Pada minggu lepas, kami telah berpeluang untuk bercamping di Tunnel Mountain ... tapi kami cuma semalam jer, sebab pada Ahadnya, Syafiq ada kelas swimming.
Keadaan cuaca hujan dan mendung ... pada hari nak pergi tuh, hujan turun dari pagi. Namun Alhamdullilah, bila sampai ke Tunnel Mountain, hujan mula reda dan berhenti. Malam hujan cuma renyai sedikit.
Namun cuaca agak dingin, terutama pada waktu malam ... memang sejuk sangat!
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Masing masing terpaksa berjaket ... sebab sejuk banget !!! Walaupun dah kul 9 lebih malam , tapi hari masih cerah lagi. Maghrib lebih kurang kul 10 malam !
Lama sangat nak tunggu gelap , jadi ler, main jugak bunga api. Kebetulan ada jual bunga api, sebab 1 July nih Canada day .....
Afiq dan Ziyad berdiang ... sebab sejuk ... nasib baik boleh buat unggun api ... bonfire gitu
Iman bergambar dekat dengan khemah ... khemah ni katanya boleh muat lapan orang !!!
Selfie sebelum tidur ngan Afiq. Tidur pun kena pakai jaket , sebab memang sejuk !
Hiking di sekitar kawasan khemah / camping ground. Suspen gak, sebab waktu nih Ranger kata dia orang ada detect beruang di kawasan ini .
Bergambar sempena hari bapa .... gambar ikhsan dari Abang Arabi.
Bergambar ramai ramai sebelum balik ... gambar ikhsan dari Abang Arabi
Lepak lepak pagi ... sarapan nasi goreng ... siap buat Yong Tau Foo lagi !!!!
Ni dah nak balik dah ... Azlan baru sampai ... so bergambar ler lagi. Gambar ikhsan Azlan
Mak Azlan ada datang ... bergambar ngan my wifey ... gambar ikhsan Azlan.
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
No comments:
Post a Comment