
Pada minggu sebelum ni, ada para pelajar Madinah datang ke Yanbu untuk buat Forum dengan masyarakat Yanbu. Since Kay dan Ashryzal ada buat party harijadi anaknya kat Dolphin, so kita orang pun join ler sama ....
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
dpt gak tgk RAUDHAH,,w/pon dlm gmbr
ReplyDeleteInsya Allah, satu hari nanti dapat jugak feel live gitu ...
ReplyDelete