Monday, May 18, 2015

A Walk in The Woods .... Beaver Ponds , Kananaski

Alhamdullilah ... di sini almost every month ada cuti weekend yang panjang ... dan dalambulan May nih, adalah cuti weekend Victoria day , iaitu dari hari Jumaat sampai ler ke Hari Isnin ...

Hari Sabtu , kami menerima tetamu dari Edmonton ... so duduk ler berborak dan beramah mesra, dan apa lagi kalau tak sambil makan dan makan dan makan ... kebetulan lak hari Sabtu tuh hujan sepanjang hari ... so memang seronok ler duduk dalam rumah jer ...

Kemudian pada hari Ahad, ada lak yang cadangkan untuk pergi ke Picnic kat Kananaski ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Janji nak berjumpa dekat Kananaski ... since aku duduk kat SE ... aku ambik ler Hwy 22 ... bila sampai kat simpang nak masuk Bragg Creek, nampak sign kata boleh terus kalau nak ke Kananaski ambik Route 66 ...


Jalan punya jalan punya jalan .... sekali jalan Route 66 tuh tuutp daaaaaaaa .... dah kena patah balik ... so lewat ler kami nak dekat sejam gak !!!!


Dah nampak dah kawasan gunung nak pergi, tapi malangnya tiada jalan yang boleh menembusinya


So apa lagi, inilah peluang yang di tunggu tunggu oleh orang sebelah nak membebel ... aiiyyooooo tak adventurous langsung !!!  Hahahhahaha


Sampai orang dah sampai dah .... kami pun bawak ler bekal yg di bawa dan makan ler sama sama ... dia orang dah dua kali sendawa , tapi kami baru nak mula !


Untuk tidak tensi tensi hahhahahaha .... trail kat sini memang superb !!!  Cantik denai denai air dia ... boleh di katakan kat sini mana mana pergi, memang cantik cantik kawasan dia ...



Sebelum balik .... kita bergambar dulu ...


Lagi ...


Jumping joy ...


Jump !!!


Jump and photobomb !!!!


I tried !!!


Kawasan picnic nih, Beaver Ponds nih, terletak dalam hutan pokok pine ... since semalam kan hujan, so hari nih ala ala lembab lembab gitu


Suka tgk moss dan kelembaban kawasan hutan sini


Damai dan tenang suasana ...


Lagi damai, dengan air mengalir jernih ...


Indah sungguh ...


Since kat sini pun semua dah terketar ketar sejuk, so air nih pun boleh di rasai kesejukannnya ...


Aku terpegun dengan alunan merdu deruan air ...


Kejernihannya membuatkan aku terpukau lena ...


Rasa nak main baling baling batu sambil nyanyi nyanyi ...


Ada di sediakan park benches ... dan trail dia ...


Suka akan geometri sususan pokok pokok ini


Maka hilang kata kata nak karang !


Lihat jer ler gambar gambar ini ...


Biar gambar berbicara ...


Kerana ianya mampu menuturkan bait bait indah ...


Tanpa memerlukan ayat ayat di susun rapi ...


Gigihkan nak bubuh caption nih


Walaupun sebaris ...


Atau sepatah


 Tulis tetap tulis


Aku perhatikan , di sini, mereka membiarkan keadaan sebenarnya ... tiada sampah atau botol botl kosong


Yang ada hanya longgokan asal kayu kayu hanyut


Dan kita boleh lihat, walaupun taman negaranya besar, namun ianya di jaga secara semula jadi seboleh mungkin


Tengok ler keadaan .... minggu hadapan tengok nak picnic kat mana lak, semula Ramadhan menjenguk kembali ....

Saturday, May 09, 2015

Ketuk Ketuk ..... Pra Season Musim Bunga

Alhamdullilah ... cuaca beku semakin hari semakin segan nak menjengah ke Calgary nih ... Sekarang nih, hanya pada waktu malam sahaja suhu berada di bawah takat beku ...

Ini bermakna musim bunga akan kembali semula ...... Burung burung pasti akan berkicauan lagi ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Bunga Epal masam depan rumah dah mula berbunga ....


Dari bunga bunga nih nanti akan terhasil ler buah buah epal kecik yang masam ...


Bunga amat sinonim ngan lebah dan kumbang ... tapi waktu aku ambik gambar nih, tak ada ler nampak kumbang atau lebah ... kalau ada pun, terbang terbang gitu ... bukannya senang nak capture !


 Dari kudip ianya memekar ...


Dengan berlatarkan awan biru ...


Indah sungguh musim bunga ...


Pabila ku lihat bunga bunga sudah mua berkembang ...


Rasa nak menari nari keriangan ...


Apa apa pun, tak kira musim apa, orkid dalam rumah nih juga yang setia berbunga ...


Bunga Orkeid nih senang nak jaga (actually tak payah jaga sangat pun hahahha)


Suka , at least dalam umah ada ler bunga segar kan ...


Weed Flower ... menandakan musim bunga dah tiba


Kalau lalu kat tepi tepi jalan raya , mana ada kawasan rumput ... la nih kuning dengan bunga bunga nih


Orang tak suka sangat bunga nih ... katanya grass killer gitu !!!


Tapi aku macam suka lak ...


Dandelion .... everybody loves dandelion ... boleh main tiup tiup !!!


Aku siap beli weed puller lagi, sebab nak kena cabut pokok nih ... sebab kalau tak dia akan merosakkan rumput kawasan rumah ...


Dan dia nih jugak kena cabut !!!


Aku suka main main dgn dia... tiup di angin lalu


Tak tau kenapa orang kata dia boleh rosakkan rumput


Aku tengok macam cantik jer


Kesian dia orang nih kan


Ada macam bunga dahlia gak


 Kesan peninggalan musim sejuk


Selamat tinggal Dandelion


Selamat tinggal weed


Selamat tinggal lalang lalang semua


Kamu pasti di dalam ingatan


Rest in Peace


Maka petang semalam dah selamat aku bersihkan , mowing lawn aku nih .... rasa nak patah pinggang!