Banyak yang terjadi utk dua tahun lama nya aku menyepi ... Insya Allah , aku rasa aku akan aktif balik berblogging, mungkin dalam seminggu satu post ... kita tunggu ler nanti macam mana.
Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........
Seperti yang semua maklum, keadaan ekonomi di Calgary pada tahun 2015 telah di landa downturn yang agak teruk. Aku kehilangan kerja, namun Alhamdullilah, aku dapat kerja di Vancouver. Tapi setelah dua tahun, project kami tuh tidak menjadi. Maka aku terpaksa ler meninggalkan Vancouver dan pulang ke Calgary.
Pada hari terakhir aku di Vancouver,aku telah sewa kereta dan drive dari Vancouver pulang ke Calgary. Bulan 10 cuaca agak tidak menentu ... ada hujan, snow semua ada ...
Aku siap singgah di Lake Louise, Emerald dan juga jalan ke Jasper!!! Memang enjoy ler ! Tapi kena marah ngan bini sebab lambat balik rumah ! Hahahahhahaa
Namun, Alhamdullilah , setelah tamat di Vancouver, aku dapat offer di RAPID , Pengerang. Maka berhijrah ler aku ke Pengerang.
Alhamdullilah ... Project ini menyediakan Camp yang bertaraf Lima Bintang ! Memang cantik dan selesa bilik dia.
Di sini lah aku bermastutin selama 2 tahun ... eh tipu , lepas lapan bulan,aku pindah ke Lotus lak
Kalau di Canada, gunung ganang penyeri ... namun di sini pantainya amat cantik !!! Setiap peluang yg ada, aku pasti akan menikmati angin petang pantai !!!
Di Pengerang .... buah buhan peneman aku. Aku suka sangat kerana pelbagai buah buahan tempatan terdapat di sini. Rambutan adalah antara yg paling aku suka.
Apalah duduk kat Pengerang kalau tak pernah makan Asam Pedas dia !!! Memang juling mata !!!
Uniknya orang sini, makan goreng pisang ngan sambal kicap !!!
Lobster ada amat terkenal di Pengerang !!!
Durian dari pelbagai ceruk !!! Memang puas !!!
Pulasan yang manis dan lekang ... hanya di Pengerang!
Telur Pindang yang makin pupus, namun tidak di Pengerang !!!
Mee rebus tersedap di Dunia hanya di Pengerang !
Sembahyang Hajat di bawah Pipe Rack ... hanya di Pengerang !
Susunan kasut waktu Solat Jumaat ... hanya di Pengerang !
Perayaan pelbagai kaum di sambut tanpa merosakkan aqidah ... hnaya di Pengerang !
Raya Cina ker apa ker .... PETRONAS tetap di hati ... hanya di Pengerang !!!
Tapi itu hanya kenangan .... kini kembali semula di Tanah Air ku ....
welcome back bang ghazali..
ReplyDeleteTerima kasih .....
ReplyDeletewelcome bacck !! ct nampak my link di side bar terima kasih ya..
ReplyDeleteive updated mine too..
cerita lagi banayk2 pasal Canada pleaaaaseeee... n jamu our eyes with the view.
sukaaaa =D