Saturday, September 17, 2016

March 2016 - Singgah Sebentar Di QE Park

Vancouver adalah sebuah bandar yang indah ... Udaranya segar dan pemandangan semulajadinya amat cantik sekali.   Alhamdullilah , aku dapat merasainya ...

Pada March 2016 yang lalu, sewaktu bunga bunga Cherry tengah rancak memekar, aku telah berkesempatan untuk menikmati hamparan bunga bungaan yang begitu indah!!!

Queen Elizabeth Park nih adalah antara salah satu taman taman yang terdapat di Bandar Vancouver ini.   Jangan lupa click di sini untuk butiran lanjut mengenai taman ini.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Selamat Datang ke Queen Elizabeth Park ....


Since waktu tuh musim bunga Cheery tengah memekar, maka ramai ler orang datang untuk berfoto di sini ... Aku rasa seronok tengok gelagat dan gaya yang dipersembahkan oleh mereka ... aku menjadi penonton setia !!!


Kerusi ini menjadi rebutan para pengunjung untuk berselfie ... dari jauh ku perhatikan segala gelagat dan gaya mereka ...


Terasa begitu aman dan tenang berada di sini ....


Kuntuman bunga cherry yang begitu lembut dan indah ...
 

Aku di ukit kelenaan di bawah pohonmu ....
 
Aku memang betul betul teruja menikmati kedamaian dan ketenangan di bawah pepohon ini .


Ku teruskan langkah ....


Meninggalkan mereka dengan keriangan menikmati keindahan alam semulajadi ...

 Selain dari  pepohon cherry ... ada juga bunga bunga hiasan di sekitar taman ini ... pelbagai warna dan bentuk !


Memang waktu nih tengah rancak mengeluarkan bunga bungaan ...

 Tidak terasa kepenatan akan langkah langkah yang di hayunkan ...
 
 Aku memang ralit dan tak sedar masa berlalu .... aku berjalan perlahan lahan sambil memejamkan mataku menghirup sedalam dalamnya nafasku ...


Pemandangan ku agak terpegun melihat paparan di hadapan mataku ... bagai berada di alam mimpi nan indah ...


Memang tak jemu gitu ...

 Gugusan bunga pelbagai warna dan bentuk ...
 
 Masing masing menyerlahkan kecantikan semulajadinya ...


Hamparan bunga bungaan ...


Walaupun terselindung di balik balik rumpunan rumput nan menghijau, namun warnanya tetap terserlah ...

 Dari sini, kelihatan bandar Vancouver ...

 Semua mengambil kesempatan untuk merakamkan keindahanya ini ....

 Indah kan ....
 
On the way balik, sambil tunggu bas, depan Church nih, nampak patung salib yang agak besar di hadapanya .... INRI bermakna Iesus Nazarenus Rex Iudaeorum,  atau "Jesus the Nazarene, the King of the Jews." ....

9 comments:

  1. Anonymous5:08 PM

    mcm bosan jew post ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam hashtag Kim anak k

      Delete
    2. Amekkk Kim**... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. SS ,,, hahahhahaa Itu I gurau gurau ngan kawan I tuh ... jgn ingat betul betul lak hahahhahahaa

      Delete
  2. suhnallah cantik...putih cam kapas..adeh!!!

    ReplyDelete
  3. Perghhh... Seksinya bunga... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS pun apa kurangnya hahahahaha

      Delete
  4. Loved reading thiss thank you

    ReplyDelete