Sunday, January 19, 2020

Calgary di Landa Cuaca Sejuk yang Melampau

Kalau sebut pasal Canada, pasti semua akan bayangkan igloo atau cuaca bersalji dan sejuk.   Ianya ada benar dan ada tidak juga.  Canada pasa musim panas amat menarik dan indah dengan keadaan cuacanya.   Tapi itu kalau musim panas.   Kalau musim sejuk, ianya akan berlarutan sehingga enam bulan pada puratanya.

Calgary dari 12hb January hinggalah pada hari ini, yakni Ahad 19 January, 2020 telah di landa cuaca sejuk yang terlalu extreme ... di tambah lagi dengan faktor windchill ... memang mencabar!

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........

Apabila ramalan cuaca yang dikeluarkan memberi amaran extreme weather bakal berlaku pada minggu hadapannya ... hari Ahad tuh aku pagi pagi dah keluar untuk membeli barang keperluan dapur.  Dan di supermarket pun ramai yang berbuat demikian , kerana andainya terjadi apa apa, maka tidak perlu keluar rumah pada cuaca yang extreme.



Seperti biasa, bila pagi ajer check weather dulu tgk berapa suhu di luar, mana tau kot kot panas ker kan.  




Siap tanya SIRI kot kot salah ker kan.   Namun kalau dah sejuk tetap sejuk.



Pengaruh angin atau windchill tuh yang tak boleh tahan !   Cuaca boleh turun disebakan pengaruh angin!



Pemandangan dari pada office.   Nampak ler asap asap keluar dari bangunan !!!


Sebabkan terlalu sejuk,boleh nampak asap asap dari bangunan bangunan ....


 Sanggup tengok dari dalam bangunan aja ... nak keluar, rasa macam hilang telinga dan hidung nih !



Di sebakan terlalu sejuk , makan jalan pun jem sebab ramai yg bawak kereta.  Dan sebab cuaca terlalu sejuk, kereta pun ada yg meragam di tengah tengah jalan !  Memag mencabar !



Di luar rumah .... wap yg keluar terus jadi ice !!!


 Alhamdullilah ,angin Chinok (udara panas dari belah Barat) bakal datang .... minggu depan cuaca pada tahap yg mengembirakan !

Alhamdullilah !!!  Petikan daripada keratan akbar!  Tengok bagaimana pakaian yg di pakai !













4 comments:

  1. Kalu SS sejuk gini x kuar umah... selubung atas katil... ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Iya betul SS .... memang seronok malas malas atas katil !!!

    ReplyDelete
  3. pegi Hokkaido -3 pun semput nafas rasa. ini macammmm lagu mana la ni ??
    tak berlaguuuu hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini cuaca sejuk tuh biasa ... sebab sini kat belah utara ... selalu kena angin artic

      Delete