Sunday, July 19, 2020

Breathtaking View of Grassi Lakes HIking Trail - Suitable for Family with young children

Alhamdullilah berkesempatan untuk meluangkan masa sejenak ke Grassi Lake dengan ber-hiking.  Alhamdullilah , dia ada dua pilihan untuk Hiking, samada melalui natural path (tak susah tapi pemandangan cantik)  ataupun gravel path yang lapang ... boleh tolak stroller lagi !!!

Kalau menurut salah satu website yang ada,

https://www.explorecanmore.ca/listings/grassi-lakes-trail/

ianya berkata

"This short picturesque trail is great for families and is one of Canmore’s most popular hikes. Choose from the easy route, which takes you up a gentle incline to the spectacular turquoise lake, or the more challenging wooded trail that passes by a waterfall and offers beautiful views of Canmore and Bow Valley. Plan for about one to two hours for this 4 km (2.5mi) hike."

Jadi apa kata , kita terus membaca BLOG ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........


Since zaman sekarang memasing nak buat youtube, aku pun terjebak sama ... so rasa seronok gak ... harap harap sudi ler nak SUBSCRIBE , LIKE dan SHARE serta COMMENT ya my youtube channel nih.

Perjalanan dari rumah nak ke sana memakan masa dalam 1 jam setengah jugak laaa ... so seperti biasa, pagi pagi dah siap and plan dah nak gerak ...  Sebab kalau kita gerak awal, lagi bagus, senang nak parking dan orang pun  tak ramai lagi.  Waktu waktu COVID nih, orang macam naik shaikh sikit nak keluar rumah !  Berpusu pusu orang nak keluar rumah !!!!


So kawasan parking dia memang kecil ler kat sini.  Sebab dia orang kalau boleh tak nak macam mencemarkan tempat nih dengan pembangunan gitu !!!  Jadi kalau kita datang lambat, amat susah nak cari parking.


Since anak anak memang susah nak ajak beriadah nig, maka, hanya aku dan isteri jer pergi.  Senang kalau nak pergi berdua ... siap siap terus gerak !  So kami ambil path natural, katanya agak susah ... jom kita naik !!!


Suka sangat hiking melalui denai denai pines nih !!!  Since kami pergi agak pagi jugak ... so sedap bau segar pines di pagi hari!


Lihat lah kehijauan hutan pines .... rasa macam nak duduk sambil menikmati kicauan burung burung dan unggas unggas sambil menikmati angin gunung yang dingin ... di latarbelakang taburan pelbagai warna flora dan fauna ... gambar gambar seterusnya adalah di ambil sewaktu dalam perjalanan pendakian.




Rehat sebentar kalau dah penat sambil menikmati keindahan alam.


Hilang rasa penat dan lelah bila tengok view nih !!!  View Rundle Canal.


Sejuk mata memandang akan deruan anak air yang laju menuruni bukit !!!


Kalau ikut natural path ini, kita akan tempuh air terjun ini.


Nak sampai sini memang penat dan tercungap ... so apa lagi, di sediakan kerusi utk rehat rehat sambil melepas lelah ... boleh ler minum air ker makan makan kacang ker !  Jangan lupa bawak air dan kudap kudap .... sedap gak rehat rehat sambil jamu mata !


Inilah view Rundle Canal ... memang indah sekali !!!


Alhamdullilah ... akhirnya sampai jugak ke Grassi Lake ini .... maka gambar gambar seterusnya adalah gambar di sekitar Grassi Lake ini.  Nikmatilah pemandangan yang indah ini ...










Ada juga di sediakan kerusi kerusi di sekitar tasik ini untuk kita menikmati pemandangan .









Simpan satu gambar di sini sebagai kenang kenangan hehehehhe


Zamzuri joined kami ... kami sampai dulu ... kemudian baru dia sampai ... jumpa kat atas ... tapi kami turun sama sama melalui gravel way yg senang tuh ... sebab anak Zamzuri kecik lagi !!!










Bila dah sampai bawah, buka bekalan yg di bawa ... sebab hiking kan .. so bawak Maggie Mee senang jer !!!  Lazatnya memang tak terkata !!!


5 comments:

  1. subhanallah cantiknya permandangan.. memang berbaloi mendaki bila akhirnya dapat tengok view yang indah macam ni. dahla disana memang setiap sudut tu lawa. semak2 tu pun saya rasa lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Suci Allah ... Siti memang betul ... lagi yang buat teruja ialah musim panas di sini agak pendek ... jadi memang orang akan menggunakan peluang nih !!!!

      Delete