Dari awal bulan December hinggalah kini, cuaca agak tidak menentu di Calgary. Dan pada tahun ini, Calgary agak istimewa sedikit, awal June tahun ni, ianya di landa banjir dan pada awal December di landa ribut Salji pulak.
Salji yang turun makin lama makin banyak ... hingga jalan keluar masuk pun agak sukar (Tetapi bagi jalan jalan Utama, ianya di bersihkan dan di jaga dan kerap, tidak kepada jalan jalan yang tidak penting ini)
Dalam duduk duduk ni, aku teringat lak waktu awal awal nak turun salji, rasa excited sangat ... dan aku dah rasa salji waktu kita orang pergi hiking kat Larch Valley.
Maka Terimalaaaaaaaahhhhhh ..........
Beginilah keadaan kat depan rumah ... nak keluar masuk dari rumah pun agak challenging jugak !!!
Alkisah tersebut lah riwayat ... pada satu hari di penghujung September 2013, aku ngan Jamil dah berpakat nak gi Hiking kat Larch Valley nih. Jamil boleh ler, athletic dan fit lagi compare ngan aku yang ala ala ....
Memang agak tercunggap cunggap ler aku di buatnya, namun pendakian rasa berbaloi dengan sajian pemandangan yang indah dan menarik. (Tapi tetap tercunggap !!!)
Uniknya berkenaan dengan pokok pine larch nih, dia akan bertukar warna apabila masuk musim luruh ... dan kebetulan larch valley nih berada di atas kawasan pergunungan ... so kena ler teruskan perjalanan kalau ingin menyaksikan keindahan kejadian Alam ciptaan Allah.
Makin ke puncak , makin terserlah warna pokok pine larch ni berubah warna ... mkin teruja aku di buatnya !!!!
Inilah rupa bentuk pohon pine larch ini.
Setelah berhempas pulas pelbagai ... ALHAMDULLILAH ... akhirnya sampai jua !!!! Namun pemandangan dia .. terus hilang rasa penat semua !!!!
Kat atas nih ada ler jugak tasik bak crystal clear gitu .....
Bila renung bawah ... Subhanallah ... Cantiknyyyyaaaaa
Mosaic Larch Valley ....
Jalan masuk ke trail.
Amaran ada bear !!!!!
Roadtrip Pantai Timur - Dungun
1 day ago
No comments:
Post a Comment