Monday, May 18, 2015

A Walk in The Woods .... Beaver Ponds , Kananaski

Alhamdullilah ... di sini almost every month ada cuti weekend yang panjang ... dan dalambulan May nih, adalah cuti weekend Victoria day , iaitu dari hari Jumaat sampai ler ke Hari Isnin ...

Hari Sabtu , kami menerima tetamu dari Edmonton ... so duduk ler berborak dan beramah mesra, dan apa lagi kalau tak sambil makan dan makan dan makan ... kebetulan lak hari Sabtu tuh hujan sepanjang hari ... so memang seronok ler duduk dalam rumah jer ...

Kemudian pada hari Ahad, ada lak yang cadangkan untuk pergi ke Picnic kat Kananaski ...

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Janji nak berjumpa dekat Kananaski ... since aku duduk kat SE ... aku ambik ler Hwy 22 ... bila sampai kat simpang nak masuk Bragg Creek, nampak sign kata boleh terus kalau nak ke Kananaski ambik Route 66 ...


Jalan punya jalan punya jalan .... sekali jalan Route 66 tuh tuutp daaaaaaaa .... dah kena patah balik ... so lewat ler kami nak dekat sejam gak !!!!


Dah nampak dah kawasan gunung nak pergi, tapi malangnya tiada jalan yang boleh menembusinya


So apa lagi, inilah peluang yang di tunggu tunggu oleh orang sebelah nak membebel ... aiiyyooooo tak adventurous langsung !!!  Hahahhahaha


Sampai orang dah sampai dah .... kami pun bawak ler bekal yg di bawa dan makan ler sama sama ... dia orang dah dua kali sendawa , tapi kami baru nak mula !


Untuk tidak tensi tensi hahhahahaha .... trail kat sini memang superb !!!  Cantik denai denai air dia ... boleh di katakan kat sini mana mana pergi, memang cantik cantik kawasan dia ...



Sebelum balik .... kita bergambar dulu ...


Lagi ...


Jumping joy ...


Jump !!!


Jump and photobomb !!!!


I tried !!!


Kawasan picnic nih, Beaver Ponds nih, terletak dalam hutan pokok pine ... since semalam kan hujan, so hari nih ala ala lembab lembab gitu


Suka tgk moss dan kelembaban kawasan hutan sini


Damai dan tenang suasana ...


Lagi damai, dengan air mengalir jernih ...


Indah sungguh ...


Since kat sini pun semua dah terketar ketar sejuk, so air nih pun boleh di rasai kesejukannnya ...


Aku terpegun dengan alunan merdu deruan air ...


Kejernihannya membuatkan aku terpukau lena ...


Rasa nak main baling baling batu sambil nyanyi nyanyi ...


Ada di sediakan park benches ... dan trail dia ...


Suka akan geometri sususan pokok pokok ini


Maka hilang kata kata nak karang !


Lihat jer ler gambar gambar ini ...


Biar gambar berbicara ...


Kerana ianya mampu menuturkan bait bait indah ...


Tanpa memerlukan ayat ayat di susun rapi ...


Gigihkan nak bubuh caption nih


Walaupun sebaris ...


Atau sepatah


 Tulis tetap tulis


Aku perhatikan , di sini, mereka membiarkan keadaan sebenarnya ... tiada sampah atau botol botl kosong


Yang ada hanya longgokan asal kayu kayu hanyut


Dan kita boleh lihat, walaupun taman negaranya besar, namun ianya di jaga secara semula jadi seboleh mungkin


Tengok ler keadaan .... minggu hadapan tengok nak picnic kat mana lak, semula Ramadhan menjenguk kembali ....

6 comments:

  1. bestnya.. sejuk lagi ke di calgary nuh?

    ReplyDelete
  2. Meng ...

    Waktu kami pergi tuh , sejuk gak ler ... sebab semalam tuh hujan sehari suntuk ...

    Tapi Alhamdullilah ... skg cuaca dah mula panas ... cuma mata lak tak tahan ... sana sini terdedah hahahahhahahaa

    ReplyDelete
  3. Zilla ...

    Mereka kat sini betul betul jaga warisan negara ...

    ReplyDelete
  4. Jalan punya jalan punya jalan .... sekali jalan Route 66 tuh tuutp daaaaaaaa ..

    Kenapa jalan? kenapa x drive :-)

    ReplyDelete
  5. subhanallah...cantik..air yg jernih tu rasa nak rendam kaki je...

    ReplyDelete