Saturday, January 25, 2014

Lake Emerald

Lake Emerald bukanlah tempat kunjungan utama para pelancung apabila datang ke Banff nih.  Aku pun terserempak jer ... but bila melihat akan keindahan kawasan tasik ini, memang boleh buat kita terpana atau terpegun sebentar dengan keindahan ciptaan Allah maha kuasa.

(Walaupun waktu aku sampai adalah tengah hujan renyai renyai, namun keindahan atau kecantikannya tetap terserlah!)

Untuk information lanjut, boleh layari sesawang berikut ...

http://en.wikipedia.org/wiki/Emerald_Lake_(British_Columbia)

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........



Waktu aku sampai, hujan renyai renyai menyambut kedatangan ku ke mari. Tasiknya tenang dengan airnya kehijau-biruan (eh ada ker perkataan nih?).  Seperti namanya, Lake Emerald ... memang tasik ini macam Emerald - Zamrud.



Emerald atau Zamrud tuh kan warnanya macam hijau hijau biru gitu ... so tasik nih pun macam tuh ler warnanya ... Kalau waktu hari yang terang dan tenang, warnanya akan lebih terserlah !



Tenang ... Indah ... Terpegun ... Namun kata kata tidak mampu untuk menceritakan akan keindahan ini.  Tiada ayat yang dapat melakarkan betapa indahnya keadaan di sini.



Di sini juga ada cafe / restaurant serta lodge penginapan.  Namun aku tidak berpeluang untuk bersantai santai serta menginap di sini.  Insya Allah, kalau di izinkan Allah, ada rezeki pasti akan ke mari lagi.



Species bunga nih akan unik ... ini kudupnya sebelum mekar.



Tak puas hati ... ni lagi, dari sudut yang berlainan ...



Tak lengkap andainya sesebuah landskap itu tanpa bunga bunga penyeri taman.



Pelbagai warna ... merah kuning semuanya ada



Sang Tupai ... berlatar belakangkan tasik nan hijau-kebiruan



Agak jinak, walaupun aku makin dekat, namun dia tetap meneruskan activitiesnya tanpa mempedulikan akan kehadiran ku.



Kecil tapi comel ...



Rasa geram nak pegang pun ada ... namun pabila nak hulur tangan jer, dia terus lari !!!!



Sebab aku suka sangat dengan keindahan tasik ini, maka terpaksa ler my wife jadi photographer sebab nak abadikan kenangan indah ku di sini nan permai ini.


Monday, January 06, 2014

Summer Holidays 2013 - Blaeberry Mountain Lodge

Summer 2013 - Kami sekeluarga telah mengambil berpeluang untuk berjalan jalan di sekitar Western Canada, atau lebih tepat di Province British Columbia.  Kami telah singgah di bandar bandar Golden, Kelowna, Vancouver dan Victoria.

Iya ... walaupun sekarang dah masuk tahun 2014, namun aku rasa masih tak terlewat untuk bercerita pasal trip yang telah kami lalui tempuh hari.

Maka Terimalaaaaaahhhhhh ........



Blaberry Mountain Lodge adalah menjadi pilihan aku untuk destinasi pertama kami.  Aku memang dah lama sangat nak tinggal kat ala ala cabin or lodge ini.  (Walaupun wife and anak anak tak berapa suka hahahhaha)



Lodge ni di usahakan oleh sepasang suami isteri yang asalnya dari German (rasanya).  Sungguh damai dan tenteram di sini. Tiada hiruk pikuk dan kesibukan bandaraya.  Kuda kuda dengan tenang meragut rumput. Indahnya ciptaan Tuhan.



Aku cukup ralit tengok aksi aksi kuda nih makan rumput ... sungguh berselera sekali !!!



Di sekeliling lodge ni adalah ladang milik mereka.  Ada pokok epal (Since kami sampai akhir June/Awal July, so epal baru berputik)



Mereka menanam pelbagai sayur sayuran untuk kegunaan mereka sendiri.



Dan yang ini aku rasa pokok bawang.  Sampai berbunga , cantik lak bunga dia!



Segar sungguh salad dia !!!



Ini Rene, tuan punya Lodge nih.



Aku suka sangat tengok barn nih.  Ada tasik yang jernih air nya ... Indah sangat !  (Ini dalam format HDR)



Bunga bunga liar tumbuh dengan segar , walaupun liar, namun ianya amat cantik sekali



Antara view favorite aku ... ada pangkin, ada tasik, ada barn, ada gunung ... SUBHANALLAH !!!!



Jalan menghala ke Lodge / Cabin ... mereka tak ada banyak sangat lodge pun ...



Bersih kawasan ladang dia nih.  Ada jugak taman untuk kanak kanak .



Barn Kuda



Mentari pagi bakal menyinar



Mengunngu sinaran mu mentari pagi



Dalam HDR Format



Dan andainya jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Blaeberry Mountain Lodge nih, boleh ler melayari sesawangnya di

http://blaeberrymountainlodge.bc.ca/



Lompat time



Lompat lagi



Lompat and goffy time !!!!


Sunday, January 05, 2014

Hiking Ke Larch Valley

Dari awal bulan December hinggalah kini, cuaca agak tidak menentu di Calgary.  Dan pada tahun ini, Calgary agak istimewa sedikit, awal June tahun ni, ianya di landa banjir dan pada awal December di landa ribut Salji pulak.

Salji yang turun makin lama makin banyak ... hingga jalan keluar masuk pun agak sukar (Tetapi bagi jalan jalan Utama, ianya di bersihkan dan di jaga dan kerap, tidak kepada jalan jalan yang tidak penting ini)

Dalam duduk duduk ni, aku teringat lak waktu awal awal nak turun salji, rasa excited sangat ... dan aku dah rasa salji waktu kita orang pergi hiking kat Larch Valley.

Maka Terimalaaaaaaaahhhhhh ..........



Beginilah keadaan kat depan rumah ... nak keluar masuk dari rumah pun agak challenging jugak !!!



Alkisah tersebut lah riwayat ... pada satu hari di penghujung September 2013, aku ngan Jamil dah berpakat nak gi Hiking kat Larch Valley nih.  Jamil boleh ler, athletic dan fit lagi compare ngan aku yang ala ala ....



Memang agak tercunggap cunggap ler aku di buatnya, namun pendakian rasa berbaloi dengan sajian pemandangan yang indah dan menarik.  (Tapi tetap tercunggap !!!)



Uniknya berkenaan dengan pokok pine larch nih, dia akan bertukar warna apabila masuk musim luruh ... dan kebetulan larch valley nih berada di atas kawasan pergunungan ... so kena ler teruskan perjalanan kalau ingin menyaksikan keindahan kejadian Alam ciptaan Allah.



Makin ke puncak , makin terserlah warna pokok pine larch ni berubah warna ... mkin teruja aku di buatnya !!!!



Inilah rupa bentuk pohon pine larch ini.



Setelah berhempas pulas pelbagai ... ALHAMDULLILAH ... akhirnya sampai jua !!!!  Namun pemandangan dia .. terus hilang rasa penat semua !!!!



Kat atas nih ada ler jugak tasik bak crystal clear gitu .....



Bila renung bawah ... Subhanallah ... Cantiknyyyyaaaaa



Mosaic Larch Valley ....



Jalan masuk ke trail.



Amaran ada bear !!!!!