Tuesday, August 04, 2020

Eidul Adha 2020 - The New Norm with SOP and Social Distancing

Selamat Hari Raya Aidil Adha  ....  memberi pengajaran bahawa pengorban perlu di lakukan walaupun ianya terhadap sesuatu yang amat kita hargai atau sayangi.

Muga Allah menerima dan memberkati pengorbanan kita semua  ...

Dengan COVID 19 dan pelbagai SOP yang baru ... di katakan New Norm with Social Distancing is a must/common atau menjadi lumrah yang baru.

Di sebabkan ada kelonggaran untuk berkumpul di tempat terbuka dengan mengamalkan social distancing dan pelbagai COVID 19 SOP, maka sambuatan Hari Raya Haji telah di adakan untuk sekumpulan kecil warga Malaysia di Calgary.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Sebagai ringkasnya .... aku ada buat youtube video mengenainya ... so kalau malas nak baca, boleh ler klik dan tengok jer youtube nih .


Kami telah memilih Edworthy Park sebagai tempat perjumpaan kami.   Edworthy Park kalau kita Google dia akan kata macam nih di laman official dia

"Edworthy Park sits in a valley along the Bow River in southwest Calgary and includes the majestic Douglas Fir Trail and historical Lawrey Gardens The Douglas-fir Trail is part of Edworthy Park which lies on the southern bank of the Bow River, as it flows through the southwest part of the city." 

Dan Alhamdullilah cuaca pada hari itu agak cerah dan tiada hujan.  

Alhamdullilah. Untuk majlis kali ini kami telah dapat Site no 6 and 7.

 

Sebab Site yg kami book tuh tak ada canopy atau atap , maka kami telah sepakat utk bawa Canopy sendiri dan pasang.


Kena ler set up kan sound system sendiri .... 


Fesyen new norm nih, Facemask is a must !


Makanan kami order jer ... Satay dari Dapur Baiza dan Meehoon dari Dapur RossaGlam .... semua sedap sedap !


Practise jarak social - Social distancing ....


Berucap pun dah macam menyanyi sebab jarak social nih !


Kalau dulu bergambar mesti rapat rapat , kini tidak lagi ....



Nak bergambar pun dah jarak jarak ... dah tak cantik dah ! Sebab aku sibuk ambik video, dah terlupa nak ambik gambar gambar !!!!  Nasib ler ada Whatsapp Group yg mana ada juga kawan kawan yg hantar gambar ... jadi boleh ler letak dalam nih sebagai kenangan ....

Itulah serba ringkasnya sambutan Hari Raya kami ... walaupun kecil namun kami bersyukur dengan kemeriahannya .....


No comments:

Post a Comment