Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Musim panas dah menjengahkan muka di sini ... since hujung minggu dan tak ada buat apa apa, aku bawak anak anak pergi ke Auburn House ... macam community center untuk Auburn Bay nih .. yang bestnya, dia ada tasik. Memang seronok ler untuk bersantai ... kalau musim sejuk boleh main skating.
Untuk kemudahan ini, setiap penduduk dikenakan bayaran sebanyak $400 lebih setahun. Since aku menyewa di sini, so Tuan Rumah yang bayar club membership fees nih.
Walaupun dah musim panas, namun air tasik nih tetap sejuk sangat !!! Memang tak sanggup kalau nak mandi, mengelatar jadinya.
Selain dari tasik, dia juga ada splash or fountain pool ... seronok tengok bebudak main main air kat sini.
Pagi Isnin ada hujan sikit. Tapi biasa ler hujan kat sini tak macam hujan kat tanah negara kita ... lebat dan boleh basah kuyub jadinya .... sini hujan ala di renjis renjis gitu .... tapi sejuk.
Hari Isnin hari , Syafiq ada dentist appointment ... selama 3 kali atau 6 minggu berturut turut. Untuk kali pertama nih, doktor akan cabut dua batang gigi serta menampal geraham hujung dia tuh. Kali ni doktor cuma buat belah kiri pipi dia jer.
Since ini clinic khas untuk kanak kanak ... harga dia pun boleh tahan jugak. Untuk kanak kanak tidak phobia atau takut, doktor akan kasi laughing gas / nitrogen dulu ... jadi kanak kanak akan rasa tenang dan seronok ... tengok Syafiq tersengih dan tersenyum akibat the laughing gas tuh.
Doktor dia amat berhemah dan berhati hati dengan kanak kanak. Kanak kanak merasa seronok dan boleh berbual bual dengan doktor lagi.
Kalau nak tau macam mana services dia, boleh ler melayari laman web mereka ... CHILD DENTISTRY
Cuma yang tak tahan nyer, untuk ni jer aku kena $770 ... Insurance mungkin bayar 80% di atas rate normal. Dan untuk laughing gas, Insurance tak cover.
Namun kita agak berpuas hati dengan service yang di beri dan layanan yang di terima.
Pada hari ni lak, Rabu, SUNCOR Well Pad Program - Project Control ada buat Potluck lunch. Dia orang semua kata kalau boleh nak kena masak sendiri ... tak nak ler beli kat kedai. So my wife buat ler Rendang Ayam dan Pulut Kuning. Dia orang semua makan , ada yang tambah sampai dua kali ... katanya sedap .
Ni salad dari Rusia, kawan aku Natalie yang buat.
Ini batista (rasanya) dari Morroco. Dalam dia ada macam bihun, udang, sotong dan ikan salmon. Sedap gak. Aku siap bawak balik tiga ketul utk wife rasa.
Dessert nih paling aku suka. Aku siap tambah sampai tiga kali ... sebab manis kan. Nama dia Dessert Tiga Susu ... (Dalam bahasa spanish, aku tak pandai nak eja dan sebut)
Kek Apricot ... orang kata sedap sedap ... tapi aku tak rasa ler pulak ... sebab kenyang sangat dengan pulut ler apa ler kaaannn
Masing masing merasakn juadah yang terhidang .....
Chris dan Dan tengah sibuk buat salad dia orang ....
No comments:
Post a Comment